CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4698|Reply: 43

[Tempatan] Bahaya guna alat jimat tenaga tak dilulus Sirim

[Copy link]
Post time 6-2-2017 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Bahaya guna alat jimat tenaga tak dilulus Sirim

http://www.malaysiakini.com/news/371518

Hari ini, 11:00 tengahari      Hari ini, 11:04 tengahari



Penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik yang tidak mempunyai kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) boleh menjurus kepada punca berlakunya kebakaran.

Pengurus Besar (Bahagian Pembahagian) Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri Kedah, Ismail Lathifi Teh berkata kebanyakan alat penjimatan tenaga elektrik yang tiada kelulusan Sirim ini berkualiti rendah.

"Ada banyak alat penjimatan tenaga elektrik yang dijual di pasaran namun kebanyakannya tidak mempunyai kelulusan Sirim," katanya kepada pemberita pada Program TNB Bersama Komuniti Mukim Sok di Gulau, semalam.

Program tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebilangan individu yang menawarkan pemasangan alat penjimatan tenaga elektrik sewaktu melakukan kerja-kerja pendawaian di rumah pengguna.

Ismail Lathifi berkata, sekiranya TNB mengesan terdapat pengguna yang menggunakan alat penjimatan tenaga itu, laporan boleh dibuat kepada Suruhanjaya Tenaga untuk tindakan selanjutnya.

"Alat terbabit yang tidak mempunyai kelulusan Sirim boleh mengundang bahaya, justeru pengguna diminta berhati-hati dan teliti mengenai perkara ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Mohd Tajuddin dalam ucapannya pula berkata, seramai 11,000 pengguna di negeri ini menikmati rebat penggunaan elektrik bagi penggunaan RM20 ke bawah, sepanjang tahun lalu.

"Kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM2.4 juta itu, ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.

"Beberapa kemudahan lain juga sedang dalam proses pelaksanaan, antaranya fasa kelapan pemasangan 7,500 batang Lampu Jalan Kampung (LJK) biasa dan 600 lampu LED melibatkan kampung-kampung di 15 kawasan Parlimen di seluruh negeri," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2017 12:30 PM | Show all posts
so, setakat ni rumah sape yg dah kena??
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 12:36 PM | Show all posts
AKU ADE BELI UTK UMAH MAK AKU..XJIMAT PN


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baca alat jimak tenaga. Adakah salah tumblr?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jimat la sgt
ada yg letak pad siap terkejut bil murah
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bahaya .. aku akan ingat pasal ni.. korang ambil tahu pasal ni.. bahaya ni.. bahaya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2017 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ingat tu.. bahaya... bahaya... bahaya woi.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bahaya.. woi.. bahaya.. woi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2017 02:29 PM | Show all posts
Wujud ke alat penjimat elektrik? Rasanya tak wujud pun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 02:37 PM | Show all posts

benda yg org bleh cipta tpi akan dihalang oleh kerajaan penjualan dia

1.alat jimat letrik

2.alat jimat petrol

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:08 PM | Show all posts
bioseleza bahaya tak
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:20 PM | Show all posts



....wada fuk?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:22 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 6-2-2017 02:37 PM
benda yg org bleh cipta tpi akan dihalang oleh kerajaan penjualan dia

1.alat jimat letrik


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:22 PM | Show all posts
insulin replied at 6-2-2017 02:29 PM
Wujud ke alat penjimat elektrik? Rasanya tak wujud pun.

bersepah kot org pomot kat fb..
bill letrik sume bawah rm100 belaka


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:25 PM | Show all posts
cucuk kat sume power point kat umah lagik jimat.. xyah pakai letrik langsung
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:29 PM | Show all posts
Ekcheli menatang apa ni.... kapasitor kaa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2017 03:29 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 6-2-2017 03:22 PM
bersepah kot org pomot kat fb..
bill letrik sume bawah rm100 belaka

Tipu je alat2 ni. Kalau betul2 serius nak jimat elektrik, kena la beli alat2 elektrik yang cekap penggunaan elektriknya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:32 PM | Show all posts
insulin replied at 6-2-2017 03:29 PM
Tipu je alat2 ni. Kalau betul2 serius nak jimat elektrik, kena la beli alat2 elektrik yang cekap p ...

kannnn.. kalo keluar rumah kipas lampu tak reti tutup..
pastu tv tengok ko, bukan ko tengok tv..
jimat letrik abah kau
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:34 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 6-2-2017 03:32 PM
kannnn.. kalo keluar rumah kipas lampu tak reti tutup..
pastu tv tengok ko, bukan ko tengok tv.. ...

Betul tu. X guna juga beli benda2 merepek ni kalau x reti tutup lampu, kipas, tv, aircond selepas guna.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 04:03 PM | Show all posts

yg ni pun boleh sembuhkan migraine...tak kosser aku nak nempek pantyliner kat kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.065519 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list