CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11659|Reply: 102

[Tempatan] Mat Lajak? Budak 12 tahun dilanggar kerana TUNGGANG BASIKAL ramai-ramai LAWAN AR

[Copy link]
Post time 10-3-2017 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 10-3-2017 08:51 PM


Future Mat Lajak?

Dia masuk ke laluan kereta
Jumaat, 10 Mac 2017 @ 7:08 PM

Johor Bahru: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera di kepala selepas terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal secara berkumpulan dari arah Kong-Kong menghala ke Masai, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 9.40 pagi itu, pelajar tahun enam sebuah sekolah kebangsaan dekat Pasir Gudang itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa menunggang basikal secara berkumpulan antara tujuh hingga lapan orang secara melawan arus sebelum dilanggar sebuah kereta.

"Seorang penunggang basikal masuk ke laluan kereta menyebabkan pemandu yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sentosa, di sini, tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa," katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan penunggang basikal tercampak ke kiri jalan dan dibawa ke HSA untuk rawatan lanjut oleh orang awam.

Manakala, katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 08:52 PM | Show all posts
kalau ummah belacan bawak kereta takpalah..no issue...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 08:58 PM | Show all posts
Yg langgo melayu kan?...ok case close
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:00 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni siang 9 pagi apa kes gi langgar budak beskal? . amoi aritu 3 pagi org pertikai takkan tak nampak...ni terang brnderang siang ari... ni mesti drebar tgh main tepon sambil minum arak....pastu bawak laju...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalo tengok gambar tu kedudukan beskal atas rumput... naper cakap budak ni melawan arus..?. kalo dia dok melawan arus atas jln mesti beskal dia ada atas jln... beskal ada atas rumput membuktikan budak tu benti rehat 10 minit atas rumput...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2017 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bape yg tak serik2 dgn kes baru2 ni:zz
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Johor ngan eksiden beskal berpisah teda. Badi beskal ke ape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 09:19 PM | Show all posts
sebu replied at 10-3-2017 09:09 PM
Mak bape yg tak serik2 dgn kes baru2 ni:zz

Mungkin dia ingat, hilang satu anak, boleh buat anak lain kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:19 PM | Show all posts
putus dua beskal tu,

harap kepala budak tu ok lagi kut, xputus mcm beskal dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:28 PM | Show all posts
akak lupa RnR apa kt highway johor. jam 3 pagi merendek budak2 romen dalam kereta.. bohjan bohsia selamba je raba2 ketawa mengilai..

kasihan anak bangsa melayu.. akak tak nak sound sbb merbahayakan diri akak.. diam lebih baik daripada berdakwah dengan org sebegini.. biar polis berdakwah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:34 PM | Show all posts
bawak laju le tu
matahari dah terpancar terik
masih boleh buta xnampak


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:34 PM | Show all posts
mgkin mabuk juga
xkan siang siang xnampak


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:36 PM | Show all posts
apa hak kereta berada di jalan itewwwwww?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya lah dek
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:37 PM | Show all posts
harap polis dedahkan identiti pemandu kereta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 09:41 PM | Show all posts
ibu bapa gagal total
kalau nampak remaja bwa baskal gini sila hon lama2 berjemaah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
katowjo replied at 10-3-2017 08:52 PM
kalau ummah belacan bawak kereta takpalah..no issue...

abes ummah bab pun lepas pun masih tak pueh ati gak
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 10-3-2017 08:58 PM
Yg langgo melayu kan?...ok case close

wak lu case close  
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 10-3-2017 09:37 PM
harap polis dedahkan identiti pemandu kereta


Ye knp tak dedah nama drebar tu... mesti vvip tuh... dahla siasat lambat... dah 12 jam langgar tak dakwa2 lagi drebar tu... mesti kena sogok 100 juta ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 1.340150 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list