CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1583|Reply: 20

[Tempatan] Acik Moslem Sebak terima hadiah pakej umrah dari majikan berugama Hindu.

[Copy link]
Post time 22-2-2017 07:09 PM | Show all posts |Read mode





Sama Soka (kiri) menunjukkan gambar kenangan ketika dia mengerjakan umrah kepada Manickam dan isterinya.
BAHAU - Biarpun berlainan agama, keadaan itu tidak menjadi penghalang kepada seorang pemimpin yang beragama Hindu di sini, untuk menghadiahkan pakej umrah kepada pembantu rumahnya.

Walau bagaimanapun, Sama Soka Jasmin, 47, sepatutnya menunaikan umrah dua tahun lalu, namun niat itu terpaksa dilupakan kerana ditipu orang tengah yang menguruskan pakej umrah di Indonesia.

Dia yang bekerja sebagai pembantu rumah Adun Jeram Padang, Datuk L Manickam selama 14 tahun, sebak ketika menceritakan pengalamannya sebelum berjaya menunaikan ibadah itu pada 21 hingga 31 Disember tahun lalu.

“Mungkin ALLAH belum mengizinkan ibu ke sana dua tahun lalu. Banyak sungguh dugaannya, ibu ditipu, wang habis. Ketika itu Sir (Manickam) beri sejumlah wang, ibu uruskan sendiri.

“Sebelum itu ibu ada masalah pasport. Sir minta balik Malaysia semula nak uruskannya. Banyak pula halangan untuk ke lapangan terbang, lalu tiket dibatalkan.

“Masya-ALLAH... kemudian Sir bagi tahu... Sama agaknya Tuhan belum izin pergi, kita tunggu masa sesuai biar saya (Manickam) uruskan semua,” katanya ketika ditemui di kediaman Manickam di Taman ACBE, Bahau, semalam.

Sama Soka berkata, dia tidak menyangka majikannya menunaikan hajatnya ke Makkah, malahan ia seperti mimpi buatnya selain mengakui hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik majikannya.

Sementara itu menurut Manickam, beliau dan isteri, Datin V Vimala mengambil keputusan menguruskan semuanya kerana tidak mahu perkara sama berulang.

“Urusan itu tidak boleh dibuat di Malaysia jadi saya berurusan terus dengan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan terbang ke Indonesia pada Ogos tahun lalu. Semuanya dibantu oleh Kedutaan Indonesia sehingga Sama berjaya menunaikan umrahnya.

“Bagi saya, Sama telah berkhidmat dengan keluarga saya sudah lama sehingga dia pun pandai memasak masakan India. Jadi tidak salah saya hadiahkannya pakej ini walaupun kita berbeza agama.

“Saya sangat menghormati semua agama dan semuanya saya jaga termasuklah soal halal dan haram. Apabila melihat dia dapat pergi Makkah, saya pun gembira kerana itu adalah hajat semua orang yang beragama Islam,” katanya yang turut melahirkan terima kasih kepada Kedutaan Indonesia.

Sinar Harian difahamkan, Manickam terpaksa menerima hakikat apabila kos tanggungan pakej umrah Sama Soka pada 2014 lebur sehingga mencecah RM14, 000.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...umrah-1.632410


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Terharuuuuu bgus...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
India ni kalu yg baik..mmg baik sangat2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun rasa terharu. Baiknya majikan makcik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah beliau dapat majikan bagus
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 07:42 PM | Show all posts
ADUN MIC ni pun EXCO Kerajaan Negeri Sembilan

kawasan dia boleh consider safe seat la kan banyak felda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2017 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
moral story aside, suey nye makcik ini. buat itu tak boleh, buat ini tak jalan, apa pun tak kena. orang lain buat semua jalan.

sometimes life is so hard!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 07:45 PM | Show all posts
maksudnya sir manickam ni dah bagi dah duit pada 2014 dulu RM14000
tapi dia uruskan sendiri
dan kena tipu

kemudian sir manickam bagi wang lagi sekali. tapi kali ni mereka yang handle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 07:47 PM | Show all posts
Ada gak Insan yg berlainan agama tapi berhati Mulia
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:00 AM | Show all posts
taikor replied at 22-2-2017 07:43 PM
moral story aside, suey nye makcik ini. buat itu tak boleh, buat ini tak jalan, apa pun tak kena. or ...

it's not suey....like that bibik said,

Masya-ALLAH... kemudian Sir bagi tahu... Sama agaknya Tuhan belum izin pergi, kita tunggu masa sesuai biar saya (Manickam) uruskan semua


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 09:36 AM | Show all posts
bila kita bersedekah rezeki kita akan bertambah banyak......bukan bertambah miskin..itu janji Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 09:39 AM | Show all posts
mulianya hati majikan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 09:41 AM | Show all posts
maid ni kalau buat kerja betul2,
ikhlas, jujur majikan memang sayang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:08 AM | Show all posts
bagusssnyaa...
malukannnn...
ada org sejak lahir beragama islam tp busuk hati...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:21 AM | Show all posts
Simunggu replied at 23-2-2017 09:36 AM
bila kita bersedekah rezeki kita akan bertambah banyak......bukan bertambah miskin..itu janji Allah. ...

Dan apa pula janji Allah SWT pada orang yang suka berpura-pura, memaki hamun orang bodoh dan babi, bercakap benda-benda lucah, menipu serta suka menyebarkan fitnah macam kau? Tolong jelaskan sikit

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:45 AM | Show all posts
Defcon2 replied at 23-2-2017 10:21 AM
Dan apa pula janji Allah SWT pada orang yang suka berpura-pura, memaki hamun orang bodoh dan babi, ...

ya betul...org kuat fitnah mcm kamu sure nerako paling dalam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 05:26 PM | Show all posts
bekas cikgu den ni
smk datuk mansor
ajar subjek sejarah mase form1
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:54 AM | Show all posts
Simunggu replied at 23-2-2017 11:45 AM
ya betul...org kuat fitnah mcm kamu sure nerako paling dalam...

Eh kenapa ko tak jawab soalan?

Aku ulang soalan... apa pula janji Allah SWT pada orang yang suka berpura-pura, memaki hamun orang bodoh dan babi, bercakap benda-benda lucah, menipu serta suka menyebarkan fitnah macam kau?

Tolong jawab sikit. Kenapa tak berani jawab?  

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 11:26 AM | Show all posts
Defcon2 replied at 24-2-2017 09:54 AM
Eh kenapa ko tak jawab soalan?

Aku ulang soalan... apa pula janji Allah SWT pada orang yang su ...

yang saya tahu kamu yg tak habis habis fitnah sana sini..apa yg kamu cakap bukan ada bukti sahih..mahkamah/polis/sprm pun tak bagi confirm...mcm mana pula berita tu sahih?? u tell m..siapa yg buat fitnah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 11:41 AM | Show all posts
Bertuah le dapat majikan yang faham dan baik cam ni teruskan berkerja baik2 dengannya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.626144 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list