CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3650|Reply: 12

Kreatif Gila, Nutella Dibuat Jadi Brownies Memang Enak Tak Terkata!

[Copy link]
Post time 28-2-2017 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Umum maklum dengan menggunakan sapuan Nutella, pelbagai resipi enak dapat diolah. Memikirkannya saja sudah terliur, lagikan pula kalau dapat makan. Pasti terangkat!




Foto: Spoon University




Salah satu makanan boleh dibuat menggunakan Nutella adalah BROWNIES NUTELLA PISANG. Tak perlu diceritakan bagaimana aromanya ketika dibakar di dalam ketuhar. Memang umph!


Jom tengok resipinya.








Bahan-bahan:
1. Nutella 200 gram (kalau beli yang 375 gram, lebihannya boleh dibuat topping)
2. 8 sudu makan tepung gandum
3. 2 biji telur
4. 4 sudu susu pekat manis (opsyenal - ikut cita rasa)
5. Mangkuk cupcake kecil (opsyenal - lebih kecil, lebih enak dinikmati)
6. 3 biji pisang





Video: FB Viral Oh Viral





Cara membuatnya:
1. Pukul sebati Nutella, telur, pisang dan Nutella di dalam mangkuk (opsyenal - garpu, mixer atau blender).


2. Apabila adunan sudah sebati, masukkan susu dan gaul sebati.


3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul sehingga sebati.


4. Masukkan adunan ke dalam mangkuk cupcake 3/4 penuh sahaja.


5. Bakar dalam suhu 200 darjah menggunaka api atas dan bawah selama 15-20 minit (bergantung pada ketuhar masing-masing).


6. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat maknanya sudah masak. Sedia untuk dilahap!


7. Eh, belum boleh makan lagi. Sejukkan dahulu dan letak hiasan atas brownies (opsyenal).




Hiasan (opsyenal):
1. Boleh hias dengan coklat nutella dan kacang cincang;
2. Aiskrim perisa vanila;
4. Brownies dicincang dadu, kemudian masukkan ke dalam aiskrim pun boleh;
5. Buat topping dengan cream cheese dan hiaskan dengan buah;
6. Sembur whip cream saja!




Nota kaki: Kalau tak guna tepung, masukkan baking powder atau baking soda. Menurut admin FB Viral Oh Viral, brownies akan menjadi lebih lembap dan kenyal jika tidak menggunakan baking powder atau baking soda.








Foto: FB Viral Oh Viral




Ramuan ini boleh dapat lebih kurang 50 biji brownies, memang puas dimakan! Rasanya rangup di atas dan kenyal di dalam. Selamat mencuba! - CARI




Kredit resipi: FB Viral Oh Viral
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 12:12 PM | Show all posts
woww.... nk cuba la
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:30 PM | Show all posts
tgk nutella brownies tetiba teringin nak mkn brownies kedut.. sedapppp giler
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:56 PM | Show all posts
I baru je lepas makan brownies tadi. Ni yang buat teringin nak beli lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 06:34 PM | Show all posts
dapnyeee..nutella plk tu..haisy
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti sedap!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2017 02:19 PM | Show all posts
Telan lioq dah nii
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 01:50 PM | Show all posts
Sedapnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2017 03:57 PM | Show all posts
sedapnyaaaa....nnt boleh cuba resepi ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 09:58 AM | Show all posts
sedapnyaaa....kena try ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 01:40 PM | Show all posts
nutella memang best
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhhh sedapnyeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 11:13 PM | Show all posts
Senang je nak buat ni. Nanti nak cubalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.412942 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list