CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3422|Reply: 13

Rambut Rosak Dan Gugur? Cuba Masker Telur DIY Ini!

[Copy link]
Post time 17-3-2017 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Anda mungkin tak pernah dengar atau percaya sekiranya telur boleh dijadikan masker rambut, bukan? Sejajar perkembangan masa, semakin banyak produk kecantikan dan penjagaan rambut berada di pasaran.




Foto: http://food.ndtv.com





Namun, ada yang tidak memberi apa-apa kesan positif pada rambut, malah sebaliknya memberik efek buruk.




Foto: Garnier




Telur sebenarnya merupakan salah satu cara tadisional digunakan untuk penjagaan dan rawatan rambut di seluruh dunia. Kaya dengan protein dan biotin, telur menyediakan khasiat serta haruman diperlukan rambut selain mencegah rambut bercabang serta menggalak pertumbuhan rambut. Tapi macam mana nak buat masker rambut dengan telur? Mudah saja, jom tengok!




Bahan:
1 biji telur
1 biji pisang - dilecek
3 sudu makan susu


Foto: India Today



3 sudu makan madu
5 sudu makan minyak zaitun



Caranya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati.
2. Sapukan pada rambut dan kulit kepala, biarkan selama sejam.
3. Basuh rambut dengan shampu dan bilas sehingga bersih. Lakukan 2 hingga 3 kali seminggu.




Khasiat telur akan beri protein pada rambut sementara pisang dan madu akan mengekalkan kelembapan rambut, manakala susu dan minyak zaitun akan membuat rambut bersinar selain menguatkan rambut.


Semua bahan digunakan memang berkhasiat tinggi. Jadi anda tak perlu ragu-ragu lagi. Cubalah! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2017 02:00 PM | Show all posts
betul bkesan ker? iols nk cuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 03:14 PM | Show all posts
banyak pulak bahannya..
ingatkan telur seketul dah cukup
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 05:55 PM | Show all posts
pernah guna santan, kembang kempis hidung tahan bau tengik..ni guna telur, xtau la plk bau cmne..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 05:58 PM | Show all posts
ok boleh la abam2 botak cuba
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 17-3-2017 03:14 PM
banyak pulak bahannya..
ingatkan telur seketul dah cukup

sama lah. jadi leceh pula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2017 04:01 PM | Show all posts
knp mek baca mek terus terbayang cekodok pisang nihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:12 PM | Show all posts
miemiecha replied at 19-3-2017 08:01 PM
knp mek baca mek terus terbayang cekodok pisang nihhhhh

adoii....mengekek aku gelak...
siut tul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 02:45 PM | Show all posts
surwanis replied at 21-3-2017 02:12 PM
adoii....mengekek aku gelak...
siut tul

ini serius situr..
siap ada telur.. kacau sebati bagai..
pisang lagik..

keriut perut mek, teringatkan cucur pisang garing.. ya hampun!!!
sikit lagi nak sama, tggal letak gula pastu jgn letak lemon tu..

taraaaaa....
cucuq pisang garing...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:28 PM | Show all posts
miemiecha replied at 20-3-2017 06:45 PM
ini serius situr..
siap ada telur.. kacau sebati bagai..
pisang lagik..

i nak like jek...maleh nk komen..haha
td npk mcm ingat telo jek sebijik
pastu siap pisang bagai
kannn....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 04:05 PM | Show all posts
surwanis replied at 21-3-2017 03:28 PM
i nak like jek...maleh nk komen..haha
td npk mcm ingat telo jek sebijik
pastu siap pisang bagai
...

kannn
mengundang sgt tau TT nih..
lapo pepetang ari
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 11:11 AM | Show all posts
hahah.. mcm resepi plak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah brmcm cuba pon masih gugur lagi. Pasrah jer lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 04:00 PM | Show all posts
BOLEH LA CUBA NANTI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.347038 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list