CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5850|Reply: 112

[Tempatan] Seorang lelaki kerugian sebanyak RM10K apabila bank acc miliknya digodam.

[Copy link]
Post time 23-3-2017 04:51 PM | Show all posts |Read mode





Mun Pan (kanan) menunjukkan laporan polis dan salinan Mykad palsu digunakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebabkan dia kerugian lebih RM10,000.

BALAKONG - Seorang jurujual mengalami kerugian lebih RM10,000 apabila akaun banknya dipercayai digodam pihak tidak bertanggungjawab yang memindahkan wang tanpa pengetahuannya.

Mangsa, Yong Mun Pan, 27, berkata, segala-galanya bermula apabila dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada syarikat telekomunikasi memintanya membuat penukaran kad sim nombor telefon miliknya kira-kira jam 9 malam, 26 Februari lalu.

Curiga dengan perkara itu, Mun Pan berkata, dia menghubungi syarikat telekomunikasi untuk bertanya lanjut berhubung hal demikian.

Katanya, dia memaklumkan kepada pihak syarikat itu bahawa dia tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk menukar kad sim baharu bagi nombor telefon yang sama.

Dia berasa bimbang kerana nombor telefon itu digunakan untuk menerima nombor pin sekiranya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam akaun bank secara atas talian.

Mun Pan berkata, dia berasa lega apabila pihak syarikat telekomunikasi itu memberitahu mungkin ada individu yang tersalah membuat penukaran nombor.

Bagaimanapun Mun Pan berkata, kelegaannya tidak bertahan lama apabila mendapati talian telefon bimbit miliknya tiba-tiba tamat perkhidmatan kira-kira jam 12.50 tengahari, 27 Februari lalu.

“Saya hubungi semula syarikat telekomunikasi, pihak itu maklumkan kad sim digunakan sudah tamat perkhidmatan kerana ada seseorang yang membuat permohonan menukar kad sim baharu menggunakan Mykad saya.

“Cemas dengan perkara itu, saya terus membuat semakan dan mendapati terdapat dua transaksi pemindahan wang secara atas talian dilakukan melalui akaun bank milik saya masing-masing berjumlah RM9,550 dan RM980,” katanya.

Menurutnya, transaksi dilakukan selang dua minit iaitu kira-kira jam 1.13 tengah hari dan 1.15 tengah hari, 27 Februari lalu.

“Bila saya siasat rupanya ada pihak gunakan salinan Mykad palsu tertera nama dan nombor kad pengenalan yang betul namun wajah dan alamat bukan milik saya. Individu itu gunakan Mykad palsu buat permohonan penukaran kad sim di sebuah pasar raya di Damansara,”katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sri Muda, Shah Alam.

Sementara itu, Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang menerima aduan mangsa berkata, bagi melakukan transaksi secara atas talian, pemilik akaun memerlukan kod TAC yang biasanya dihantar ke nombor telefon didaftarkan dengan pihak bank.

Dalam kes tersebut katanya, mangsa mendapati wang hilang daripada akaun bank setelah menyedari nombor telefonnya tiba-tiba tamat perkhidmatan.

Setelah disemak dengan pihak berkenaan, didapati terdapat seorang individu membuat penukaran kad sim nombor telefon bimbit mangsa menggunakan Mykad palsu.

“Susulan kes ini saya cadangkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) supaya arahkan syarikat telekomunkasi mewajibkan pengesahan melalui biometrik bagi setiap permohonan penukaran kad sim baharu untuk elak kes sama berulang.

“Saya juga akan bantu mangsa membuat aduan kepada Biro Penghantaran Kewangan (FMB) supaya aduan dapat disiasat dengan lebih segera dan minta kembalikan wang sekiranya terdapat kecuaian daripada pihak bank,” katanya ia berikutan sebelum ini pihak bank ada menyatakan adalah mustahil untuk akaun bank digodam.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...godam-1.648205




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan senangnye curi duit
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 05:58 PM | Show all posts
bahaya la mcm ni..kalu org tau no fon kita, no. ic pastu dh boleh gi mintak tukar sim card baru utk receive TAC code. sblm ni rasa selamat as long as fon ada dgn kita
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nan hado bank nak ganti
Bang ngong
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nan hado bank nak ganti
Bang ngong
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmane dia masuk ke sistem online banking tu ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada kad,  hp pengguna lain senang senang leh create ID Login yg baru. Tu sebab boleh tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada kad,  hp pengguna lain senang senang leh create ID Login yg baru. Tu sebab boleh tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada kad,  hp pengguna lain senang senang leh create ID Login yg baru. Tu sebab boleh tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada kad,  hp pengguna lain senang senang leh create ID Login yg baru. Tu sebab boleh tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada kad,  hp pengguna lain senang senang leh create ID Login yg baru. Tu sebab boleh tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak masuk kena ada log in id dan password. Mcm mana pencuri tu tau log in id dan password tu? Tac mmg blh ditipu kalau tukar sim...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 07:18 PM | Show all posts
rhb kalo tak salah kalo nak tukaq no hp utk tac kena pi branch bukak acc then amek ic masuk dlm scan cap jari tapi aku tgk m2u boleh tukaq direct kt website
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 07:40 PM | Show all posts
Kalau ada kad,  hp pengguna lain senang senang leh create ID Login yg baru. Tu sebab boleh tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 07:41 PM | Show all posts
wei macammana jadi macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada kad,  hp pengguna lain senang senang leh create ID Login yg baru. Tu sebab boleh tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kawahapi replied at 23-3-2017 07:47 PM
Kalau ada kad,  hp pengguna lain senang senang leh create ID Login yg baru. Tu sebab boleh tu

Knapa setiap forummer yg bbeza mpunyai jawapan yang sm?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mjla replied at 23-3-2017 10:06 AM
Nan hado bank nak ganti
Bang ngong

Kalau iols akan saman telco. Negligence sehingga menyebabkan kerugian
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 08:08 PM | Show all posts
toteng replied at 23-3-2017 07:52 PM
Knapa setiap forummer yg bbeza mpunyai jawapan yang sm?

biasalah diorang ni kuat troll

mungkin fedap tengok multipost dari forumer yang sama, forumer2 lain pun berusaha menambah kefedapan itu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada kad,  hp pengguna lain senang senang leh create ID Login yg baru. Tu sebab boleh tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.239201 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list