View: 5186|Reply: 58
|
Hukum Menjadi Vegetarian ...hmm interesting
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 24-2-2017 06:22 AM
Al-KAFILI AL-FATAWI
AL-KAFI #552 : HUKUM MENJADI VEGETARIAN
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 23 Februari 2017
sumber asal pautan :
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1454-al-kafi-552-hukum-menjadi-vegetarian
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan:
Salahkah kalau umat Islam ingin menjadi vegetarian?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan:
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, ‘vegetarian’ bermaksud: “orang yg tidak makan daging, ikan, dsb tetapi hanya memakan sayur-sayuran atas sebab-sebab peribadi, kepercayaan, dll.”
Berdasarkan kenyataan ini, kita boleh bahagikan golongan vegetarian ini kepada dua:
- Vegetarian atas sebab peribadi;
- Vegetarian atas sebab kepercayaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika seseorang itu menjadi vegetarian atas sebab peribadi, seperti diet dan kesihatan, atau secara nisbi ingin menjaga ekosistem dan berlebihan makan daging, maka ini dibolehkan. Ini kerana soal makanan itu adalah soal pilihan lagi mubah. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, sabda Nabi SAW:
الضَّبُّ لَسْتُ آكُلُهُ وَلاَ أُحَرِّمُهُ
Maksudnya: “Aku tidak makan dhab dan tidak pula mengharamkannya.”
Riwayat al-Bukhari (5216)
Hadis ini menunjukkan, bahawa seseoran itu boleh memilih untuk tidak makan suatu makanan yang halal atas alasan peribadi seperti tidak selera dan sebagainya, tanpa diiktiqadkan haram kerana urusan halal dan haram adalah urusan Allah SWT semata.
Dalam kitab al-Muwatta’ susunan Imam Malik Rahimahullah juga menyebutkan riwayat daripada Yahya bin Said, bahawa Umar al-Khattab RA berkata:
إِيَّاكُمْ وَاللَّحْمَ فَإِنَّ لَهُ ضَرَاوَةً كَضَرَاوَةِ الْخَمْر
Maksudnya: “Awasilah kamu ketika mengambil daging sebagai makanan, kerana padanya terdapat ketagihan seperti ketagihan meminum arak.”
Riwayat Malik (36)
Yakni jika berlebihan, dan ketagihan itu tidak elok dalam apa perkara sekalipun. |
|
|
|
|
|
|
|
Manakala jika menjadi vegetarian atas sebab kepercayaan, seperti kepercayaan agama lain bahawa daging lembu itu diharamkan, mengharamkan memakan daging secara mutlak, atau menafikan pensyariatan korban pada Hari Aidiladha dan hukum sunat memakan daging korban, maka sikap ini adalah haram di dalam Islam.
Kami berpendapat bahawa memilih makanan yang elok lagi berzat dan bervitamin adalah amat dituntut. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
(Surah al-Baqarah, 2:172)
Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW sebelum menyebut ayat di atas:
أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ
Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu Maha Baik, tidak menerima sesuatu melainkan yang baik sahaja, dan sesungguhnya Allah memerintahkan ke atas orang beriman sebagaimana Dia memerintahkan ke atas rasul-rasul.”
Riwayat Muslim (1015)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini menunjukkan Islam mengarahkan kita agar memelihara tubuh kita dengan memakan makanan yang baik dan memberi manfaat kepada tubuh badan agar dapat melaksanakan tugas sebagai hamba-Nya dengan cemerlang. Jika dengan menjadi seorang vegetarian, tidak menyebabkan kita kekurangan zat dan mendatangkan keburukan, maka hukumnya adalah harus. Ini mestilah dengan syarat tidak mengharamkan apa yang Allah halalkan atau kerana mempercayai akidah bidaah yang tidak ada asalnya di dalam Islam. Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.
Wallahu’alam. |
|
|
|
|
|
|
|
good info.. tq tt for sharing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berhenti Membunuh Dan Makan Sayur BUKANLAH Ajaran mana-mana Agama....Ia adalah Prinsip ASAL KEHIDUPAN Manusia itu sendiri...bukan sekadar tidak membunuh Makhluk Bernyawa malahan MASA juga tidak boleh dibunuh...oleh itu gunakanlah MASA dan Apa yang perlu dibuat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MohdNizamCY at 1-3-2017 07:27 PM
kucing_2016 replied at 26-2-2017 11:19 PM
Berhenti Membunuh Dan Makan Sayur BUKANLAH Ajaran mana-mana Agama....Ia adalah Prinsip ASAL KEHIDUPA ...
Eh? Bukan ke pokok makhluk yg bernyawa?.
Ada roh tak dekat pokok mr serba tak gheti?
Harap sijil aje sebesar puncho, tak gheti lagi besar dari saiz puncho.
Ingat ker gheti AlQuran, rupa2nya tak gheti pun |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MohdNizamCY at 1-3-2017 07:31 PM
Tumbuhan Dalam Perspektif Islam
Tumbuhan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah yang memiliki banyak sekali manfaat. Tumbuh-tumbuhan dapat memunculkan beberapa zat untuk dimanfaatkan oleh makhluk hidup lainnya, misalnya mulai beberapa vitamin-vitamin, minyak dan masih banyak lainnya. Dalam firman-Nya Allah menjelaskan.
QS Al-an’am :
99. Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MohdNizamCY at 1-3-2017 07:41 PM
kucing_2016 replied at 26-2-2017 11:19 PM
Berhenti Membunuh Dan Makan Sayur BUKANLAH Ajaran mana-mana Agama....Ia adalah Prinsip ASAL KEHIDUPA ...
