Nampaknya giliran dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menjadi skandal besar perlu ditangani oleh Azmin Ali selaku Pengerusi Yawas. Berbelanja RM500 juta setahun tentu mengundang perhatian besar dari netizen. Pelantikan Kamsani Nasir sebagai Pengurus Besar yang muflis dan penyelewengan dana SMUE pasti menjadi beban baru buat Azmin.
Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh yang tidak mengaku menerima dana SMUE mengubah pendiriannya kurang 24 jam untuk menerima dana itu. Barangkali Teresa tidak perasan bahawa pemberian dana itu di masukkan dalam portal Kerajaan Selangor sendiri.