CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13504|Reply: 75

Edisi Merembes : Kembalinya Abam Edika Yusof

[Copy link]
Post time 13-2-2017 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Tapayana at 13-2-2017 09:38 PM

sumber : utusan pancaindera ahad 12.2.2017



Usia lapan tahun, Edika hampir mati lemas


Disebabkan terlalu ghairah mandi-manda bersama-sama rakan-rakan, model dan pelakon popular era 90-an Edika Yusof, 49 pernah berdepan dengan pengalaman hanyut dibawa arus Sungai Gombak. Mujurlah ketika itu, dia sempat berpaut pada dahan pokok di tebing sungai.

“Ketika itu, saya baru berusia lapan tahun. Maklumlah saya dan rakan tinggal di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Jarang berpeluang mandi sungai dan melakukan aktiviti budak-budak kampung. Kebetulan masa tu flet tempat kami tinggal adakan aktiviti berkelah, jadi saya pun ikut serta.
“Sedang seronok mandi, tiba-tiba tanpa diduga arus sungai mengalir laju dan menghanyutkan saya. Masih ingat, masa itu, saya menjerit sekuat hati minta tolong. Sambil tu tangan cuba mencapai dahan. Nasib baik badan ketika itu ringan jadi mudah untuk berpaut.


“Paling saya ingat selepas sedar dari pengsan, saya lihat emak menangis di tepi saya. Dia terus cakap pada saya “Selepas ni kamu akan dihantar pergi kelas berenang.” Emak buat keputusan macam itu sebab dia nampak saya suka sangat berenang,” tuturnya sambil tersenyum mengimbau kembali memori 41 tahun yang lalu.


Tanpa disangka peluang belajar di kelas renang ketika itu telah menyuntik perasaan cintanya pada aktiviti tersebut. Sehingga dia menanam cita-cita untuk terus aktif dalam sukan renang apabila dewasa.
“Saya bukanlah datang dari keluarga senang. Tapi bila mak sanggup bayar yuran untuk saya belajar berenang, sudah tentu rasa gembira sangat. Mak masa tu tukang jahit. Ayah pula bekerja sendiri. Jadi mak tolong ayah dengan buat kerja sampingan.


“ Mengenang emak dan ayah yang sanggup berhabis untuk diri ini, saya bersungguh-sungguh belajar. Akhirnya masa umur saya 10 tahun, saya terpilih untuk jadi ketua renang di sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah. Selepas itu, masa umur 17 tahun pula, saya ambil lesen menyelam.
“Penglibatan saya yang tertinggi dalam acara renang apabila saya terpilih menjadi wakil Negeri Selangor dalam sukan polo air. Tapi selepas itu saya terpaksa melupakan cita-cita dalam renang kerana terpaksa bekerja untuk menyara dua orang adik selepas ayah meninggal dunia,” ujar bekas pelajar Sekolah Menengah St. John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur ini.

Jaga isteri lumpuh

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dia tidak pernah menyangka rumah tangga yang dibina bersama isteri tercinta Norhidayah Yusri, 38, 14 tahun yang lalu diuji apabila isterinya mengalami lumpuh dari bahagian dada hingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua mereka.
“Bermula dari demam panas kemudian otaknya terkena jangkitan kuman. Masa tu dia koma selama sembilan hari. Selepas sedar dari koma, dia disahkan lumpuh separuh badan. Masa tu hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya dengan anak yang masih kecil.

“Tetapi saya sentiasa berfikir positif. Ketika senang kami berdua sudah tentu saya akan sentiasa berada di sisinya biarpun apa yang terjadi. Akibat daripada penyakit itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan sayalah yang menjaganya selama ini,” tuturnya lagi.

Tidak pernah sesekali terasa terbeban dengan keadaan isteri, dia sedar sebagai manusia biasa setiap orang itu akan diuji dengan ujian dalam pelbagai bentuk. Malah dia pernah berjanji pada dirinya akan terus setia bersama isteri dalam membesarkan kedua anak mereka, Fardeen Nurulhaq, 13, dan Fareena Nurulhaq, 12.

“Niat dulu bukanlah nak tinggalkan terus bidang seni tapi bila isteri tiba-tiba sakit jadi masa tu dah tak ada. Tapi baru-baru ini rakan baik saya, Shah Rezza (Datuk Seri Rezza Shah) meminta saya untuk muncul dalam filem dia, Permata Hati. Jadi untuk tidak menghampakan dia, saya terima pelawaan itu.
“Mungkin kalau lepas ni ada lagi tawaran berlakon saya boleh pertimbangkan. Cuma kalau boleh biarlah watak yang mencabar dan menguji kemampuan saya sebagai seorang pelakon. Supaya penampilan saya mudah diterima ramai setelah menyepi sekian lama.

“Sekarang ini saya sibuk dengan kerja-kerja grafik dan dijalankan terus dari rumah. Dulu ada pejabat tapi selepas isteri sakit, saya perlu sentiasa berada di sisinya. Saya sibuk buat rekaan untuk beberapa projek besar seperti Islamic Fashion Week, Kuala Lumpur Fashion Week dan banyak lagi.
“Selain itu, saya juga ada mengeluarkan produk sendiri iaitu produk serum astavita+. Produk ini dengan formula kombinasi elemen semula jadi, idea daripada saya dan isteri. Dulu isteri saya seorang pakar kecantikan jadi dia sendiri yang memberi idea untuk kami keluarkan produk ini,” beritahu Edika.

