View: 3747|Reply: 18
|
LEMAH JANTUNG SEMASA PREGNANT: apakah outcome nya?
[Copy link]
|
|
Lemah jantung (Heart Failure, HF) boleh terjadi kerana pelbagai sebab. Salah satunya ialah kerana kerosakan sel sel otot-otot jantung (Cardiomyocytes, cardio- = jantung, myo-= muscle, -cytes = sel-sel) itu sendiri. Jika ini berlaku, kami kenalinya sebagai Cardiomyopathy (-pathy = penyakit).
Salah satu dari sebab Cardiomyopathy yang agak jarang berlaku ialah semasa mengandung (Peri-Partum, peri-=aound, -partum = selepas beranak). Kita kenalinya sebagai Peri-Partum Cardiomyopathy (PPCM).
PPCM memberi symptoms HF, eg:
1) sesak nafas (dyspnoea)
2) kepenatan (fatigue)
3) nadi yang laju (palpitations)
4) kencing malam (nocturia)
5) bengkak kaki (ankle oedema)
6) tekanan darah rendah (hypotension)
7) penurunan BP bila berdiri (postural hypotension)
Outcome (kepada ibu):
PPCM boleh pulih seperti sediakala dalam @ 50% wanita dalam masa 6 bulan.
Sebahagian dari pesakit pulih sebahagian dari fungsi jantung mereka.
Sebahagian kecil terus melarat, dan ini bergantung kepada kepakaran setempat.
Research di negara Barat menunjukkan kadar kematian yang rendah (Mielniczuk et al, 2%).
Resaerch di negara lain berbeza (Elkayam, 9%).
Di Haiti, ianya lebih tinggi (Fett, 32%).
Adalah sangat malang bila pesakit mengadu tentang symptoms diatas, lalu diketepikan oleh pihak perubatan sebagai symptoms biasa bila mengandung.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dr, i bukan ibu. Tapi i ada simptom kepenatan, nadi laju dan low blood pressure. Each time ke klinik, bacaan nadi laju. Tapi i selalu cakap laju sebab i takut jumpa Dr. Ada sekali dia buat test tiroid, result negatif. Tapi bab nadi laju ni memang saya tak selesa sebab adakala saya cuma baring dan membaca je tetiba saya rasa berdebar laju macam lepas buat cardio pula. Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
Berdebar ialah palpitations (ie terasa degupan jantung itu)
Nadi laju (fast heart rate, ie > 100bpm); ni tak semestinya kita ada palpitations
Nak tahu kita ada fast heart rates ke tak (tachycardia), kena lah buat Holter Monitor; ini selalunya cardiology yg negotiatekan.
Buat la.
Terasa palpitations malam malam bila sunyi adalah suatu yg common, dan tak semestinya pathological.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr ..klu badan kecil pun jantung cepat lemah ke. I ni 40kg. Doktor risau bila i pregnant |
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan sihat sebelum mengandung....& masa mengandung...jagalah pemakanan & lakukan aktiviti sihat |
|
|
|
|
|
|
|
tak sangka plak boleh mcm gini,waktu pregnant je lemah jantung. baru tahu..mcm2 je lah erk.. errrr.... takut betol preggy2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ah selamat je preggy preggy ni insyaAllah
ianya kejadian physiology yg biasa dan komon je
sebelum ada doctors pon org dah lahirkan anak
doctors diperlukan supaya yg bermasaalah dapat hidup
|
|
|
|
|
|
|
|
SIL sy ada PPCM. Utk second pregnancy kena terminate at 3 months.
Dia ada simptoms started dr 3rd trimester 1st pregnancy. Since d simptoms lebih kurang mcm simptoms in pregnancy so Dr x jangka sbb jantung. 2 months after gvg birth, dia still ada those simptoms. Later on found out ada PPCM. Close to 4 years dia makan ubat jantung n sentiasa ada check-up. Utk 2nd pregnancy pakar jantung from 2 hospitals suggested to terminate. EF tanpa ubat 29 @ 39% (x igt), with ubat 49%.
My question: ada posibility utk baik semula n pregnant again? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok thank you. No wonder gynae suruh naik berat badan dulu |
|
|
|
|
|
|
|
EF baseline 29% je? Pregnant 2 kali baru ie muda lagilah org nye... hmm bermasaalah nnt sebab masa utk dia hidup masih panjang (kalau umur dia 60,70, lainlah kan).
Dia kena jumpa cardiologist yg specializing in pregnancy. Jikalah saya ini, sebagai org luar dan tak kena mengena, diminta memberi pendapat, sy akan kata ''elakkan lah, jika awak sehat, awak boleh tumpukan masa dan kesihatan yg masih ada kepada anak yg seorang itu''. EF 29% adalah rendah utk org muda sebegini dan mungkinlah, nauzubillah, akan ada effect ke atas longevity beliau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Even siapa ada masalah conceive fertility specialist akn nasihat utk dapat berat ideal sebelum pregnant |
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 5-2-2017 11:24 PM
EF baseline 29% je? Pregnant 2 kali baru ie muda lagilah org nye... hmm bermasaalah nnt sebab masa ...
Umur baru 32 tahun. Sy terlupa samada 29% atau 39%. Rasa macam 39%, makan ubat naik 49%.
Mak sy sama pendapat dgn dr.ipes. Tapi the couple still berharap someday akan sihat n boleh pregnant lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah ianya 39% dan bila ambil ubat (dan sy harap beliau akan terus menerus ambil ubat dan tidak tertipu dgn penjual supplements supplements atau akar kayu itu akar kayu ini), the value is 49%. 49% ini reasonable jugaklah, tetapi still kena tanya cardiologist beliau. Ye lah kan, kita pon faham lah semua inginkan anak sendiri, tetapi kena lah tanya Cardiologist tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wakefield replied at 5-2-2017 03:48 PM
Umur baru 32 tahun. Sy terlupa samada 29% atau 39%. Rasa macam 39%, makan ubat naik 49%.
Mak ...
Hai Wakefield, baru je jumpa benang ni. Boleh mintak your SIL join support group PPCM dalam FB. Banyak info2 yang berguna dalam tu. DR James Fett salah seorang doktor yang buat kajian tentang PPCM di Haiti pun aktif menjawab soalan dalam group tu. Based di US, takde lagi jumpa support group PPCM di Malaysia. Group tu: Peripartum Cardiomyopathy Survivor Support
Sakit ni walau jaga kesihatan sebelum dan semasa pregnant pun, kalau dah nak terkena, terkena jugak.. tapi penyakit ni rare so jangan risau lah, cuma bila ada simptom2 sesak nafas, batuk teruk, kaki bengkak sila lah request kat doktor untuk check betul2..sebab simptom sama macam mengandung biasa.. so kita sendiri kena alert. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Dr Ipes for the thread. Semoga ramai orang lebih tahu dan aware tentang sakit ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
cha-cha replied at 1-6-2017 07:20 PM
Hai Wakefield, baru je jumpa benang ni. Boleh mintak your SIL join support group PPCM dalam FB. Ba ...
Tqvm cha cha! Nanti sy maklumkan dkt SIL.
|
|
|
|
|
|
|
|
No problemo; and thanks fo the linking-up to the suppot group
|
|
|
|
|
|
|
| |
|