CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2619|Reply: 49

[Tempatan] Setelah hampir 30 tahun, kabinet setuju tubuh pasukan khas siasat kerugian forex

[Copy link]
Post time 16-2-2017 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-2-2017 12:25 AM

Kabinet setuju tubuh pasukan khas siasat kerugian forex
http://www.malaysiakini.com/news/372590

15 Feb 2017, 8:03 malam      15 Feb 2017, 8:30 malam




Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara pada 1990an.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat kabinet petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

"Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.

"Penubuhan pasukan petugas khas ini merupakan langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta-fakta yang berkaitan - menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat-mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan-laporan lain daripada agensi-agensi yang berkenaan.


"Ia juga bertujuan untuk mengetahui apa sebenar yang telah berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewangan serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku dari pengetahuan rakyat Malaysia selama ini," menurut kenyataan itu.

Isu kerugian kontroversi, yang berlaku hampir tiga dekad lalu ‘dihidupkan’ semula selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha untuk menyatukan pembangkang dalam cubaannya untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir adalah perdana menteri apabila aktiviti Bank Negara dalam pasaran tukaran mata wang asing tidak menjadi.

Beliau menuduh Najib terpalit dengan rasuah berikutan laporan deposit bernilai berbilion ringgit berada akaun bank peribadi perdana menteri.


Najib menafikan wang itu dari 1MDB dan mendakwa dana berkenaan adalah "derma" dari ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Najib juga menafikan melakukan sebarang salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 08:50 AM | Show all posts
rugi vs hilang
kne ikut najib punya  umur...sbb aku xrasa najib akan letak jawatan sewaktu hidup
dia akan ikut jejak bapak dia
klu panjang umur mgkin lagi 40 -50- tahun
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 08:53 AM | Show all posts
berapa tahun dah ahjib gor jadi PM?

BAru sekarang nak siasat?




prrffthhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:04 AM | Show all posts
dah lama berzaman bru nk siasat forex....


kalau nk siasat 1MDB, jib pun dh bkambus dlm tanah dh.. dah tu takkan nk hukum cicit dia plk?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:07 AM | Show all posts
Perangai banker2,fund manager & subcons yg buat main-cons mereka 1MDB nampak macam problem jerrr,warga temasek pun sedar perangai banker2 mereka tuuu, dah memang kepakaran mereka daaaa dalam hal2 ni,  saperrr suruh mereka piii main profit atau payment yg mereka dapat dari main cons ala Panama Papers, tu sebab mereka jerrr yg kena, dah mereka2 ni yg pi buka shell company offshore segala nak buat macamana.

sama jerrr perangai macam tycoon2 Indon yg pi seludup profit mereka piii Singapura, apa Jokowi tak terfikir nak buat tax amnesty,dah terdesak....Duterte pun khabar nyerrr nak kenakan pengkhianat tax gak ala perang drug dealer nyerrr.....

Tentang kerugian forex ni, ni total loss....bukan duit tuuu kena sembunyi2 macam subcons banker2 pakar cuci2 1MDB buat tuuu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg main forex sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2017 09:10 AM | Show all posts
Melopong semua penyokong tegar umno/bn dalam forum ni. Semua tak terkata apa dan tak berani nak komen.

Ini le wajah sebenar umno/bn. Semua salah laku dan rasuah dibiarkan. Bila ada kepentingan politik baru nak bongkar.  

Di mana ada umno/bn, di situ ada masalah.

apa kata anda @deezeck @rashiman @kemaruk @Simunggu ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:16 AM | Show all posts
salah laku dari umenok juga...mmg tak heran....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 09:18 AM | Show all posts
Edited by dcruins at 16-2-2017 09:20 AM

Zaman Mahathir pembangkang jinak, kroni2 top 10 Forbes Mahathir tak nak hulurrr sama pembangkang....masuk jerrr PM seterus nyerrr yg tak nak ikut skrip Mahathir, kroni Mahathir kena laaa hulurrr pi sebelah pulak, sampai dana politik berbillion milik UMNO pun Mahathir tak nak keluar kan, kira macam senjata laaaa nak blackmail PM seterus nyerr, tapi ada yg melawan piii cari dana dari luar, tu sebab datang dana Pak Arab tuuu. Macam family Clinton tuuu yg pakai account family untuk kutip derma melalui Clinton Foundation, Trump pun ada tapi dia cepat2 nak tutup takut kena query macam Clinton.

