Edited by kaktomlima at 20-3-2017 11:48 AM
yang tak pprt, anak2 kau orang semua C. B ada la satu dua.
Hidup merempat menumpang di pusat snuker bersama adik beradik yg lain. Inilah rumah mereka. Beraya berpuasa berteduh semua disini. Namun masih mampu utk cemerlang dlm SPM -6A 1B 1C. Inilah kejayaan yg amat bermakna utk adik Farrah Marcella, pelajar SMK Seri Kota Puteri. Insya Allah saya punya kawan2 yang perihatin. Saya bercadang untuk membantu pengajian beliau seterusnya. Saya harap anda sudi utk sama2 membantu. Maklumat detail akan dimaklumkan nanti. **chk status saya sebelum ni atau wall cikgu Suraya ( adik saya yg sedih terharu meraikan kejayaannya )**
"Anak ini tidak berkemampuan..ditinggal bapa adik beradik ramai, xde rumah. Kerap tidak hadir ke sek n akhirnya dibuang sek masa ting 4, naik ting 5 dtg daftarkan diri sndiri..bbrp bln hilang lg...saya carik dia...saya lihat dia susah n jika saya x bantu merupakan 1 kerugian krn saya nampak dia ada potensi. Saya bawak dia balik umah saya jg dia..ajar dia..tuisyen kan dia..hanya dlm tempoh 2 bln setengah shj...akhirnya atas usaha dia juga yg x kenal erti penat...dia berjaya!...Allah....semoga dia terus diberikan kekuatan kecemerlangan dunia n akhirat." Quote Cikgu Suraya Abdul Rahim.
Via: Zaikhan Abdul Rahim
Pelajar Merempat Dipusat Snuker Dah Ada IbuBapa Baru Guru displin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri, Suraya Abdul Rahim, 38, sanggup memberi perlindungan dan menjaga pelajar yang berasal dari keluarga kurang bernasib baik di kediaman keluarganya di Taman Johor Jaya di sini. Niat murninya itu membolehkan pelajar berkenaan, Farah Marcella Bandie, 18, mencapai keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Khamis lalu.
Farah Marcella sebelum ini pernah dibuang sekolah ketika tingkatan empat akibat masalah kehadiran namun mendaftar kembali dan melanjutkan persekolahan pada tingkatan lima atas inisiatif sendiri. Bagaimanapun, dia tidak hadir ke sekolah selama hampir dua bulan dan bekerja di warung menjual burger berhampiran tempat tinggal bagi meringankan beban ibu yang juga pekerja pusat snuker dan digantung tidak bertali sejak beberapa tahun lalu. Ibu serta enam adik-beradiknya menumpang di pusat snuker berkenaan di Masai. Menyedari kesulitan dialami pelajar berkenaan, Suraya tampil mempelawa Farah Marcella untuk tinggal bersamanya dua bulan sebelum menduduki SPM. Farah Marcella yang ketinggalan dalam pelajaran tekad belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya mengecapi kecemerlangan dalam SPM demi membalas budi gurunya selain mengubah nasib keluarganya pada masa depan.mymetro.
|