CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5730|Reply: 45

Ibn Al Syatir : Teori Ptolemy di Bawah Akalnya

[Copy link]
Post time 8-3-2017 07:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 8-3-2017 07:48 PM

TEORI PTOLEMY DI BAWAH AKALNYA

http://www.yadim.com.my/v2/?p=28264








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2017 07:47 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-3-2017 04:04 AM

IBNU al-Syatir adalah ahli astronomi yang sangat penting dan berpengaruh dalam sejarah perabadan Islam. Beliau berhasil menjelaskan teori planet serta mencipta peralatan astronomi yang digunakan individu dan kumpulan yang mengkaji serta mendalami ilmu astronomi.

Ibnu Al-Syatir pernah dipelihara bapa saudaranya, seorang pengukir kayu. Selepas kematian bapanya ketika usia beliau enam tahun, turut menguasai ilmu kesenian ukiran.

Beliau mahir menghasilkan seni ukiran menggunakan gading yang diminati golongan kaya dan mereka sanggup membeli pada harga tinggi. Dengan menggunakan hasil seni ukiran itulah, Ibnu al-Syatir mengelilingi dunia dan mengunjungi banyak tempat termasuk Iskandariah untuk menimba ilmu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 07:47 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-3-2017 04:05 AM

Penguasaan beliau dalam ilmu matematik serta kejuruteraan membolehkan beliau mendalami ilmu astronomi dan menghasilkan astrolab, alat yang digunakan untuk mengira jarak bintang dengan lebih tepat.

Astrolab adalah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit. la berbentuk cakera yang diperbuat daripada kayu atau logam yang di bahagian tepinya terdapat ukuran darjah dan di tengah-tengahnya jarum penunjuk yang boleh bergerak.

Menggunakan ilmu pengetahuannya, Ibnu al-Syatir membuat pembetulan alat penunjuk waktu menggunakan bayang-bayang matahari di atas permukaan jam yang dinamakan mizwalah.

Berdasarkan pengetahuannya juga, Ibnu al-Syatir berjaya memberi penjelasan teori ilmu astronomi, matematik dan geografi Yunani serta Mesir. Malah, beliau membuat pembetulan terhadap teori Claudius Ptolemeus (Ptolemy) yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat peredaran planet serta bintang yang ada di langit secara teratur.

Hasil pengamatan terhadap planet luar seperti Marikh, Musytari dan Zuhal, beliau berjaya menemukan bukti bahawa bumi bukan pusat peredaran, sebaliknya semua planet mengelilingi matahari.

Memang pada mulanya penemuan beliau dianggap pelik, namun apabila beliau memberikan ulasan mengenai kesilapan teori Ptolemy, kehebatan ilmunya dikagumi tokoh ilmuwan lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 07:48 PM | Show all posts

geocentric versus heliocentric...

Edited by mbhcsf at 9-3-2017 04:06 AM

Bagaimanapun, wujud salah faham apabila penemuan Ibnu al-Syatir tidak banyak diperkatakan, menyebabkan ramai mengatakan teori bumi mengelilingi matahari ditemukan ahli ilmu falak Poland, Copernicus King, yang membuat kajian mengenai hasil penemuan ilmuwan Islam, namun akhirnya dibuktikan oleh beberapa pakar astronomi bahawa kebanyakan teori yang dikaitkan dengan Copernicus sebenarnya diambil daripada ilmuwan Islam bernama Ibnu al-Syatir ini.

Malah, kajian terhadap beberapa manuskrip Arab di Poland pada 1973 menunjukkan bahawa Copernicus mengambil hasil penemuan daripada manuskrip tersebut dan menyandarkan pendapat berkenaan atas nama dirinya.

Ibnu Al-Syatir juga berjaya mencipta alat untuk mengetahui waktu solat yang dinamakan ‘al-Basit’ yang kemudiannya diletakkan di menara azan Masjid Umawi di Damsyik, Syria.