Sampai sekarang dana2 politik tu yg bawah Trustee rahsia Mahathir tak keluar2 lagi, faham2 jerrr laaa tentang "trust fund" etc macam ni,macam kes2  Panama Papers tuuuu, bukan senang nak tembus kala nak cari nama2 trustee sebenar nyerr......
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:24 AM | Show all posts
secara layman nyerrr, kes 1MDB tuuu duit2 profit banker2,sub cons tuuuu memang masih kat dalam tuuuu, cuma kena sembunyi2 jerrr ala Panama Papers, sub cons pun nak elak cukai maaaa, dah tebiat & kepakaran mereka laaa tuuu, padan muka subcons2 tuuu semua...

Forex Mahathir pulak macam kalah judi kat dalam kasino, bila dah kalah,biasa nyerrr Casino bagi treatment 5 star laaa kat yg kalah banyak tuuu,nak ambik hati sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:58 AM | Show all posts
kasibiman replied at 16-2-2017 08:53 AM
berapa tahun dah ahjib gor jadi PM?

BAru sekarang nak siasat?

sebab nak alih perhatian je lah ni. kewangan kerajaan bayar kos task force.  lepas tu founding akan dibakul sampahkan bila selesai pilihanraya. najis nya puak2 ni punya otak...  

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:01 AM | Show all posts
1MDB BILA NAK SIASAT.............????
Dan jangan lupa panggil NORYAACOP, MENTERI DALAM JABATAN
PERDANA MENTERI, SEBAGAI SAKSI, ye.............dia masih hidup.
Dia yang uruskan FOREX di BANK NEGARA.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
..itu tanda2 mengundi semakin dekat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:11 AM | Show all posts
tunggu TN50 baru siasat 1MDB.. masa tu mungkin najib pun dh mapuh kerah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 16-2-2017 10:01 AM
1MDB BILA NAK SIASAT.............????
Dan jangan lupa panggil NORYAACOP, MENTERI DALAM JABATAN
PER ...

.. 1MDB tu hanya salah bankers, katanya    
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:28 AM | Show all posts
Kes forex ni cari jerrr kepala2 nyerr masa tu, kes total loss jerrr, tak serumit 1MDB yg melibatkan banyak subcons luar negara yg perangai dia nak escape tax jerrrr, pantang dapat profit atau payment dari main cons, cepat kilat jerrrr pi hantar duit kat shell company kat tax haven luar negara.kira habit laaaaa, dah mereka tau cara tuuuu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 10:31 AM | Show all posts
pyropura replied at 16-2-2017 10:18 AM
.. 1MDB tu hanya salah bankers, katanya

Dah citerrr macam tuuu jerrrr yg keluar kat court mereka setakat ni,tak derrr citerrr lain....kantoi cuci2 profit sendiri jerrr memanjang subcons ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:33 AM | Show all posts
dcruins replied at 16-2-2017 10:31 AM
Dah citerrr macam tuuu jerrrr yg keluar kat court mereka setakat ni,tak derrr citerrr lain....kant ...

