View: 5434|Reply: 48
|
Rosnah Idrus Sudah Jelajah 85 Buah Negara Di Dunia
[Copy link]
|
|
BEKAS pendidik ini melihat album gambar kembaranya bersama suami, Abd. Majid Awang
Melangkah masuk rumah pesara guru berusia 62 tahun itu, mata tertumpu pada deretan gambar yang memenuhi dinding ruang tamu kediaman beliau.
Pelbagai gambar tempat-tempat menarik yang telah dikunjungi Rosnah Idrus digantung kemas. Pada setiap gambar itu pula tercatat lokasi dan tarikh ia dilawati.
“Maaflah rumah saya ini penuh barang. Kalau awak jenis suka rumah kosong mesti tidak selesa dengan keadaan ini,” katanya membuka bicara.
Melihat kepada keseluruhan kediaman dua tingkat yang terletak di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor itu, memang benar tiada ruang dibiarkan kosong sebaliknya semua perhiasan yang dibeli di luar negara dipamerkan mengikut cita rasanya sendiri.
Selain deretan gambar-gambar yang dipamerkan, terdapat juga teko-teko kecil dan pelbagai pelekat digantung di dinding kediaman berkenaan.
APABILA ke luar negara, Rosnah tidak melepaskan peluang untuk membeli cendera mata seperti rempah ratus ini
Bekas Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya itu membuka bicara, semasa berkhidmat sebagai guru, hampir saban tahun dia akan ke luar negara untuk melancong terutamanya pada musim cuti sekolah.
Sehingga kini, ibu kepada empat orang cahaya mata itu sudah menjejakkan kaki ke 85 buah negara antaranya Rusia, Bosnia Herzegovina, Jepun, China, Afrika, Mesir dan Australia.
Malah, pesara guru itu juga pernah ke Republik Czech, Nepal, Palestin, Lebanon, India, Pakistan dan New Zealand.
Daripada 195 negara di seluruh dunia, Rosnah telah menjelajah hampir separuh daripada negara yang terdapat di dunia. Menggalas tanggungjawab sebagai pendidik merupakan cita-citanya sejak kecil manakala melancong pula adalah hobi beliau. Tambah anak bongsu dari tiga adik-beradik itu, menjadi pendidik bagi subjek Geografi dan Sejarah banyak membuatkannya terdedah dengan keunikan negara-negara luar.
“Suami saya merupakan bekas kakitangan Malaysia Airlines (MAS), pada masa itu mana-mana kakitangan yang berkhidmat di bawah syarikat berkenaan layak menerima diskaun atau tiket penerbangan percuma.
“Jadi hampir setiap tahun saya dan empat orang anak akan pergi bercuti bersama-sama,” ujarnya sambil memberitahu negara pertama yang dijejakinya ialah Indonesia pada 1980.
Rosnah mendapat pendidikan awal di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada 1976. Setahun selepas itu, dia mula mengajar di Sekolah Menengah Tinggi Kajang, Selangor sehingga tahun 1980 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Geografi.
Selepas berkahwin dengan Abd. Majid Awang pada tahun 1980, Rosnah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Way, Petaling Jaya. Beliau berkhidmat di sekolah itu hampir 21 tahun mulai 1981 sehingga 2001.
Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pada 2002 hingga 2010 di Sekolah Kebangsaan Lelaki Bukit Bintang 1, Petaling Jaya.
Hanya lapan bulan sebelum bersara, beliau dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku.
Rosnah (kanan) bergambar kenangan bersama anaknya, Rosmanita (kiri) semasa melawat Mount Titles, Switzerland
Mengimbau memori sepanjang menjelajah di bumi Allah terlalu banyak pengalaman pahit dan manis yang dilaluinya. Sambil bangun dari tempat duduk menuju ke sebuah rak kayu, tangannya mencapai beberapa album tertera lokasi yang pernah dikunjungi.
Sambil menunjukkan gambar-gambar berkenaan, beliau memberitahu, terdapat satu insiden yang akan disimpan kemas dalam memorinya.
“Tragedi ini berlaku pada Jun 2012 semasa saya bersama rombongan melancong ke Prague di Republik Czech. Pada hari kedua di sana, dompet saya telah dicuri penyeluk saku walhal saya dalam keadaan berjaga-jaga.
“Saya hilang kira-kira RM3,600. Syukur ada rakan-rakan yang bawa duit lebih, mereka pinjamkan dulu kepada saya. Malah, ada juga yang memberi derma secara sukarela.
“Alhamdulillah, saya tidak masukkan pasport ke dalam dompet yang telah dicuri, jika tidak masalah lain pula timbul,” katanya yang langsung tidak membeli-belah pada percutian itu.