Peragaan ke lakonan

Kerjaya pelakon kacukan Pakistan ini dalam bidang seni bermula apabila rakannya Erma Fatima mempelawanya untuk berjumpa dengan penerbit filem. Biarpun ketika itu, dia sudah pun melakar nama dalam bidang peragaan namun dia tidak menyangka bakal bergelar pelakon memandangkan dia langsung tidak memiliki bakat dalam bidang tersebut.

“Sebab saya masa tu dah popular dalam iklan komersial televisyen, jadi Erma panggil saya. Gelabah juga sebab dia terus bawa jumpa penerbit filem. Memang tak ada pengalaman tapi kalau nak diikutkan bakat berlakon depan kamera dah ada. Cuma berdialog tu yang tak ada pengalaman.

“Saya terus bermula dengan filem. Filem pertama lakonan saya Pelumba Malam pada 1989. Saya bernasib baik sebab rakan-rakan artis yang popular waktu tu seperti Mustapha Kamal, Sidi Oraza dan Sabri Fadhil sudi menunjuk ajar.
“Masa tu juga baru saya tahu bukan mudah jadi pelakon. Berlakon ambil masa yang panjang berbanding dengan iklan beberapa hari sahaja selain penghayatan juga perlu lebih. Selepas itu, saya terus dengan filem Driving School (1990), Maria Mariana (1996) dan XX Ray (1993) diikuti dengan lebih 30 buah telefilem,” ujar pelakon yang seangkatan dengan Sofea Jane ini.

Pun begitu setelah mengambil keputusan untuk berkahwin, ayah kepada dua orang anak ini mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjayanya dan memberi tumpuan pada perniagaan grafik yang diceburinya.

“Masa tu pendapatan lakonan tak lumayan sangat. Televisyen pun ada berapa saluran sahaja. Kita punya banyak saingan. Untuk bayaran yang tinggi, kita perlu jadi watak utama. Kalau watak tambahan bayaran tak seberapa. Jadi saya fikir kena ada pendapatan yang tetap. Sebab itu saya pilih untuk fokus pada bisnes grafik pula,” ujarnya lagi.


Tolak belajar kerana susah

Ketika usianya menjangkau 18 tahun, dia terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kerana perlu mencari pekerjaan. Ketika itu, dia berhijrah ke Cherating, Pahang dan bekerja sebagai pelayan restoran di daerah itu.

“Saya perlu bekerja sebab dua orang adik masih bersekolah waktu tu. Dengan pendapatan RM450 sebulan saya kirimkan separuh kepada emak di Kuala Lumpur. Dalam sibuk bekerja, saya dapat tawaran untuk jadi model. Syukur kepada Allah, waktu itu rezeki dalam bidang iklan komersial sangat memberangsangkan.

“Macam-macam iklan yang saya buat dan kebanyakan darinya sebagai watak utama. Masa tu saya ambil keputusan berhenti jadi pelayan dan fokus pada dunia peragaan. Iklan pertama saya iklan Jeans. Selepas itu, lama kelamaan saya mula dikenali. Sehinggakan jika keluar berjalan, semua orang kenal.
“Iklan yang paling menonjolkan saya ketika itu adalah iklan Kingsway. Saya bawa watak utama dalam iklan tu. Mungkin juga iklan tu agak panjang iaitu selama dua minit jadi ia turut memberi kesan.

“Dari hari ke hari saya semakin aktif dalam bidang modeling sehingga ke serata dunia seperti Eropah, Singapura, Perancis, Indonesia dan banyak lagi,” tuturnya yang pernah menjayakan lebih daripada 30 buah iklan komersial.

Kemuncak kerjayanya dalam bidang peragaan apabila dia memenangi anugerah Asia Award Photogenic Model pada 1998 sebelum mengambil keputusan untuk bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pramugara selama lebih kurang lima tahun.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar edika yusof mana
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar terkini maner
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2017 09:18 PM | Show all posts

utusan online tak bubuh. nak tgok pi belek hard copy pancaindera
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mana gmbar nya??? ei
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:23 PM | Show all posts
hakak dari zaman sekolah2 dulu suka kan heols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2017 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkk gambarrrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Choy nya...

Gambar yg penting nyah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami mahu gambar
Kami mahu gambar
Kami mahu gambar
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyDiddy replied at 13-2-2017 09:28 PM
Kami mahu gambar
Kami mahu gambar
Kami mahu gambar

Ini.  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2017 09:39 PM | Show all posts
LadyDiddy replied at 13-2-2017 09:28 PM
Kami mahu gambar
Kami mahu gambar
Kami mahu gambar

dah edit sis. baca balik atas sekali
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink59 replied at 13-2-2017 09:39 PM
Ini.

Thanks uols
Tak seindah yang kubayangkan.. but thanks  
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapayana replied at 13-2-2017 09:39 PM
dah edit sis. baca balik atas sekali

Okay Thanks chuols  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2017 09:50 PM | Show all posts
LadyDiddy replied at 13-2-2017 09:48 PM
Thanks uols
Tak seindah yang kubayangkan.. but thanks

dia botak tu tanda sokongan kat isteri dia. bukan botak sbb rambut gugur. kira kemas lagi EY ni untuk umur sebaya gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Msh hensem ngn age skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dah nampak gamba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya heols sanggup jaga bini
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink59 replied at 13-2-2017 09:39 PM
Ini.

Thread rembes @terpaku  
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink59 replied at 13-2-2017 09:39 PM
Ini.

helokk sepeti dulu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink59 replied at 13-2-2017 09:39 PM
Ini.

Masih hensem..bini dia pun lawo sebenarnya kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.116246 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list