NEGARA SEDANG RUNTUH
Saya sering disapa oleh orang yang  mengenali saya walaupun saya tidak mengenali mereka.Saya dapat mengagak bahawa sapaan ini pasti akan disertai dengan pertanyaan yang sama.
Pertanyaan yang popular: Datuk apa akan jadi pada negara kita?
Tan Sri, Apa akan jadi pada cucu cicit kita akan datang?
Tan Sri, Kenaapa Najib tak mahu berhenti?
Tan Sri, Apa kita nak buat?
Tan Sri, Di mana boleh dapat borang Bersatu

Dan pagi ini salah seorang dari tiga orang  yang sedang minum teh tarik di sebuah gerai  telah datang kepada saya dan terus berkata" Tan Sri Negara kita sedang runtuh."

Mungkin ini dianggap sebagai suatu maklum balas yang berat sebelah kerana banyak  membuat persepsi saya adalah anti Najib tetapi dalam pada itu saya tetap mengharapkan semua jentera UMNO akan menerimanya dengan positif dan mengambil sesuatu langkah yang boleh menghilangkan kebimbangan rakyat.

Pengalaman saya memberitahu saya sekalipun kebangkitan antiMahathir bagitu hangat memuncak ketika rakyat menyokong reformasi Anwar Ibrahim tetapi   orang ramai tidak bersuara secara terbuka seperti sekarang yang merangkumi semua peringkat rakyat.

Saya tidak perlu menambah cerita tentang sentimen anti Najib dan Rosmah yang panas memuncak di seluruh negara sekarang yang dapat kita ciumi,dengar dan lihat di mana juga kita pergi;dipejabat kerajaan , di surau atau masjid apatahlagi di kedai-kedai mamak.

Hanya satu permintaan saya kepada JASA,Polis Bahagian Khas( SB), Perisik Tentetra dan juga jentera-jentera UMNO berilah tahu secara jujur dan terus terang akan perasaan sebenar rakyat terhadap Najib demi keselamatan UMNO dan orang Melayu.

Semakin kuat kempen memburukan Mahathir di TV dan akhbar-akhbar UMNO semakin memuncak kebencian dan kemarahan pada Najib.Orang yang waras tidak melihat faedah kepada Najib atas beberapa isu yang cuba dipanaskan walaupun sebenarnya tidak lagi panas.

Umpamanya penduduk di kawasan Felda memberitahu saya" Kami tak tahu kisah BMF, itu kisah 30 tahun dahulu,mana kami nak ingat"

Orang di bandar-bandar lagi sinis. Mereka kata Najib dah habis modal. Nampak benar dia cemas dan panik.Macam macam ditimbulkan nak lupakan rakyat tentang harga barang mahal,harga minyak naik dan juga harta-harta negara dijual pada China.

Isu-isu yang digunakan untuk memburukan Mahathir dilihat sebagai suatu pengakuan Najib terhadap keburukannya dirinya sendiri" Apa salah kami membuat yang buruk kalau Mahathir membuat keburukan yang lebih besar." tetapi cerita basi tidak digemari manusia
Kata mereka soal Batu Putih ditimbulkan untuk melupakan rakyat terhadap kenaikan harga barang,harga minyak dan sebagainya,tetapi rakyat lebih cepat percaya kepada sebaran kabar angin Azmin mengatakan seorang lagi menteri akan berhenti kerana tak mahu bersubahat dengan 1MDB

Jika sekiranya maklum balas ini tidak mahu diterima oleh orang UMNO,BN dan juga pihak perisikan maka konklusi saya ialah" Nak mampus,mampuslah UMNO". Apa nak buat lagi nasihat semua pihak yang ikhlas,yang sayangkan UMNO, tak dipedulikan.
.

Posted by zainudin maidinat 13:30


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 16-2-2017 10:11 AM
tunggu TN50 baru siasat 1MDB.. masa tu mungkin najib pun dh mapuh kerah

Dia kena najip keluar umno lah, kalau Madey masih dlm umno pun kes forex loss ni diperap aje ... kimak tul kan   
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:37 AM | Show all posts
Macamana laaa nak dakwa najib kalau yg pi cuci2 profit tu subcons jerrrr,sebab tu takat ni subcons jerrr yg kena,dah habit mereka kot nak cuci2 jerrr....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.082511 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list