View: 9988|Reply: 158
|
Gaji RM12,000 pun mohon BR1M
[Copy link]
|
|
Kira-kira 600,000 permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini ditolak kerana gaji mereka melebihi RM4,000.
Malah Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara permohonan yang ditolak juga adalah belasan ribu permohonan yang terdiri daripada individu berpendapatan antara RM8,000 hingga RM12,000 yang turut memohon BR1M.
"Kita terpaksa tolak 600,000 permohonan sebab gaji mereka melebihi RM4,000. Orang gaji RM12,000 pun ada yang memohon.
"Gaji lebih RM5,000 ada 260,000 orang yang memohon. Gaji dari RM6,000 ke RM8,000 ada dalam 40,000 ke 50,000 orang yang memohon. Dan berbelas-belas ribu orang daripada gaji RM8,000 hingga 12,000 yang memohon.
"Jadi sebab itu kita perlukan pengesahan kerana kita tak mahu kerajaan salurkan RM700 juta (wang BR1M) pada orang yang tak sepatutnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di parlimen hari ini.
Selain itu, anggota parlimen Titiwangsa itu berkata, pihaknya juga telah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyalurkan BR1M kepada 705,562 pemohon yang telah mendapat wang bantuan pada tahun lalu.
"Saya dah suruh LHDN masukkan wang peringkat pertama kepada 705,562 pemohon sebab mereka dapat (BR1M) tahun lepas.
"Yang mana permohonan baru dia kena memenuhi syarat-syarat. Tak boleh bagi dokumen yang tak lengkap.
“Tak ada kena mengena dengan SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia) sebab kita ada proses untuk periksa.
"Jadi tak perlu ada pihak yang padam nama di SSM kerana kalau ada nama di SSM pun, kalau pendapatan bawah RM4,000 kita tetap bagi," katanya lagi.
Sebelum ini terdapat isu individu yang mendapat BR1M pada tahun lalu tidak mendapat bantuan berkenaan pada tahun ini kerana mempunyai syarikat berdaftar dengan SSM.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gaji Bulanan RM10 Ribu Pun Sibuk Minta BR1M?
Gaji bulanan lebih 10 ribu ringgit pun memohon kewangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) !
Menurut laporan The Star, Menteri kewangan kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan, tidak kurang juga rakyat Malaysia yang berpendapatan lebih daripada RM4000 turut memohon bantuan rakyat 1 Malaysia.
Antaranya, jumlah pemohon yang bergaji bulanan lebih daripada RM5,000 sebanyak 260,000 ornag. manakala gaji bulanan antara RM6,000 sehingga RM8000, pemohonnya adalah sebanyak 40,000 orang.
Selain itu, terdapat juga lebih 10 ribu orang yang bergaji bulanan antara RM8,000 sehingga RM12,000 turut memohon bantuan BR1M.
Jadi, Datuk Seri Johari menegaskan, kementerian kewangan perlu membuat semakan yang lebih teliti agar kerajaan tidak mengagihkan bantuan kewangan BR1M kepada golongan yang bukan disasarkan.
Setakat ini, lebih 6.32 juta orang yang memohon bantuan BR1M untuk tahun 2017 telah mendapat kelulusan, manakala jumlah perbelanjaan BR1M yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan adalah RM5.4 bilion dan 10 juta.- CARI
sumber foto: www.imoney.my |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji RM12,000 pun memohon jugak. Parah sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa gaji rm8k - 12k tu?
smpai mohon Br1m?
baik dakwa aja la org2 cmni psl buat penipuan,
lantakla penuh jail ke apa,
biar dia malu sampai pi pindah ke zimbabwe. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak dakwa tu, ada la dekat 300,000 kena
"Gaji lebih RM5,000 ada 260,000 orang yang memohon. Gaji dari RM6,000 ke RM8,000 ada dalam 40,000 ke 50,000 orang yang memohon. Dan berbelas-belas ribu orang daripada gaji RM8,000 hingga 12,000 yang memohon.
|
|
|
|
|
|
|
|
dakwa la..jgn ckp je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarle mrk cube ape salahnye |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji 12 k pon lahap brim ke |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mereka declare gaji mereka 6000, memang tak salah lah kan sebab mereka memang jujur pun
tapi kalau yang tak jujur pun, nak dakwa sampai 300,000 orang
karang penuh penjara pasal br1m je
takkan dibuatnhya oleh kerajaan
|
|
|
|
|
|
|
|
whitemagic replied at 9-3-2017 05:44 PM
kalau mereka declare gaji mereka 6000, memang tak salah lah kan sebab mereka memang jujur pun
...
Mungkin mrk rase sbg rakyat mereka berhak dapat tapi mmg x dpt pun khennn. Jadi x perlu kite nk marah2 |
|
|
|
|
|
|
|
Duit percuma mana tak yang tak layak pun ramai gigih mencuba |
|
|
|
|
|
|
|
tadi terbaca gaji rm12000 pun minta brim..la ni gaji rm10000 lak |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji laki aku rm12k tp dh 4 bulan dah xde kerja.. xde gaji. Aku x keje. Jadi boleh ke kami memohon brim? |
|
|
|
|
|
|
|
bebalnya yang pergi mohon tu. ingat lhdn bodoh ke. buat masa je, bil internet, tenaga jari nak key in online form. |
|
|
|
|
|
|
|
@spiderman80
Ko jgn tak tahu wartawan CARI-LTS ni, dia buka thread baru tu bukan dia nk check thread dh ada ke belum. Sesekali silap ok la jugak, ni kerap sgt silap
Dlm CI tk perlu pun wartawan CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kalau miskin bandar gaji RM3,000 |
|
|
|
|
|
|
|
zholim sungguh kerajaan UMNGOK... |
|
|
|
|
|
|
|
dah balance tak sampai rm1k....
|
|
|
|
|
|
|
|
gj 12k... bini 2.... serupa gj 4k jah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|