Selain itu, beliau turut mengarang 30 judul buku, antaranya Risalah fi Ta’liq al-Arsad, Urjuzah fi al-Ka-wakib, Risalah ‘an Sun al-Usturlab, Kitab al-Mukhtasar fi Sun al-Usturlab dan Risalah fi Usul ‘Ilm al-Us-triab. Bagaimanapun, kebanyakan hasil karya tokoh ilmuwan yang dikagumi ramai itu didapati hilang. – MAJALAH DAKWAH


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 07:51 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 8-3-2017 10:10 PM

ler ...kalau Copernicus plagiarising  penemuannya daripada Ibn Syatir -  kire naya pulak  dia sebab umum mengetahui yang beliau dihukum  akibat  teori heliocentric planet...i wonder if Copernicus justified yg dia cuma highlight lenemuan syatibi may be ...adakah penilaian pihak yg mendengar hujahannya mempunyai timbangan yg  yg  lain ? kan, naya je plagiaring org nyer keje then akhirnya kena hukum, if mas abentang penemuannya  awat tak sebut kajian ini berlandaskan dapatan kupasan ibn Syatir ...at least pihak yg menghukum tu may be would consider ni ...

i mean just my thought - sebab nak bercakap kalau lah kalau ni  ni memang tak berguna pun...kalau itu ini...sebab sejarahnya tidak begitu , itu fakta dan bukan berkalau kalau...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 07:52 PM | Show all posts
so lihatlah yg sarjana islam dah tak polemik pun isu bumi ni bulat ke tak...:lol rata ke tak ...

mentaliti yg melihat ke hadapan dan dinamik ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Islam boleh membangun ilmu yang lebih jauh lagi sebenarnya.. Tetapi cukuplah setakat yang ada. Nanti dicuri lagi oleh barat dan disalah guna. Seperti srkarang macam2 jenis bom direka termasuk nuklear. Asasnya dari ilmuan islam.

Sikap orang eropah mereka suka memperbaiki penemuan, memperelok, dan mensistemkannya, bila diurus dengan baik dan ditambah baik tu yang jadi teknologi.

Sumbangan ilmuan islam sebagai pengasas dan pencetus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu ilmu yang tertinggal... Banyak lagi karangan yang dicampak kedalam sungai tentera tartar sampai buku jadi jambatan...hilang semuanya... Kalau ada lagi ilmu2 yang banyak tu mungkin lebih memudaratkan jika disalahguna.. Eloklah hilang dalam sungai pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2017 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilmu kacang goreng aje tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bill gate tak yah phd pun leh buka syarikat perisian yg RAMAI orang gunakan? Apalah saya nak heran benda biasa tue.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya lak (sebelum ni ada cerita tentang graviti). Tu pun ramai yg belajar dgn saintis hingga ambil phd, dibodohkan oleh saintis yg mana mengatakan BULAN ADA GRAVITI?

Saya explain mudah aje, kalau ilmu BULAN pun fail, celah lagi kita berjaya nak faham ilmu bintang?

Saya leh cerita hal ehwal bintang. Tapi kamu tak layak langsung diajar akan ilmu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa penjelasan komet harley (siapa tah bagi nama). Tu pun SAINTIS GAGAL nak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Teknologi yang masih rahsia dalam islam dan tidak dapat diketahui oleh orang kafir masih banyak.. Iaitu rahsia akidah dan iman, ... Diisyaratkan oleh nabi saw...tentera al-mahdi dapat meratakan gunung yang menghalang mereka... Teknologi apa tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2017 06:06 AM | Show all posts
MohdNizamCY replied at 12-3-2017 10:56 PM
Apa penjelasan komet harley (siapa tah bagi nama). Tu pun SAINTIS GAGAL nak faham.

Halley's comet ? yg 75 tahun kitar pusingan nyer?

1910 1975

cer tengok sejarah mark twain and halley's comet ? interesting jugak tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2017 06:07 AM | Show all posts
zamkumis replied at 12-3-2017 10:56 PM
Teknologi yang masih rahsia dalam islam dan tidak dapat diketahui oleh orang kafir masih banyak.. Ia ...

adehh....ni betulke ni? ada rujukan ka , ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 13-3-2017 06:06 AM
Halley's comet ? yg 75 tahun kitar pusingan nyer?

1910 1975

Surah Al-Qiyammah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 13-3-2017 06:06 AM
Halley's comet ? yg 75 tahun kitar pusingan nyer?

1910 1975

Bukan ke rate berlalunya komet harley dalam 75-79 tahun? Pada tahun 500bc something, komet ini dalam rate 80-90++ tahun cam tu.

Penjelasan secara ilmiah terbahagi kpd 2 keadaan
1) Petunjuk Allah
2) Petunjuk Makhluk

Bila mana kita berbicara petunjuk Allah, semua dinyatakan di dalam AlQuran dan Sunnah. Dan bila mana kita berbicara mengenai petunjuk makhluk, semua dinyatakan dalam perbuatan menurut kadar yg ditetapkanNya dan hanya berlaku dengan izin Allah.

