CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2134|Reply: 8

serious : Percetakan Al Quran dan salah guna kuasa cetak Al Quran

[Copy link]
Post time 24-2-2017 05:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 25-2-2017 04:42 AM

KES SALAH GUNA CETAK AL QURAN PERKARA SERIUS
sumber :


http://www.yadim.com.my/v2/?p=28112



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2017 05:44 AM | Show all posts
SHAH ALAM 22 Februari – Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) memandang serius kes penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam kerja percetakan al-Quran, serta kitab-kitab yang dilakukan oleh pencetak yang bukan daripada ahli berdaftar dalam persatuan itu.

Presiden PPPMM, Muhammed Farhan Basheer Ahamed berkata, tindakan itu sekali gus telah mengingkari dan melanggar syarat dan kenyataan di dalam pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan.

Katanya lagi, gejala penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran syarat itu telah menyebabkan nilai kesucian ketika proses cetakan kitab suci itu dan buku agama lain tidak lagi terpelihara selain menyebabkan berlakunya harga jualan yang amat mahal tetapi tidak mencapai standard akibat hasil mutunya yang rendah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2017 05:45 AM | Show all posts
“Proses sebelum, ketika dan selepas bagi percetakan al-Quran serta kitab-kitab agama telah ada prosedur dan standard yang jelas, telus dan perlu dipatuhi tanpa kompromi. Hanya ahli PPPMM yang telah dan sudah arif dengan prosedur ini yang akan mematuhinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas empat pegawai agama Johor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa di Johor, kelmarin.

Mengulas perkara sama. Muhammed Farhan berkata, PPPMM mencadangkan supaya diwujudkan sebuah panel khas yang mana ianya akan diwakili daripada kalangan ahli persatuan itu bersama pegawai Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) serta Jabatan Agama Negeri lain bagi tujuan proses memantau secara bersama bagi panggilan tender serta pengesahan senarai syarikat pencetak yang memperoleh tender adalah daripada kalangan agli-ahli PPPMM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2017 05:45 AM | Show all posts
“JAINJ juga perlu meneliti Pekeliling Kementerian Kewangan yang menyebut tender mencetak al-Quran dan kitab agama mesti serta hanya diberi kepada syarikat pencetak Bumiputera Islam sahaja”, katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia juga mahu supaya PPPMM dijadikan sebagai satu organisasi rujukan yang relevan sekiranya ada mana-mana agensi dan jabatan kerajaan serta sektor swasta yang mahu menerbitkan dan mencetak naskhah al-Quran mahu pun kitab agama bagi memastikan sebarang syarikat pencetak yang dilantik dan diberi amanah itu adalah betul dan benar-benar berkelayakan.

“Caranya mudah. Hantar dokumen melalui faks atau emel kepada PPPMM mengenai maklumat syarikat pencetak yang dipilih supaya kami boleh mengesahkan akan status keahlian atau kami boleh turut bersama memantau proses kerja percetakannya.”katanya.

Ujarnya lagi apa yang penting ialah seluruh proses percetakan ini perlulah dilakukan secara telus, mematuhi prosedur dan etika yang dapat memelihara serta menjamin nilai kesucian serta kemuliaan semua kitab yang dicetak.

“PPPMM tidak mahu ada kompromi dalam soal menjaga kesucian dan maruah al-Quran ini,” katanya. – www.sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 03:17 AM | Show all posts
versi mana yg diguna pakai di Malaysia? setahu aku, ada 24 versi al quran?  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
al-dajjal replied at 25-2-2017 03:17 AM
versi mana yg diguna pakai di Malaysia? setahu aku, ada 24 versi al quran?

Ni sekali lalu tengok mcm versi Qiraat. Kat msia secara amnya pakai cara bacaan hafs-syatibi.

Klu clear tulisan setiap nama kat bawah tu insya allah boleh sapa2 tolong categorize kan jenis2 Qiraat.

Thank you for highlighting this. Tak ramai org tahu ttg ilmu qiraat.

Klu faham variasi qiraat wpun secara asas lagi mudah kita menerima keberlainan tajweed/ sebutan org yg pegang qiraat lain dari kebiasaan org msia.

Salute to those al muqri, yg menguasai pelbagai jenis qiraat, dari yg sesahih-sahih hingga yg shaz.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2017 11:38 PM | Show all posts
Edited by Zackmaster at 26-2-2017 12:56 PM

boleh cuba 'usha' webpage ni : faithbrowser
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Zackmaster replied at 25-2-2017 11:38 PM
boleh cuba usha webpage ni : faithbrowser

Banyak cara diolah kat situ x betul menurut ulama Islam. Ada yg tak dimentioned.

Klu nak tau ttg Islam kena tanya org yg faqih & mesti keluar dari mulut dia sendiri. Klu hanya dari website yg tak dikenali antara ulama2 besar Islam siapakah penulisnya, haram hukumnya bagi org Islam consider. Sesuai dibaca setaraf komik.

So, org Islam x perlu percaya apa website ni kata. Nak verify, rebut, pi cari al Muqri, semua hujah boleh dipatahkan dgn mudah. That's why depa al Muqri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
baulu replied at 26-2-2017 09:28 AM
Banyak cara diolah kat situ x betul menurut ulama Islam. Ada yg tak dimentioned.

Klu nak tau ttg  ...

Terima kasih~

* Komen dah bertahun, tapi saya cuba backlog semula komen2 saya yg lepas2 sbg muhasabah. Mula2 pening juga kenapa saya letak link ke laman web itu, .
Alhamdulillah lepas fikir2 saya teringat semula bahawa saya letak tu supaya ada yg tolong jawabkan berkenaan permasalahan ini.
Patut la saya letak 'usha' di situ. Untuk zaman sekarang memang tak patut tinggal benda tu camtu ja. Sebab orang sekarang ramai yg jenis baca sekerat sahaja. .

Sekali lagi, terima kasih~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.058258 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list