CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2882|Reply: 25

[Tempatan] Suami isteri kena cekup saman JAWI

[Copy link]
Post time 17-2-2017 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eyansss at 17-2-2017 12:42 PM

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan enam yang lain, kerana membuat serbuan serta menahan mereka secara salah atas dakwaan khalwat. Mohd Ridhuan Giman, 34 dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pegawai penguat kuasa JAWI Mohd Shiham Ramli dan Mohammad Izehar Md Amin; Ketua Pegawai Penguat kuasa JAWI; Ketua Pengarahnya; JAWI ; Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketujuh. Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, Mohd Ridhuan dan Siti Sarah berkata, mereka bernikah pada 17 Oktober 2014 di Kuala Lumpur dan pernikahan itu didaftarkan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Mereka mendakwa, pada jam 1.30 pagi, 8 Januari lalu defendan pertama dan kedua serta enam lagi pegawai penguat kuasa JAWI membuat serbuan di bilik sebuah hotel bajet tempat mereka menginap. Plaintif pertama berkata, sebelum dapat membaca dengan jelas kad kuasa yang ditunjukkan, pegawai serbuan meluru ke dalam bilik walaupun sudah dimaklumkan bahawa isterinya berada dalam bilik tanpa berpakaian lengkap. Pegawai lelaki itu didakwa plaintif pertama melihat isterinya berada dalam berpakaian tidak lengkap, kemudiannya mengambil gambar serta video, menyebabkan berlaku pergelutan antara beliau (suami) dan pegawai serbuan. Katanya, walaupun sudah ditunjukkan foto sijil nikah dan gambar perkahwinan yang tersimpan dalam telefon bimbitnya (plaintif pertama) sebagai bukti sah status perkahwinan, pegawai serbuan enggan menerima pakai bukti itu dan berkeras hendak menahan mereka. Dakwa plaintif, mereka kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun H S Lee bagi laporan tangkapan atas dakwaan berkhalwat sebelum dibawa ke pejabat JAWI. Mereka mendakwa, kemudian dibebaskan selepas ibu kepada plaintif pertama menandatangani Bon Diri bagi menjamin kehadiran untuk siasatan lanjut. Berikutan itu, mereka menuntut perisytiharan tangkapan itu adalah salah, tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan serta Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan perisytiharan ia menceroboh privasi serta salah guna kuasa, selain menuntut ganti rugi.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/249407
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 12:55 PM | Show all posts
saman je polis moral ni, bodoh sangat nat tangkap gambar bini org, cam sial je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah jakim perlu peruntukan RM1b setiap tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:58 PM | Show all posts


even maksiat pun..negara tak tumbang...

apa kata jawi pi tangkap geng rasuah yg bole melingkupkan negara islam ini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 17-2-2017 12:41 PM
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekut ...


Apekes bangsat jilake sgt perangai mereke ni main serbu terusan ambil video sume
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila betul. Org tu da bg kerjasama tapi dorg serbu dan tangkap gambar. Mmg patut pun kena saman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2017 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apekehal sampai extreme ngat gayanya nak mencari salah org? Or bukti2 yg dikemukakan meragukan ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:17 PM | Show all posts
yg maksiat terang2 an x nk lak cekup..
yg tertutup cmtu dok sibuk nk gi serbu..huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 17-2-2017 12:41 PM
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekut ...

Thread sebelah sama eyannsss   
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:12 PM | Show all posts
saman jgn tak saman klu di pihak benar..ajar sikit dorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 17-2-2017 12:41 PM
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekut ...

Saman jgn x saman biar pegawai tu pulak dibogelkan pastu amik bideo dia!bangsat betul staf depa ni!takde integriti lnsg!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman jer. Babi sgt gi ambik gambar n  ideo macam tue. Pastu sebar. Perangai pegawai agama bodoh cam lahanat. Jahat n tak menunjukkan moral yg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:37 PM | Show all posts
Selayaknya disaman. Ape ko ingat semua yg check in hotel bajet nak buat maksiat je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 02:37 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 17-2-2017 02:19 PM
Saman jgn x saman biar pegawai tu pulak dibogelkan pastu amik bideo dia!bangsat betul staf depa ni ...

memang bagus diorang ni kena camni...  sebab takde dalam KPI kata kena amek gambo...  dalam islam pun suruh jangan sebarkan aib...  tutup aib...  terutamanya aib orang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 02:38 PM | Show all posts

ai bukak awal seminit...  hehehe...  boleh je mintak momod merge...  ai is tak kisah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 02:40 PM | Show all posts
sebu replied at 17-2-2017 01:00 PM
Apekes bangsat jilake sgt perangai mereke ni main serbu terusan ambil video sume

KPI baru jabatan islam kot...  sebab dulu takde pun kes2 serbu2 sambil amek video amek gambo...  apa hak ko nak menyerbu camtu sekali...  saman sampai terbogel JAWI ni supaya jadi pengajaran kepada jabatan agama islam negeri yang lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 02:42 PM | Show all posts
dah tunjuk bukti lagi nak amik gmbar video bini orang. pegawai jawi kebirahan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 17-2-2017 02:37 PM
memang bagus diorang ni kena camni...  sebab takde dalam KPI kata kena amek gambo...  dalam islam  ...


Tu namanya bengap sis.kalau ceramah agama tu kemain mulut x berenti masyaAllah subhanallah..tp kepala otak tu mmg bangsat. Asik pikir buruk psl org..dia lupa dia sendiri silap2 masuk neraka barisan depan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Melepas pegawai penguatkuasa nak jadi orang pertama yg viralkan kes maksiat. Mendapat lah ko kena saman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 02:52 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 17-2-2017 02:42 PM
Tu namanya bengap sis.kalau ceramah agama tu kemain mulut x berenti masyaAllah subhanallah..tp k ...

aah...  mulut asek masyaAllah subhanallah tapi isi kandungan pasal seks, poligami, berdosanya perempuan taka redha suami kawen banyak walaupun suami tu miskin papa kedana biawak hidup segala...

ni semua penunggang agama...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.072553 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list