Majoriti saintis yg memerhati petunjuk makhluk mencari2 alasan yg akhirnya mereka menyimpulkan sesuatu petunjuk makhluk mengikut kefahaman aqliah tanpa kembali merujuk petunjukNya. Dan kerana itulah, teori spt mana dikatakan bulan mempunyai gravitinya sendiri adalah TIDAK BERASAS kerana semestinya Allah tidak memberi petunjukNya kpd orang2 yg zalim.

Kembali kpd kisah komet harley, di dalam surah At-Thaariq, semestinya tiap yg berjiwa itu ada penjaganya. Adakah komet harley itu berjiwa? Apa kata kita semak semula kisah bagaimana Malaikat yg ditugaskan olehNya mencabut nyawa mendapat jawatan berkenaan? Apa pula kata kita bila kita mendengar hadis2 Isra' wal mi'raj yakni baginda ternampak susuk seorg perempuan tua yg seakan2 melambai2 memanggil baginda Rasullullah saw.

Sebut sahaja jiwa, komet harley termasuk juga hal ehwal jiwa. Dan semestinya komet harley ada penjaganya (yg mana ianya bergerak mengikut orbitnya). Bila mana sesuatu orbit itu mengecil, maka merujuk kpd petunjuk makhluk, ada sesuatu yg telah BERUBAH pada makhluk yg menjaga makhluk. Dan semestinya, semuanya mengikut kadar ketetapanNya tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 13-3-2017 11:58 AM

Bila saya mula membaca kisah2 ulama2 yg tersohor, spt Tok Kenali, Sheikh Abdul Kadir Al Jelani, Hukama dan sebagainya, didapati terdapat byk kekeliruan yg mana sesuatu yg mudah menjadi susah.

Spt contoh, bila membicara ilmu makrifat tok kenali, ianya masih dalam zon makrifat yg mana melemaskan penuntutnya utk kembali kepada hakikat. Spt mana sheikh Abdul Kadir pula, ianya lebih terarah kpd tariqat sehingga melemaskan penuntutnya kembali kpd syariat.

Kita tahu, semua yg berlaku itu dgn izin Allah. Akan tetapi kita lupa, kadar yg Allah tetapkan ke atas tiap sesuatu. Ada juga yg hanya ingat kadar tiap sesuatu, akan tetapi lupa siapa yg menetapkan kadar itu. Dan di dalam surah Al-Kahfi, bilamana dirakamkan perbualan Yusha bin Nun yg mana mengatakan "lupa" dan menyalahkan syaitan, jika kita rujuk surah AlBaqarah, bukankah yg melupakan sesuatu itu datangnya dari Allah? Dan pastinya Allah meninggalkan jejak mereka2 yg dilupakan olehNya kerana hakikatnya mereka itu"mensyirikkan Allah".

Jika kita nak belajar formula, komputer, programmer dan sebagainya, pasti Dia ajar kpd kita JIKA kita diajar kefahaman olehNya. Jika kita mengajilah sampai phd pun, belum tentu kita itu mahir utk buat sesuatu yg lebih baik dari mereka yg tidak bersijil.

Dan jika kita kaji, asal usul sesuatu sijil itu hanyalah bersifat duniawi. Dan spt mana Albert Eistain, SEMUA ORANG reject kajiannya hingga dirinya sudah tiada, generasi seterusnya mengesahkan kebenaran beliau? Apakah zaman sebelum tu dah wujud manusia yg kaya tapi bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi saya, bila saya faham sesuatu ilmu, barulah saya nyatakan disini. Tak berguna juga kpd saya jika ada byk ilmu tapi satu pun tak faham.

Ibaratnya, ada lesen kereta, tapi nak bawa kereta tak reti. Habis redah dan langgar sesuka hati pasal ada lesen? Itukah dunia di zaman ini kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Di zaman dahulu, bila Allah datangkan mukmin, semua makhluk gembira utk bersama2 mukmin tanpa alasan. Maka dari mereka jualah terbinanya rumah2 Allah yg akan diimarahkan oleh mukmin2.

Zaman ini dikenal zaman jahiliah. Bila Allah datangkan mukmin, RAMAI MUNAFIK yg dtg menguji dgn alasan (isim tu). Apakah mereka lupa, ke semua mukmin yg di dustakan dan bila mana mereka kembali kpdNya, kesemua mereka akan diperlihatkan kiamat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.085302 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list