Seoang wanita muda dipenjara 10 tahun selepasa didapati bersalah menyumbat mayat ibunya dalam sebuah beg pakaian di Bali.
Heather Mack mengaku membunuh ibunya, Sheila von Wiese-Mack dan mendakwa berbuat demikian untuk membalas dendam atas kematian bapanya.
Wanita berusia 21 tahun itu mendakwa, dia bertindak secara bersendirian dan kekasihnya, Tommy Schaefer yang turut dipenjarakan di Indonesia sebagai tidak bersalah. Mack membuat pengakuan itu sebagai usaha membebaskan Schaefer dan memberitahu bahawa dia tidak lagi mahu hidup dalam penipuan.
Heather Mack, Foto: Dailymail.co.uk
Wanita yang berasal dari Amerika Syarikat itu mengakui dia merancang membunuh ibunya yang berusia 62 tahun itu selepasa kematian bapanya, James Mack.
"Saya mahu membunuh ibu di hotel kerana dia membunuh ayah saya di bilik hotel. Saya tidak menyesal membunuh ibu saya tetapi saya menyesal kerana Schaefer terlibat sama dalam kes ini."
Sheila von Wiese-Mack, Foto: Dailymail.co.uk
Memetik laporan Daily Mail Online, Mack mendakwa, dua minggu sebelum pergi bercuti ke Bali, dia mengetahui bahawa ibunya bertanggungjawab membunuh bapanya ketika dia berusia 10 tahun.
Disebabkan itu dia nekad untuk menamatkan riwayat ibunya sendiri. -CARI |