View: 2269|Reply: 5
|
Dog Mountain Di Vermont, Syurga Bagi Anjing Peliharaan - Gereja Pun Ada!
[Copy link]
|
|
Bagi pemilik anjing peliharaan, mereka pasti berminat untuk membawa haiwan kesayangan mereka ke Dog Mountain yang berada di St. Johnsbury, Vermont, Amerika Syarikat.
Foto: IG a.connotation
Tanah persendirian seluas 150 ekar itu dibeli sepasang suami isteri iaitu Stephen Huneck dan Gwen pada tahun 1995. Selama beberapa tahun, pasangan itu berusaha membangunkan kawasan itu sebagai tempat perlindungan bagi haiwan itu selaian menjadi kawasan untuk pemilik dan anjing mereka 'bermain' dan meluangkan masa bersama.
Foto: IG cltaylor95
Di puncak gunung itu terdapat laluan mendaki di mana pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama haiwan kesayangan mereka. Selain itu, di sana juga terdapat kolam, galeri seni dan gereja yang dibina khas untuk haiwan peliharaan tersebut.
Foto: IG mr.epizzy
Di dalam gereja berkenaan, terdapat satu ruang di mana pengunjung dari seluruh dunia mengabdikan gambar mereka bersama anjing peliharaan berserta nota bagi memperingati teman 'berbulu' mereka itu.
Foto: IG mandy_peeps
"Gereja ini dibina sebagai simbol kasih sayang antara pemilik dan anjing peliharaannya," kata Stephen.
Menurut Lonely Planet, gereja itu dibina ketika dia sedang bertarung dengan penyakit membawa maut. Walau sudah tiada lagi di dunia ini, kenangan Stephen akan terus 'hidup' di Dog Mountain berserta sepuluh buku cerita kanak-kanak yang terinspirasi dari anjingnya, Sally.
Foto: IG margeharrington
Dog Mountain terbuka kepada sesiapa sahaja walaupun apabila gereja ditutup. Di Dog Mountain, anjing peliharaan bebas berlari dan bermain sepuasnya! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Awwww so sweetttt!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|