CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 7

Pendidikan Agama Berteraskan Akhlak

[Copy link]
Post time 18-2-2017 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 18-2-2017 07:09 AM

Pendidikan agama berteraskan akhlak
PROF. DATUK DR. ISMAIL IBRAHIM ialah penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pendidikan-agama-berteraskan-akhlak-1.445394


DALAM situasi yang penuh mencabar pada masa ini, manusia memerlukan proses pembaikan dan perubahan secara konsisten dan berterusan ke arah kecemerlangan dan keunggulan. Bangsa-bangsa dunia yang sedar akan kepentingan proses ini mempunyai kaedah dan caranya yang tersendiri dalam revolusi ini.

Bangsa Jepun mengamalkan konsep Kaizen yang bermaksud penambahbaikan secara berterusan yang telah diberikan perhatian dan pelaksanaan yang amat teliti dan mendalam, sehingga menjadi unsur budayanya yang penting, khususnya dalam bidang pengurusan dan penghasilan produk dan perkhidmatan.
Umat Islam juga seharusnya mengambil falsafah ini untuk melonjakkan pendidikannya, seperti yang pernah dilakukan ketika pendidikan Islam yang membicarakan tentang konsep Al-Falah sebagai satu nilai tonggak dalam segala aspek kehidupan umat Islam.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2017 07:05 AM | Show all posts
Pendidik yang cemerlang ialah yang menguasai metodologi pengajaran, teknik mengajar, pedagogi, andragogi, dan dalam masa sama memiliki iri-ciri ketrampilan profesional seorang guru. Ajaran Islam menekankan bahawa profesionalisme keguruan adalah bersandarkan kepada ilmu yang dikuasainya, dan aplikasi amalannya sendiri dalam konteks ilmunya itu. Di samping itu penting dalam konteks ini juga ialah nilai positif, ufuk minda yang luas, pemikiran sejagat dan set minda yang dinamik, berhikmah dan hormat diri, berwawasan dan mempunyai keyakinan diri, yang semuanya adalah gambaran dan contoh terbaik guru terhadap pelajarnya (Surah Al-Baqarah ayat 129)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 07:06 AM | Show all posts
Sebagai umat Melayu, haruslah mengkaji dan mengetengahkan legasi dan ketrampilan mereka dalam bidang ilmu warisan, tamadun, perpustakaan dan manuskrip, terutamanya yang menonjolkan peranan umat Melayu dalam tamadun Islam dan penghayatan Islam sebagai Ad-Din serta pengaruh-mempengaruhi di antara budaya Melayu dan tradisi warisan Islam.

Terdapat penyelidikan para sarjana Islam moden yang membawa beberapa teori tentang pendekatan ulama fikah atau agamawan dalam kehidupan semasa dan kefahaman mereka tentang falsafah serta konsep Ad-Din yang sebenarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 07:06 AM | Show all posts
Mereka dilihat sebagai ulama yang memisahkan penghayatan agama daripada kehidupan umum, dengan hanya memfokuskan kepada aspek kehidupan individu, tanpa komitmen kepada kehidupan bermasyarakat dan kepentingan bersama. Oleh itu penglibatan dengan maslahat bersama dalam masyarakat dan hal ehwal umum tidaklah sangat menjadi perhatian mereka dalam mendidik masyarakat dan mempraktikkan ajaran agama.

Sebuah tamadun tidak mungkin dapat ditegakkan sebagai tamadun umat sekiranya kehidupan beragama hanya berpusat di sekitar amalan peribadi dan ibadat khusus di peringkat individu tanpa dihubungkan dengan tanggungjawab sosial dan kepentingan umum.

Generasi muda Islam kini yang menderita hidupnya dalam tekanan politik, ekonomi, sosial dan juga aga-manya, termasuk daripada autoriti dan pemerintah-nya sendiri, yang memerlukan perubahan sosial, akan membangun sebagai generasi yang sakit jiwa dan batinnya, generasi yang mengalami keruntuhan moral dan akhlaknya, sebagai korban kepincangan pendidikan dalam masyarakatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 07:07 AM | Show all posts
Gejala keruntuhan moral dan kepincangan perwatakan generasi baru ini ternyata dengan agak jelas sekali dengan berleluasanya penyakit sosial, keruntuhan moral, perlanggaran nilai-nilai murni kehidupan, penentangan terhadap peraturan serta undang-undang, dan kepincangan peri laku yang bertentangan dengan ajaran global Islam sendiri.

Ternyata sekali bahawa pendidikan yang tidak berteraskan prinsip hidup mulia dan bermoral serta akauntabiliti kepada masyarakat umum gagal untuk me-lahirkan para pembangun tamadun dan peradaban yang dituntut oleh agama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 07:07 AM | Show all posts
Kekeliruan menyampaikan pendidikan Islam dan pendekatannya yang tidak terancang dalam persekitaran dan konteks semasa ketika ini bolehlah disifatkan sebagai formalistic (mementingkan form bukan content) dan legalistic (terhad kepada hukum). Keadaan inilah yang mencorakkan bagaimanakah kanak-kanak Islam dibesarkan, sama ada di rumah dan dalam kalangan keluarga, atau di pusat pengajian.

Akibat sikap dan sifat terpencil ini, maka kanak-kanak akan membesar dengan anggapan bahawa menunaikan ibadat peribadi itu sudah mencukupi syarat kehidupannya untuk menjadi manusia bermoral. Walhal ini akan membawanya ke alam kehidupan individualistik, mementingkan dirinya semata-mata, kerana itulah makna kehidupan menurut kefahamannya. Sedangkan kehidupan manusia secara terpencil, jauh daripada obligasi dan komitmen masyarakat adalah hanya untuk survival dengan sikap yang amat negatif terhadap kehidupan bermasyarakat.

Realitinya, ibadah bukan semata-mata ritual, malah termasuk kewajipan dan tanggungjawab yang dituntut dalam kehidupan orang Islam dari perspektif syariah dan nilai-nilai kerohanian atau akhlak seperti menegakkan kebenaran, menghapuskan segala amalan yang sia-sia, komitmen kepada perjuangan bersama untuk dunia dan akhirat, prihatin terhadap masyarakat dan kepentingan umum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-2-2017 07:07 AM | Show all posts
Sekiranya kualiti zahir dan batin, fizikal dan spiritual ini tidak berakar umbi jauh di dalam emosi dan hati nurani kanak-kanak Islam, maka generasi Muslim ini akan mewarisi salah faham dan apathy ini kepada generasi berikutnya, seterusnya menjadi pegangan hidup seluruh ge-nerasi Islam turun-temurun. Hal ini satu pengajaran dan pengalaman yang amat malang dalam masyarakat Islam.

Untuk memastikan bahawa umat Islam tidak ketinggalan dalam bidang pengembangan dan pengurusan ilmu, akhlak dan adab serta tamadunnya, maka perlulah dirangka satu perancangan dan tindakan dalam bidang ini. Dalam menuju matlamat ini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 telah pun dilancarkan yang antaranya menggariskan lonjakan amat positif untuk menghasilkan graduan holistik, memiliki pemikiran kritikal dengan nilai dan akhlak, yang mengandungi ciri-ciri teras pendidikan Islam itu sendiri.

PROF. DATUK DR. ISMAIL IBRAHIM ialah penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2017 04:03 AM | Show all posts
..............................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058490 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list