CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1563|Reply: 4

Melunjurkan kaki ke arah kiblat ...

[Copy link]
Post time 7-2-2017 04:54 AM | Show all posts |Read mode
Al-KAFILI AL-FATAWI

AL-KAFI #520 : MELUNJURKAN KAKI KE ARAH KIBLAT
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ AyubDiterbitkan: 06 Februari 2017
sumber asal :http://www.muftiwp.gov.my/index. ... kaki-ke-arah-kiblat






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2017 04:55 AM | Show all posts
Soalan: Apakah hukum tidur dengan melunjurkan kaki ke arah kiblat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2017 04:56 AM | Show all posts
Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Berdasarkan soalan di atas, kami tidak mendapati nas yang melarang samada daripada al-Quran atau Sunnah berkaitan larangan melunjurkan kaki ke arah kiblat.



Tambahan pula, antara larangan yang terdapat di dalam hadith adalah membuang air dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.
Ini berdasarkan hadith yang sahih di dalam al-Bukhari dan Muslim:



  • Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِذَا أَتَيْتُمُ الغَائِطَ فَلاَ تَسْتَقْبِلُوا القِبْلَةَ، وَلاَ تَسْتَدْبِرُوهَا وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا

Maksudnya: “Apabila kamu hendak membuang air maka janganlah kamu mengadap ke arah kiblat dan jangan juga kamu membelakanginya. Akan tetapi palinglah kamu ke timur atau ke barat”. [Riwayat al-Bukhari (394)]



  • Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ، وَلَا تَسْتَدْبِرُوهَا بِبَوْلٍ وَلَا غَائِطٍ، وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا

Maksudnya: “Apabila kamu hendak membuang air maka janganlah kamu mengadap ke arah kiblat dan jangan juga kamu membelakanginya ketika buang air kecil dan besar. Akan tetapi palinglah kamu ke timur atau ke barat”. [Riwayat Muslim (264)]



Berdasarkan kedua hadith tersebut, jelas berkaitan larangan membuang air dalam keadaan mengadap dan membelakangi arah kiblat di tempat yang terbuka. Ini kerana, kiblat merupakan arah yang paling mulia dan ia merupakan arah bagi setiap orang yang ingin mendirikan solat.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2017 04:57 AM | Show all posts
Selain itu juga, sebahagian Hanafiyyah berpandangan bahawa hukum melunjurkan kaki ke arah kiblat adalah makruh dalam semua keadaan termasuk tidur dan selain daripadanya. Ini kerana, hal tersebut boleh membawa makna menghina terhadap Ka’bah di sisi sebahagian daripada Hanafiyyah.

Akan tetapi, Ibn Muflih berkata di dalam al-Adab al-Syar’iyyah:



وَلَمْ أَجِدْ أَصْحَابَنَا ذَكَرُوا هَذَا ، وَلَعَلَّ تَرْكَهُ أَوْلَى

Maksudnya: “Aku tidak mendapati daripada kalangan ashab kami (Hanabilah) menyebut akan perkara ini dan boleh jadi meninggalkannya adalah lebih utama”.



Tambahan pula, ulama’ Syafi’eyyah mengqiyaskan kemakruhan melunjurkan kaki ke arah kiblat dengan duduk iqa’ seperti anjing apabila solat dalam keadaan duduk sebagaimana disebut di dalam al-Mu’tamad.



Kami berpendapat hal ini kembali kepada niat seseorang itu

. Jika dia melakukannya dengan bertujuan menghina Ka’bah maka ia adalah haram. Jika dia melakukannya tanpa berniat untuk menghina adalah diharuskan.

Walaupun begitu, meninggalkannya adalah lebih utama apabila ditakuti ia boleh menimbulkan fitnah bagi orang yang melihatnya.



Penutup

Kesimpulannya, di sana terdapat beberapa adab yang boleh dilakukan atau diamalkan bagi setiap orang yang ingin tidur sebagaimana yang disusun oleh para ulama’. Antaranya, yang disusun oleh Imam al-Ghazali di dalam Bidayah al-Hidayah berkaitan adab-adab tidur. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita. Amin.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2017 03:59 AM | Show all posts
..........................................................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047425 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list