Bila sebut tentang melancong ke Indonesia, ramai yang memilih untuk mengunjungi Bali, Lombok, Jakarta atau Bandung.
Namun, destinasi yang satu ini pasti dapat menarik perhatian anda untuk melancong ke Malang, Indonesia kerana terdapat sebuah tempat baru dikenali sebagai Kampung Topeng Desaku Menanti di sana.
Foto: Radarmalang.co.id
Secara tepatnya, tempat ini terletak di Dusun Barang, Tlogowaru, Malang, Indonesia. Selain kaya dengan adat dan budaya, tempat ini juga menawarkan pengalaman yang luar biasa.
Uniknya di sini, sesiapa yang berkunjung dapat mempelajari budaya masyarakat Malang iaitu Topeng Malangan.
Foto:http: blog.reservasi.com
Foto: Radarmalang.co.id
Menurut portal pelancongan Liputan6.com, beratus-ratus topeng kecil dan dua topeng raksasa setinggi 7.5 meter dan 5 meter lebar tersergam indah di sini.
Nak berswafoto? Inilah lokasi paling strategik! Suasana yang berwarna-warni pasti dapat menghasilkan gambar yang cukup sempurna.
Selain menangkap gambar, nikmati juga udara segar Kota Malang yang dipenuhi dengan tumbuhan dan pokok hiasan yang menghijau.
Foto: Ulinulin.com
Foto:lifestyle.okezone.com
Walaupun baru sahaja dibuka pada 14 Februari 2017 yang lepas, Kampung Topeng ini sudah tidak putus-putus dikunjungi para pelancong yang datang dari seluruh dunia.
Berminat untuk menghabiskan masa seharian dengan ditemani topeng-topeng? Ayuh, dapatkan tiket penerbangan anda sekarang dan bergembiralah bersama keluarga dan teman-teman di sana. -CARI |