CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10285|Reply: 129

[Jenayah] Remaja perempuan 13 tahun bocor kepala dipukul dan perut dipijak oleh sekumpulan

[Copy link]
Post time 24-2-2017 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 24-2-2017 06:15 PM


Bocor kepala

Pelajar 13 Tahun Dibuli Sampai ‘Bocor’ Kepala
Published on Feb 24, 2017

GANAS betul budak sekolah sekarang terutamanya pelajar perempuan apabila baru-baru kecoh di media sosial mengenai kes buli di sebuah sekolah di Damansara, Petaling Jaya.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Tuan Zarey Mikael menjelaskan mangsa yang berusia 13 tahun dipukul sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 3 dari sekolah yang sama, semalam.

Menurutnya, anak kepada rakannya itu dibuli sehingga ‘bocor’ kepala dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2.



Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul di kepala dan perutnya di pijak oleh pelajar yang dikenali sebagai Mira sehingga tidak sedarkan diri.

Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Difahamkan, mangsa mengalami luka sepanjang dua inci di bahagian kepala namun tidak kecederaan dalaman dilaporkan.

Bapa mangsa menerusi Facebooknya, Shuk DeBitz turut memuat naik gambar anak perempuannya dalam keadaan berlumuran darah dan kepala berbalut ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Menerusi perkongsian Shuk, dia turut memuat naik gambar seorang remaja perempuan yang dipercayai terbabit dalam kejadian buli anaknya.



Satu laporan polis dibuat bagi menyiasat kejadian tersebut namun sehingga kini motif insiden tersebut tidak dapat dikenal pasti.

Susulan kejadian itu, Zarey menerusi statusnya menjelaskan, bapa mangsa pergi ke sekolah berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian dan penjelasan daripada pihak sekolah pagi tadi.

Netizen mengkritik kejadian tersebut yang menganggap pelajar yang melakukannya seolah-olah mahu menjadi samseng di usia muda.

Mereka mahukan tindakan sewajarnya harus dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab dan dapat memberi pengajaran kepada pelajar lain.

“Ambik tindakan sewajarnya, harap keluarga ini tabah, ini semua ujian,” tulis Izzjue Sitijuhaidah Ismail

Ada netizen yang mahukan pelajar yang terbabit di hantar ke sekolah pemulihan bagi mengajar mereka mengenai kehidupan dan hormat menghormati.

“Masukkan ke sekolah budak-budak jahat…baru dia rasa…tu budak camtu kadang kat rumah wat perangai baik..kat sekolah tunjuk samseng,” Aniz Yusuf.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, bapa mangsa yang berusia 42 tahun membuat laporan susulan anaknya dibuli oleh rakan sekolah.

Menurutnya, mangsa dipukul selepas tamat waktu persekolahan oleh pelajar tingkatan tiga selepas dipercayai berlaku perselisihan faham di dalam sekolah.

“Seorang dari dua pelajar perempuan tersebut telah tarik tudung mangsa hingga terjatuh kemudian seorang lagi pelajar telah pijak kepala mangsa dan terkena di lantai sebelum menyepak bahu mangsa hingga menyebabkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mangsa menerima empat jahitan di kepala akibat kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut.- MYNEWSHUB.CC

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissVixen at 24-2-2017 06:19 PM

Apehal nama mangsa novel sangat. Eh. Nama fbnya.
Yang pelakunya macam kerja dekat pasar chow kit waktu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 dah samseng sgt ni..
Bahaya btul..dah besar nanti jadi pembunuh upahan, amik upah ngn negara komunis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Samseng laknat tu harus disebat hari2 di dlm perhimpunan smpai dpt 10A spm baru tau. Bongok betul kecik2 dah acah samseng:
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:29 PM | Show all posts
Sila hantar terus ke sekolah juvana dengan segera. Biar mereka bertempur di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:29 PM | Show all posts

Si samseng ni umur 13yo dah drive kete.. Maknya pun sama samseng dgn anak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama jah semua ni. Sah2 geng birah juga semuanya. Rambut mangsa pun kaler2. Akak syak gado pasal lelaki. Betina2 tetek baru nak tumbuh ni takda menda nak gado selain pasal lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Darien_Fawkes at 24-2-2017 06:34 PM
dodolgemok replied at 24-2-2017 06:25 PM
Samseng laknat tu harus disebat hari2 di dlm perhimpunan smpai dpt 10A spm baru tau. Bongok betul ke ...


berita biasa dari sekolah kebangsaan yg dikatakan harmoni gitew. aku dulu study kat sekolah kebangsaan juga, biasa lawan dengan samseng melayu dan india taik kucing. tiap kali lawan mesti jam tangan rosak. sampai la ni aku tak pakai lagi jam tangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2017 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dapat juvana pun budak yg buli dia, kepala bocor kesian
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:39 PM | Show all posts
masuk dalam penjara dewasa jah cikki2 sunni hazab itu, tak payah sekolah jahat bagai
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:40 PM | Show all posts
bodoh gaduh pakai senjata , kalau mati duk dalam je.. hidup bukan untuk bunuh orang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:41 PM | Show all posts
mesti ada sebab..

kejadian berlaku selepas ada selisih faham..

(bkn nk bela pembuli)
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah.. masa skola rendah cekgu cubit sikit makbapak dah melenting.. bila remaja anak salah sikit makbapak backup kaw2 dpn ckgu, skg dah jd samseng cmni padan muka makbapak saman family budak yg membuli ni..saman juta2
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh diri je dik sebelum polis tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:46 PM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 24-2-2017 06:48 PM

budak budak skrg jadi makin jahat
sebab mak bapak dah hilang kawalan....xnak marah2 nanti budak stressed katanya
kne backing mereka kne bagi kebebasan
cikgu nak marah xboleh nnti bapak budak hangin

bebas berkawan..berkawan dengan budak jahat
ada pula sokongan kumpulan org2 dewasa
xboleh buat apa dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:48 PM | Show all posts
ronapink replied at 24-2-2017 06:41 PM
mesti ada sebab..

kejadian berlaku selepas ada selisih faham..

betul tu... budak2 bukan saja saja nak tukul kepala budak lain
mesti dia kne provok dulu ke...sembur kata kata pedas ke....agaknyalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2017 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian adik ni. Semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:54 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 24-2-2017 06:48 PM
betul tu... budak2 bukan saja saja nak tukul kepala budak lain
mesti dia kne provok dulu ke...sem ...

budak sekolah ramai..beratus2,

xkan tanpa sebab budak f3 tu nak pi belasah dia ..

kerana mulut badan binasa..

..kejadian mcm di luar sekolah,kurang2 cikgu xdiprsalahkan 100%
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:54 PM | Show all posts
Samseng budak2 zaman skg
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 07:00 PM | Show all posts
Hantar ke syria je sis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.101128 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list