Oh I see. Thank you, FC. I ada google sekejap pasal pakaian ngepan. Menarik juga infonya.
"Cara pemakaian Ngepan Indu Iban ini biasanya mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan. Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang salah boleh menyebabkan pemakainya dipandang serong.
Sebagai contoh, sugu tinggi yang digunakan sepatutnya sememangnya tinggi daripada sugu tinggi yang lain. Ini kerana Sugu tinggi yang rendah adalah untuk isteri orang ataupun janda. Selain itu, corak ngepan kain bagi seorang gadis haruslah terang warnanya. Ini menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan sebagai isteri."
Apa yang I faham ialah setiap perincian costume ngepan ini membawa maksud yang tersendiri. Jadi, kalau tak faham cara pemakaian dan maksud costume tersebut, ini akan menimbulkan salah faham yang berat. Sebab pakaian ini bukan pakaian biasa seperti baju kurung atau baju kebaya. Costume ngepan ini ada sejarah dan maksud spesifik pada setiap perincian yg terdapat pada baju tersebut.
|