Apa dalilnya, pokok itu makhluk hidup? Tahap bongok mcm hang ni kena faham AlQuran tu berbicara berserta dalil dariNya :
36. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. [ Tafsir Surah Yassin]
Gamaknya, surah yassin pun KAMU TAK GHETI. Nampak sgt besar kesetanan dalam menyatakan ilmu. Len kali, duduk diam2 kalau tak gheti..
Lagi nak sembang ibarat babi rondok najis sendiri ke? Sesat lagi menyesatkan tul ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
kucing_2016 replied at 26-2-2017 11:19 PM
Berhenti Membunuh Dan Makan Sayur BUKANLAH Ajaran mana-mana Agama....Ia adalah Prinsip ASAL KEHIDUPA ...
Lepas ni, Ta'auz dulu sebelum berbicara. Gamak tak gheti, ni gambarnya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kucing_2016 replied at 26-2-2017 11:19 PM
Berhenti Membunuh Dan Makan Sayur BUKANLAH Ajaran mana-mana Agama....Ia adalah Prinsip ASAL KEHIDUPA ...
Soalan utk orang yg tak gheti. Pokok sawi sbg contoh, kamu kata tadi TAK HIDUP, disebabkan kamu juga maksudkan TAK HIDUP.
Buat apa pokok sawi itu NAK HIDUP sedangkan kamu yg maksudkan TAK HIDUP?
Jawapan : Allah yg bagi pokok sawi itu hidup dan kamu pula PANDAI2 KATA TAK HIDUP. Tu yg namanya BONGOK tahap tertinggi mengalahkan setan beranking prebet (jawatan setan reserve aje lah ek? Setan simpanan aje ke?) |
|
|
|
|
|
|
|
kucing_2016 replied at 26-2-2017 11:19 PM
Berhenti Membunuh Dan Makan Sayur BUKANLAH Ajaran mana-mana Agama....Ia adalah Prinsip ASAL KEHIDUPA ...
"bukan sekadar tidak membunuh Makhluk Bernyawa malahan MASA juga tidak boleh dibunuh...oleh itu gunakanlah MASA dan Apa yang perlu dibuat...."
Ayat setan aje ni. Pokok pun ada syariat MEMBUNUH ke? Orang yg makan sawi kita kata BUNUH pokok sawi yer?
BONGOK! |
|
|
|
|
|
|
|
kucing_2016 replied at 26-2-2017 11:19 PM
Berhenti Membunuh Dan Makan Sayur BUKANLAH Ajaran mana-mana Agama....Ia adalah Prinsip ASAL KEHIDUPA ...
Budak tadika oit, hang pi mengaji alif ba ta dulu, hingus pun TAK KERING lagi nak sembang kata gheti? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MohdNizamCY at 1-3-2017 08:43 PM
kucing_2016 replied at 26-2-2017 11:19 PM
Berhenti Membunuh Dan Makan Sayur BUKANLAH Ajaran mana-mana Agama....Ia adalah Prinsip ASAL KEHIDUPA ...
"bukan sekadar tidak membunuh Makhluk Bernyawa malahan MASA juga tidak boleh dibunuh...oleh itu gunakanlah MASA dan Apa yang perlu dibuat...."
Saya tambah sikit lagi habuan orang yg NGAJI TAK HABIS.
Masa tidak boleh dibunuh, akan tetapi masa MAMPU MEMBUNUH, MEMATIKAN, MENGHIDUPKAN, MENYENANGKAN, MENYUSAHKAN, MENGISAHKAN, MENCERITAKAN, MEWARNAKAN, MEMBALAS, MENGAZAB, MENYEMPURNAKAN DAN ME ME ME MEMBOOONNNGGGGOOKKKAANNN!
Tu pun kalau FAHAM Allah adalah MASA (nak dalil ke sampai tahap BONGOK tu? Buat malu diri sendiri aje). Hakikatnya, SETAN mana faham pun. |
|
|
|
|
|
|
|
kucing_2016 replied at 26-2-2017 11:19 PM
Berhenti Membunuh Dan Makan Sayur BUKANLAH Ajaran mana-mana Agama....Ia adalah Prinsip ASAL KEHIDUPA ...
Nak nasihat dari saya tak? Bukan apa, sememangnya saya LAYAK menasihati kamu tu. Iyelah kan, bila ayat pusing2, yg terkena spin diri sendiri gak.
Apa kata, kamu gi ngaji dgn guru2 agama terlebih dahulu.Kalau gamak sebelum2 ni, guru ajar tak habis, cari guru yg LEH AJAR SAMPAI HABIS ILMU ALLAH TU. Kurang2, tak der ler guru2 nak kata kamu BODOH atau BONGOK ketika menyepinkan diri sendiri.
Kamu TAK BOLEH SPIN kerana amat jelas saya sudah SPINKAN semua arah yg akan kamu cuba spin. Bukan apa, akan nampak KEBODOHAN nyata bila cuba mempertahan diri sedangkan dari SEMUA ARAH SPIN saya dah jelaskan betapa bongok dan setannya kamu.
Try ler kalau rasa TAK PERCAYA. Ini kerana, akan menampakkan kebongokkan nyata selepas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yg slogan "jangan bunuh haiwan! zalim bunuh haiwan" (hak asasi haiwan kot?).
Saya lak nak laungkan "jangan bunuh pokok! zalim betul bunuh pokok" leh tak?
Nampak mcm gaya SETAN tak pada dua2 ayat tu? Saja nak bagitau, SETAN tu siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you
Ilmu yang bermanfaat |
|
|
|
|
|
|
| |
|