View: 1697|Reply: 10
|
Kecoh 80 Helang Naik Kapal Terbang
[Copy link]
|
|
Kecoh 80 Helang Naik Kapal Terbang
http://www.mstar.com.my/berita/b ... naik-kapal-terbang/
Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 10:46 AM
Gambar yang menjadi tular di internet dan menimbulkan kekecohan di Reddit. -foto Reddit
MUSTAHIL untuk kita membawa 80 ekor burung pemangsa menggunakan kapal terbang, kecuali anda seorang Putera Arab Saudi yang mampu menyewa pesawat untuk tujuan itu.
Kejadian ini bukan lagi mustahil selepas gambar berpuluh-puluh ekor burung sedang bertenggek di tempat duduk penumpang sebuah pesawat menjadi tular.
Gambar itu disiarkan di reddit oleh pengguna bernama 'lensoo', yang berkata ia telah dihantar kepada mereka oleh 'seorang rakan kapten'.
Pengguna itu berkata 80 ekor helang itu telah dibawa masuk ke pesawat dengan sayap mereka diikat supaya mereka tidak boleh terbang.
Burung-burung itu dipercayai berada dalam penerbangan Qatar Airways tetapi ia tidak dapat disahkan.
Ia menimbulkan kekecohan di laman sosial, dengan ramai orang mempersoalkan dakwaan 'lensoo' sama ada benar ia adalah burung helang atau Falcon (helang kecil).
Pengangkutan burung Falcon menggunakan syarikat penerbangan di Timur Tengah agak biasa, dengan Qatar Airways membenarkan sehingga enam ekor burung jenis ini diangkut dalam kelas ekonomi, dengan harga antara £90 hingga £500 bagi setiap ekor burung bergantung kepada destinasi.
Difahamkan burung-burung ini sering diangkut untuk perburuan, dengan kerusi diperuntukkan dan mereka diletakkan di atas kain untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
Etihad juga memperuntukkan pengangkutan untuk burung-burung dan kenyataan di laman webnya menyatakan bahawa: "Kami menerima pengangkutan burung Falcon dalam kabin pesawat utama dengan syarat semua dokumen yang diperlukan telah diperolehi. Kami juga menerima burung Falcon sebagai bagasi berdaftar."
Burung Falcon adalah salah satu simbol Emiriah Arab Bersatu dan mereka layak mempunyai pasport sendiri untuk perjalanan udara, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memerangi penyeludupan.
Bagaimanapun, gambar yang jarang-jarang dapat dilihat ini mendapat pelbagai tindak balas.
Seorang pengguna berkata: "Bagi mereka yang tertanya-tanya, mungkin ini salah seorang kerabat diraja dari negara teluk yang mahu pergi memburu.
"Jika anda sering terbang dengan Etihad, Emirates atau Qatar, anda akan dapat melihat seseorang terbang di kelas pertama dengan burung Falcon duduk di sebelah mereka.
"Mereka mempunyai pasport sendiri supaya mereka boleh melakukan perjalanan untuk memburu dan ada undang-undang khas di negara-negara teluk untuk mengelakkan diskriminasi terhadap burung Falcon."
-sumber dailymail.uk
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rela skip next flight kalau mcm ni..sure xdpt tidor dgn senang |
|
|
|
|
|
|
|
erkkk erkkkkk ...er....er.....er.....errrr........ errrr..... |
|
|
|
|
|
|
|
mereka layak mempunyai pasport sendiri untuk perjalanan udara,
huhu aku pun x da pasport |
|
|
|
|
|
|
|
Burun tu x berak merata ke dlm flight tu |
|
|
|
|
|
|
|
Felcon?
Helang??
Duduk sebelah???
Erkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Ni falcon pak2 arab kaya suka bela burung ni utk bawak gi memburu |
|
|
|
|
|
|
|
falcon ke helang ke....nampak sama je
kalau tetiba nampak je burung camni, perkataan yg disibeut ""eh helang lah" |
|
|
|
|
|
|
|
belah2 arab ni mmg simbol maskulin atau kelelakian. Kira macho ar gitu....nak pulak sambil tunggang kuda siap berpedang.
Tapi zaman skang bukan kuda dah....land cruiser dan nissan patrol meluncur atas sand dunes, sunroof bukak, sambil burung falcon tu terbang follow tuan dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|