CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4645|Reply: 71

[Tempatan] Isu KHALWAT di Teksi, Uber & Grabcar: Mufti Wilayah kasi WARNING kepada Mala

[Copy link]
Post time 22-3-2017 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 22-3-2017 04:14 PM


Kan sudah kena warning...

Mufti Wilayah Beri Peringatan Kepada Malaysiakini, FMT

Published on Mar 22, 2017

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur dua buah portal pro pembangkang ekoran mengeluarkan tajuk berita yang jelas mengelirukan pembaca.

Beliau berkata, kedua-dua portal tersebut ialah Malaysiakini dan Free Malaysia Today.

Menurutnya, fatwa terbaharu yang dikeluarkan pejabat mufti telah dikelirukan dua portal berita tersebut dengan menggunakan tajuk kontroversi ‘Pejabat Mufti: Jangan Khalwat Dalam Teksi, Uber dan Grabcar.’

Tegasnya, jika pembaca hanya melihat tajuk tanpa membaca kandungan, pembaca jelas akan menafsirkan bahawa mufti melarang perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar.



Selain itu katanya, ia juga memberi sentimen negatif kepada institusi fatwa yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif walaupun ia adalah sebaliknya.

Teguran yang dibuat melalui media sosial Facebook peribadinya itu juga menjelaskan persepsi buruk akan berlaku dengan tajuk yang seakan sekadar mengejar visitor hits seperti itu yang akan membawa kepada perasaan tidak senang pembaca Muslim dan Non Muslim dengan isu dihuraikan.

Ini juga mengundang komentar negatif yang boleh mencemarkan kredibiliti dan pendirian pejabat​ mufti yang konsisten membawa gagasan keterbukaan yang berlandaskan syarak serta keharmonian antara kaum dan agama.

Sebagai contoh yang berkaitan, isu Uber dan UberEATS yang mana secara jelas Mufti Wilayah Persekutuan memberikan solusi yang meleraikan kekeliruan pemandu Uber dan UberEATS Muslim, tidak pula dijadikan laporan oleh Malaysiakini dan Free Malaysia Today,” demikian teguran dibuat melalui sumber sama.

Sehubungan itu, pejabat mufti Wilayah Persekutuan menyeru kepada Malaysiakini dan FMT untuk lebih berhati-hati dalam memberikan laporan.

Hal demikian katanya kerana kebanyakan laporan-laporan yang diterbitkan kedua-dua dua portal tersebut berkenaan pejabat ufti Wilayah Persekutuan sebelum ini tidak mencerminkan sikap media yang jujur dalam melaporkan sesuatu isu. – MYNEWSHUB.CC

Bebenangnya di Forum CI
Mufti: Bukan Muhrim Naik Uber Atau Grab Perlu Duduk Di Bahagian Belakang Kereta
https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2017 04:03 PM | Show all posts
Edited by Kentang.Goreng at 22-3-2017 04:08 PM

Al-KAFILI AL-FATAWI                                 
AL-KAFI #589: HUKUM BERDUAAN DI DALAM KENDERAAN BERSAMA PEMANDU BUKAN MAHRAM
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Rusli
Diterbitkan: 20 Mac 2017



Soalan:

Apakah hukum menaiki teksi atau perkhidmatan Uber dalam keadaan berdua-duaan dengan pemandu yang berlainan jantina iaitu bukan mahram.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan sahabat baginda, serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Secara asasnya, terdapat larangan ke atas umat Islam terhadap perbuatan berkhalwat atau berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ini adalah berdasarkan kepada sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas R.anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ
Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.
Riwayat Muslim (1341)

Daripada nas di atas, jelas menunjukkan perbuatan berkhalwat di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu yang dilarang. Ini kerana, perkataan لاَ di dalam hadis tersebut merupakan لاَ al-Naahiyah (larangan) yang membawa hukum haram.

Berkata Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini: Maksud hadis ini adalah: Janganlah seorang lelaki itu duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengannya mahramnya. Dan sekiranya seorang lelaki ajnabi itu berkhalwat bersama-sama dengan wanita ajnabiyyah tanpa ada yang ketiga maka perbuatan itu adalah haram secara sepakat para ulama. Demikianlah juga (hukumnya) jika bersama-sama perempuan tersebut seseorang yang mereka tidak berasa malu dengannya disebabkan kecilnya dia seperti seorang kanak-kanak lelaki berusia dua atau tiga tahun dan seumpamanya maka kewujudan anak tersebut sama seperti tidak ada orang. Rujuk Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (9/109).

Hikmah daripada larangan ini adalah, supaya perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina atau muqaddimah zina (permulaan) dapat dielakkan. Ini kerana, perbuatan khalwat (berdua-duan) itu sendiri merupakan suatu ruang yang besar untuk dimasuki oleh syaitan dalam usaha merosakkan anak Adam serta menimbulkan fitnah yang besar pada diri mereka. Hal ini bertepatan dengan sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
Maksudnya: Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan.
Riwayat Al-Tirmizi (2165)

Syeikh Muhammad Bin Abd Al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini berkata: Makna hadis ini adalah: Syaitan ada bersama keduanya (lelaki dan perempuan yang berkhalwat) serta membisikkan syahwat kepada mereka sehinggalah ia mencampakkan mereka berdua ke lembah penzinaan. Rujuk Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (6/320).

Maka berdasarkan beberapa dalil yang kami kongsikan di atas, dapatlah kita fahami bahawa berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu perbuatan yang haram lagi ditegah. Ini sama ada khalwat itu berlaku di taman-taman bunga, taman tasik, di dalam bilik atau hotel, dan begitulah juga di dalam kenderaan seperti teksi, Uber, atau GrabCar.

