3 lelaki Nepal ditahan pihak Polis kerana disyaki mengugut pekerja- pekerja Nepal di kawasan Bukit Mertajam dan juga disyaki terlibat dalam kes samun.
Siasatan lanjut mereka ini juga dikenali sebagai "Penang Young Star Gang" yang dianggotai oleh warga Nepal. Pihak IPD SPT memandang serius mengenai kumpulan gangsters dikalangan warga Nepal dan akan mengambil tindakan dengan menggunakan apa jua undang undang bagi memastikan mereka tidak melampaui batas ketika berada di dalam negara kita.