Korang mesti ada teman lelaki yang jenis pemalu kan? Ok la, kalau malu nak jumpa kawan-kawan baru tu boleh faham lagi kan. Tapi kalau malu untuk mengaku favorite songs dorang tu, memang rare. Kahkah! Mungkin lelaki tu nampak macam sado, macho tapi.. dalam hati ada taman beb! Malu sangat nak mengaku sebab takut nampak macam lelaki yang lemah. Hehe Kalau uols nak tahu, ni antara lagu-lagu yang tengah trending dan mostly lelaki suka dengar, jiwang habis nih! Patut lah tak nak mengaku..
1. Kurela Dibenci dari Aiman TinoMuda lagi tau penyanyi lagu Kurela Dibenci ni, baru berumur 18 tahun. Siapa je tak kenal Aiman Tino ni kan? Artis baru yang tengah hangat sekarang dengan lagu yang disukai ramai remaja. Pergi mana-mana pun mesti ada je lagu ni dimainkan. Betul tak? Sedih weh lagu ni. Try la dengar sendiri.. Sobs.. 2. Demi Cinta yang dinyanyikan oleh Ezad Lazim
Lagu Demi Cinta ini adalah Original Soundtrack untuk drama Umairah di TV3. Lagu ni mengisahkan kisah cinta sepasang pasangan tentang pahit manis bercinta dan juga kesetiaan dalam perhubungan. Lagu ni juga mendapat sambutan hangat daripada pendengar radio sampai masuk AJL #31 tau! Bila dengar je lagu ni, mesti rasa macam nak karaoke. Feeling habis!
3. Hancur Aku oleh Estranged feat. si gorgeous Fazura. Best beb!
Salah satu sebab kenapa lagu ni menjadi kesukaan ramai adalah sebab Estranged yang menyanyi lepas tu berduet pulak dengan artis yang sangat gorgeous dan suara pun boleh tahan, Fazura. Lagu ni memang sesuai kalau korang rindukan boyfriend atau girlfriend korang. Huhu yang paling best, ada version korea tau daripada mamat korea sendiri. Power lah!
Ada lagi 3 lagu favourite yg best, lagu no.6 tu pasti korang tak sangka. kalu berminat nak tahu boleh layari di sini >> Lagu Favourite tahun 2016
|