Di dalam isu ini, kami mendapati bahawa para fuqaha turut menyatakan beberapa keadaan yang dibolehkan untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan wanita ajnabiyyah. Di antaranya adalah apa yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Dan dikecualikan daripada isu ini (berdua-duaan dengan bukan mahram) kesemua tempat-tempat yang terdapat padanya dharurat. Seperti seseorang lelaki itu menjumpai seorang perempuan yang sesat di jalanan atau seumpamanya maka diharuskan kepadanya untuk menemankan wanita itu bahkan menjadi satu tuntutan kepadanya untuk melakukan hal itu sekiranya dia takutkan keselamatan wanita itu apabila ditinggalkan bersendirian.

Imam Al-Nawawi menguatkan pendapatnya di atas dengan berdalilkan hadis Umm Al-Mu’minin A’isyah R.anha sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (2770) tatkala Safwan bin Al-Mu’atthal Al-Sulami menemankan Sayyidah A’isyah R.anha pulang ke Madinah.

Demikianlah juga kami nukilkan pendapat Al-Qadhi Abi Ya’la Al-Farra’ Rahimahullah ketika mengulas isu yang berkaitan dengan seorang Muhtasib iaitu seseorang yang melakukan hisbah. Kata beliau: Apabila seorang muhtasib itu melihat seorang lelaki dan perempuan berjalan di atas jalan dan tidak jelas daripada keduanya tanda-tanda yang meragukan  maka dia tidak membantah ke atas mereka berdua secara kasar dan mengingkari mereka. Rujuk Al-Ahkam Al-Sulthaniyah, Abu Ya’la (Hlm. 293).

Berdua Duaan Dengan Pemandu Yang Berlainan Jantina

Berkenaan isu ini, kami mencadangkan supaya pemandu ataupun pelanggan tersebut hendaklah berusaha sebaik mungkin bagi mengelakkan perbuataan berkhalwat seperti ini berlaku di dalam kenderaan baik seperti teksi, Uber, ataupun GrabCar. Sebagai contohnya, daripada pihak pelanggan Uber atau GrabCar maka pengguna apabila selesai menekan butang request atau book, maklumat berkenaan pemandu dari sudut jantina, nombor pendaftaran kereta, serta jenis kereta. Maka berikut terdapat beberapa dhawabit (kriteria) yang kami kongsikan berkenaan isu ini:

  • Para pelanggan perkhidmatan ini boleh menekan butang cancel request sekiranya dia mendapati pemandu tersebut berlainan jantina dengannya.
  • Manakala bagi pihak pemandu pula, menolak permintaan pelanggan baik lelaki atau perempuan dengan beberapa kali boleh jadi menyebabkan akaun mereka digantung oleh pihak pengurusan syarikat. Ini akan menyukarkan pemandu dari sudut pekerjaan mereka, selain
  • Maka kami berpendapat tidak mengapa di dalam kes ini untuk pemandu berdua-duaan bersama penumpang berlainan jantina di dalam kenderaan.
  • Dengan syarat penumpang itu duduk di bahagian belakang kenderaan, tidak berbual melainkan sekadar yang perlu sahaja.
  • Pemandu melalui jalan yang tidak sunyi agar terlindung dari sebarang fitnah.

Kesimpulan

Setelah kami meneliti isu ini dari pelbagai sudut, kami mendapati bahawa hukum berdua-duaan pemandu dengan penumpang bukan mahram di dalam kenderaan yang sama adalah tidak mengapa selama mana menepati dhawabit yang telah kami nyatakan. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 04:04 PM | Show all posts
damage control ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 04:04 PM | Show all posts
mana lobainita yang gigih memperjuangkan salah naik uber berdua2
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysiakini laknat milik yahudi laknatullah.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2017 04:10 PM | Show all posts
suke putarbelit tu. dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 04:16 PM | Show all posts
iols bukannya penyokong tegar AMENO / Be End , tapi bukan juga peminat FMT & MK. Suma propa jaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2017 04:21 PM | Show all posts
mmg patut kena warning pun

media suka manipulate nk tarik org baca sokkabar dia

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 04:25 PM | Show all posts
Dalam hal ini, saya sokong mufti.

Jelas sekali kenyataan beliau telah dimanipulasi oleh kedua portal tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 04:43 PM | Show all posts
Sapa2 yg kutuk tu sila sediakan knee pad
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 04:52 PM | Show all posts
media ni mmg suka putar belit.  sampaikan mufti yang tak terlibat dengan kepentingan mana2 pihak pun depa nak bahan.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mufti ni mcm politikus
Salahkan media je pandai
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam kes pokemon go mufti KL kena hentam sebab ummah bodoh percaya bulat2 laporan media..jatuh haram jika melalaikan tiba2 keluar media mufti haramkan pokemon go
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Apebende yang mislead laporan malaysiakini?

Apsal mupti nak cuak plak? Baru tau sape owner uber malaysia ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap mufti saman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2017 07:14 PM | Show all posts
Macam biasa Mkonon edit

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya yg bertanya soalan kenapa bebal sangat!! xkanla xle berfikir logik.. dah ko naik taxi uber bagai dgn org asing--- maka behave lah!! makin bodo umat yizlum meleis skang. soalan mengarut! kalo aku mmg xkoser nak jawab soalan cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
terpaku replied at 22-3-2017 04:04 PM
damage control ke?

Damage control lettew bila dapat tau sape owner sebener uber grab...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Portal tersebut sbnrnya dh lama jadi talibarut atau ejen perosak islam.Sbg umat islam yg sejati sepatutnya jauhkan dari portal2 tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.555189 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list