Beliau juga pernah mengalami pengalaman pahit pada Mei 2011 semasa berkunjung ke Baitulmuqaddis, Palestin. Dalam perjalanan ke masjid al-Aqsa, anak sulungnya, Rosmayati Abd. Majid, 36, ditahan di salah satu check point hampir dua jam lamanya.
“Ketika itu pelbagai gambaran buruk berlegar-legar di fikiran saya tetapi syukurlah tiada perkara buruk yang berlaku,” jelasnya. Tiga lagi anaknya ialah Rosmanita, 34, Rosman Fitri, 31 dan Rosman Aizat, 28.
Berpeluang menjelajah ke seluruh pelosok negara di dunia membuatkannya sentiasa bersyukur. Diberi kesempatan melihat keindahan pemandangan, kekayaan budaya, keenakan makanan dan kesejahteraan penduduk di setiap lokasi pengembaraannya meninggalkan kesan yang bukan sedikit.
RUANG kediaman ini dihiasi dengan pelbagai cenderamata dari negara-negara yang dilawati.
Peluang ke Mesir pada tahun 1997 memberi kesempatan kepada Rosnah masuk ke dalam piramid yang menjadi sebutan ramai. Malah, ketika berada di China, beliau dapat melihat askar Terracotta di Xi’an, Shaanxi, dan mendaki Tembok Besar China.
Bahkan, beliau juga pernah menaiki kapal terbang kecil bersama anaknya untuk melihat puncak banjaran Himalaya di Nepal. Di Lebanon, menyaksikan Jeita Grotto iaitu terowong bawah tanah stalaktit dan stalagmit memberi kesan yang bukan sedikit kepada Rosnah.
“Saya rasa puas setiap kali dapat menjejakkan kaki ke tapak sejarah di negara-negara yang dilawati dengan mata sendiri,” katanya yang menanam impian untuk ke Amerika Latin.
Bagaimanakah penerimaan suami dan anak-anak mengenai hobinya? Rosnah tertawa kecil.
Meskipun suaminya tidak gemar mengembara, tetapi Abdul Majid mengikut saja kerenah Rosnah. Begitu juga anak-anak, tiada seorang pun yang mengikuti jejak langkahnya.
“Mungkin kerana pada masa ini kos melancong agak mahal, ditambah pula dengan kekangan masa bekerja, jadi anak-anak saya tidak terlalu meminati hobi ini,” katanya jika tidak melancong, dia gemar menghabiskan masa bersama 17 ekor kucingnya selain menghias rumah.
Rosnah mengakui dalam banyak negara yang dilawatinya sudah pasti Tanah Suci Mekah dan Madinah destinasi terindah.
Katanya, ziarah umrah ke Jordan, Baitulmaqdis hampir 15 hari merupakan kembaranya yang paling panjang. Destinasi terbaharu yang dilawatinya ialah Yangon, Myanmar pada Februari tahun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok mak jeles dgn acik ni...
X pe march mak ada trip lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Hubby ex MAS...
Huntong aa dpt FOC ticket every yr...
Skrg MAB ada bg lagi ke FOC...
Tapi..mmg seronok kak dpt melancung seluruh dunia..syabas |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus makcik ni..live life to the fullest |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya........ Merata dah pegi. Jeles2 |
|
|
|
|
|
|
|
husband kerja MAS, kalau tanak melancung tu memang kategori mengong le..... |
|
|
|
|
|
|
|
Best le life acik ni
Jgn jd mcm certain ummah meleis.. Balik2 london paris jah
|
|
|
|
|
|
|
|
bijak makcik ni .gunakan kesempatan husband sbg staff mas utk melancong sebaik2nya..terutama ke tempat2 bersejarah..sebaik2 peluang ke luar negara baiklah memilih ke tempat2 bersejarah..tinggi nilainya..luas pengalaman bertambah pengetahuan ttg dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Untungnya makcik ni husband keje MAS. Peluang melancong free depan mata. |
|
|
|
|
|
|
|
kekekekke!! Mestilah, nanti ummah meleis blh ckp kat org kampung, baru balik dr London dan Paris
|
|
|
|
|
|
|
|
Syoknya dpt melancong merata |
|
|
|
|
|
|
|
Untung la husband dia keje MAS. |
|
|
|
|
|
|
|
Reporter kalau tanya tempat paling best dilawati, sure yg meleis nya kena jawab mekah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu abg sedara keja kargo..dptla diskaun ka tket free gitu tiap tahun p malncong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan. Cliche sangat. Bagi aku Mekah/Madinah tu bukan tempat kita melancong tp beribadat. Jd tak perlu di masukkan sbg tempat yg kita lawati/melancong. Jd klu soalan di tanya, tmpt mana yg paling cantik, tak perlu jawab Mekah/Madinah psl takut kena hencap dgn ummat agama Melayu ni. Dah terang benderang Mekah/Madinah ialah tempat kita beribadat bukan pusat pelancongan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|