CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7414|Reply: 91

[Tempatan] Nazri sambut cabaran debat Mahathir. Update #60, Permit dibatalkan untuk debat p

[Copy link]
Post time 10-3-2017 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 1-4-2017 02:09 PM

Nazri sambut cabaran debat Mahathir

http://www.malaysiakini.com/news/375245

Hari ini, 2:26 tengahari      Hari ini, 3:15 petang



Umpama gayung bersambut, kata berjawab. Kini Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan kesanggupannnya berdebat dengan Tun Dr Mahathir mengenai 1MDB.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu juga bersedia berbalas hujah dengan bekas bosnya mengenai isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku beberapa dekad lalu, serta dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada portal Malaysiakini, Nazri berkata, beliau sedia berdebat dengan Dr Mahathir sebaik saja pulang dari luar negara.

Ketika ini anggota parlimen Padang Rengas itu mengadakan lawatan kerja ke Berlin, Jerman.

Beliau dijangka pulang ke Malaysia Isnin ini.

Nazri juga berkata beliau turut bersedia berdebat berkaitan tajuk-tajuk lain yang diputuskan oleh Mahathir.

“Serahkan pada dia (bab tajuk). Penyertaan saya tanpa syarat, kecuali dalam penentuan tarikh. Yang lainnya terserah pada Mahathir.

“Malah, jika penyokong saya tak dibenar hadir pun saya setuju. Saya hanya mahu debat ini jadi kenyataan,” katanya melalui pesanan SMS dari luar negara.

Beliau yang dijadual pulang minggu depan berkata, akan bersedia untuk debat itu jika Mahathir sudi.

“Seperti yang sudah saya katanya, saya tak letakkan sebarang syarat,” katanya.

Dr Mahathir dan Nazri sering berbalas kenyataan sejak beberapa ketika dan kedua-duanya kelihatan saling mencabar.

Nazri yang pernah berkhidmat sebagai menteri pembangunan usahawan dalam kabinet Dr Mahathir mencabar bekas perdana menteri itu bertanding pada pilihan raya umum akan datang di Padang Rengas.

Dua hari kemudian - pada 6 Mac - Dr Mahathir menegaskan beliau tidak berhajat kembali bertanding dalam pilihan raya, sebaliknya mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat "pelbagai isu" termasuk skandal 1MDB dan BMF.

Ketika 1MDB dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, skandal kewangan BMF pada 1983 pula dihubungkan dengan Dr Mahathir yang ketika itu menjadi perdana menteri.

Isu 1MDB menjadi semakin panas apabila Jabatan Keadilan (DOJ) AS mengemukakan saman sivil bagi merampas beberapa aset yang didakwa diperoleh melalui dana kerajaan.

Isu BMF pula muncul kembali selepas dokumen Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengaitkan kerajaan Dr Mahathir dengan skandal berkenaan yang menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 bilion.

Nazri adalah anggota Majlis Tertinggi Umno manakala Dr Mahathir kini menjadi pembangkang dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam usahanya menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 03:49 PM | Show all posts
baguslahh...nak harap ketua x bertelur takut berdebat..eh jap debat dah jadi budaya kita ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 03:58 PM | Show all posts
harkktuih replied at 10-3-2017 03:49 PM
baguslahh...nak harap ketua x bertelur takut berdebat..eh jap debat dah jadi budaya kita ke?

hahahahahahaa ok ini kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 03:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2017 04:02 PM | Show all posts
Harap debat jadi kenyataan...

