CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 15

[Tempatan] Beri peluang pelajar perubatan tukar bidang - pakar

[Copy link]
Post time 17-2-2017 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 17-2-2017 11:51 AM

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Pelajar yang sudah hilang minat dalam bidang per­ubatan wajar diberi peluang untuk menukar kepada bidang kesihatan yang lain bagi mengatasi masalah doktor pelatih yang gagal memberi komitmen sepatutnya.

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Abdul Jalil Nordin berkata, program pengajian per­ubatan memakan masa selama lima ke enam tahun dan sekiranya segelintir pelajar sudah hilang minat sewaktu pertengahan pengajian, mereka wajar diberi peluang memasuki jurusan lain seperti sains kesihatan.

Katanya, tindakan tersebut lebih wajar dilaksanakan berbanding memaksa mereka yang sudah hilang minat dalam bidang tersebut untuk meneruskan lagi pengajian yang pada akhir­nya hanya akan menyebabkan masalah disiplin apabila bergelar pegawai perubatan nanti.

“Mereka yang berasal daripada bidang perubatan yang telah memasuki jurusan sains kesihatan sebagai contoh akan berpeluang untuk terlibat dalam kumpulan sokongan klinikal yang akan melakukan kajian mengenai isu perubatan semasa, namun satu perbincangan lebih lanjut perlu diadakan bagi membincangkan cadangan ini.

“Bukan itu sahaja, golongan ibu bapa dan generasi muda juga wajar didedahkan dengan realiti dan komitmen yang terpaksa dihadapi oleh seorang doktor perubatan bukan hanya melihat kepada aspek materialstik semata-mata,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan Advance In Internal Medicine (AIM) 2017 di Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),UPM, dekat sini hari ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 12:06 PM | Show all posts
dh tahu dah makin sukar jadi doctor..  sebab nak kawal lambakan doctor.. sebelum ni pilot,  nurse, IT..

supply over demand.. the best of the best sahaja akan terpilih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:08 PM | Show all posts
tukar bidang jd penyanyi





ade x kt msia ni
dr medik penyanyi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite doktor dlm cite Melayu tak sama dgn realiti
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan da byk ke doc ni amek pluang jawatan lain? kesihatan mental, xray, biokimia/lab to name a few
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd Doktor mmg stress.. Ibu Bapa ni ingat keje doktor setakat pagi puch card petang balik cukup bulan gaji masyuk.. Dia x pikir beban kerja doktor cemana.. Kalo tgok drama melayu mmg la keja doktor ikut waktu pejabat..
Belajar mcm nk mati, tp gaji bukan besar mana pun utk fresh gradute..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Off topic
Wana dulu ambil kos design..xminat ingat nak tukar walau kena extend 1year pun xapa la..gigih datang interview bagai hujung xdapat sebab tahun tu tetibe school xkasi tukar cost bagai  :
Padahal ikutkan pointer dr matrik sampai sem masa tu lepas je..kalo xkasi tukar awat cakap boleh apply.. buang masa he: walaupun redho tapi jangan la buat begini
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 17-2-2017 12:11 PM
Cite doktor dlm cite Melayu tak sama dgn realiti

smua citer mnipu, tk kisah citer hollywood ke,melayu ke. tp citer melayu klo mnipu btol2 mnipu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
[quote]R2D2 replied at 17-2-2017 11:48 AM
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Pelajar yang sudah hilang minat dalam bidang per
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 03:30 PM | Show all posts
minggu ni banyak berita sal perubatan. yakni student n pelatih



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 04:03 PM | Show all posts
minggu lepas ada rencana ttg doktor pelatih tukar bidang jadi pereka fesyen
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:05 PM | Show all posts
Tukar je bidang kalau tak mampu nak cope. Itu cara terbaik. Jangan guna alasan ponteng sebab tekanan kerja dah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg stress kot bidang medic ni..  Dulu kawan U aku pun parents gigih suruh anak amik medic last2 budak tu xbole cope smpai sakit teruk..  Last2 tukar course amik Accountancy pulak.. Sama gak stressnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-2-2017 12:06 PM
dh tahu dah makin sukar jadi doctor..  sebab nak kawal lambakan doctor.. sebelum ni pilot,  nu ...

Ai setuju. Biar the best among the best among the best aja yg jadi doctor.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:31 PM | Show all posts
sebab tu doctor ramai berhijrah ke aussy, canada, dan oversea..

akak pun nak berhijrah ni..  tunggu saudagar jemput akak untuk kemasukan kerja..

selagi boleh hijrah hijrah je..  hijrah bukan sebab tak sayang malaysia.. bukan sebab tak nak tengok anak membesar..

tp ni lah pengorbanan seorang insan berhati mulia.. sanggup buat apa saja..

berkorban apa saja... harta atau pun nyawa.. rindu pada yang dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 01:29 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.072555 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list