Harap tak ada menteri kayu kabinet keluar statement "debat terpaksa dibatalkan, takut pecah belahkan rakyat Malaysia"...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 04:21 PM | Show all posts
Nazri tu loyar... syok gak klu tengok dua ekor ni debat.. Alip min nun wau.. alip tendang wau = sarkas..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2017 04:47 PM | Show all posts
nazri mana pandai debat..maki orang dia boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..jangan nanti Police Inspector General tak kasi kebenaran pulak macam yg lepas2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 05:22 PM | Show all posts
Ganja belum penah tgk lagi si Nazri ni berucap
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 05:37 PM | Show all posts
sekali nazri pandang garang kat mahathir terus luluh hati mahathir ketakutan tgk kegengsteran nazri
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu tdm pernah debat dgn fadzil noor kan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri smpah ni apa je dia tau? Ntah2 sila haribulan gunakan polis utk elak berdebat. Demi keselamatan negara katanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 10-3-2017 06:01 PM
Dulu tdm pernah debat dgn fadzil noor kan...

Yang tu bukan debat.. tu sesi mahathir membahan arwah fazil noor dan pas... kesian arwah masa tuu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dody_farid replied at 10-3-2017 07:02 PM
Yang tu bukan debat.. tu sesi mahathir membahan arwah fazil noor dan pas... kesian arwah masa tuu. ...

Ia kisah ttg apa ya? Membahan tu maksud apa? Tak adilkah debat tersebut..ie pengerusi berat sebelah kah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 07:25 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 10-3-2017 04:21 PM
Nazri tu loyar... syok gak klu tengok dua ekor ni debat.. Alip min nun wau.. alip tendang wau = sark ...

Dia loyar pun berdebat hauk bebenor....dulu pernah dia sepentas di UKM masa debat perdana UKM moderator Ust Zaharuddin Abdur Rahman masa dia presiden GAMIS, pastu ada Salahuddin Ayyub dari PAS, dan Nazri nih dari AMNU.....dtg pakai kain pelikat dan songkok putih....hahahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 07:28 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 10-3-2017 06:01 PM
Dulu tdm pernah debat dgn fadzil noor kan...

Mana pernah dorg berdebat laaa kala......last2 minit tukar format dari debat kepada SYARAHAN PERDANA ISU PALESTINE.......formatnya ALlahyarham Ust Fadzil Noor jadi penceramah pertama, TDM jadi penceramah kedua....xder sessi penggulungan mahupun bidasan....mmg syok laa TDM sindir,perli, kutuk PAS dlm sesi dia sbb lepas tu dah xder sessi penggulungan....
Masa Allahyarham Ust Fadzil Noor berucap dia x sentuh langsung pasal politik nasional sekadar membuat syarahan pasal Palestine jer bertepatan dgn kehendak majlis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 07:30 PM | Show all posts
dody_farid replied at 10-3-2017 07:02 PM
Yang tu bukan debat.. tu sesi mahathir membahan arwah fazil noor dan pas... kesian arwah masa tuu. ...

Btol bro.....sape yg tgk mesti rasa geram jer dgn TDM masa tu....xder perasaan gentleman langsung.....

Tajuk SYARAHAN PERDANA tu pasal PALESTINE dia pegi bantai kutuk2 sindir2 perli2 PAS dan Allahyarham.....sedangkan Allahyarham masa sesi beliau sekadar menghormati kehendak dan format penganjur dgn menyentuh isu kemanusiaan dan sejarah Palestine jer
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 10-3-2017 07:28 PM
Mana pernah dorg berdebat laaa kala......last2 minit tukar format dari debat kepada SYARAHAN PERDA ...

Oooo...i takdak di malaysia masa tu. Baru tau masa baca facebook smlm
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri Jaga Pelancong Mesia nak berdebat tentang perkara yg bukan bawah jurisdiction dia.

Ada Menteri Jaga Duit Mesia pun buat bodo jaa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 07:38 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 10-3-2017 07:31 PM
Oooo...i takdak di malaysia masa tu. Baru tau masa baca facebook smlm

Owh, no wonder ko xtau sbb rasanya ada live program tu......kesian Allahyarham kena bahan kaw2 dgn TDM masa tu......kalo buat format debat pun aku rasa Allahyarham akan jadi makanan TDM jer tp at least dia bleh balas hujah nih terkedu bawah pentas jer laa masa TDM belasah pimpinan PAS dalam tajuk PALESTINE.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.099181 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list