Dari Ibnu ‘Abbas, ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لَوْ كَانَ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَبْتَغَى ثَالِثًا ، وَلاَ يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
“Seandainya manusia diberi dua lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan lembah yang ketiga. Yang boleh memenuhi dalam perut manusia hanyalah tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.” (HR. Bukhari no. 6436)
Ibnu Az Zubair pernah berkhutbah di Makkah, lalu ia mengatakan, يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَقُولُ « لَوْ أَنَّ ابْنَ آدَمَ أُعْطِىَ وَادِيًا مَلأً مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَانِيًا ، وَلَوْ أُعْطِىَ ثَانِيًا أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَالِثًا ، وَلاَ يَسُدُّ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ »
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka ia masih menginginkan lembah yang kedua semisal itu. Jika diberi lembah kedua, ia pun masih menginginkan lembah ketiga. Perut manusia tidaklah akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.” (HR. Bukhari no. 6438)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
“Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup.” (HR. Bukhari no. 6446 dan Muslim no. 1051). Bukhari membawakan hadits ini dalam Bab “Kekayaan (yang hakiki) adalah kekayaan hati (hati yang selalu merasa cukup).” ... apa yang penting ialah rezeki yang cukup.. kat atas tu penjelasan dari agama Islam, kalau dari segi falsafah moden yang berpaksikan kepada barat boleh rujuk kepada Maslow's Hierarchy of Needs.. cukupkan bahagian tapak dulu sebelum sasar ke puncak piramid tu.. apa sebenarnya yang manusia hendak tu bukan duit semata-mata tapi NILAI disebaliknya, antara sebab juga kenapa nabi Isa sepanjang dia hidup atas dunia ni, dia hanya hidup merempat dan harta dia hanyalah satu bekas timba untuk dia mandi, satu sikat dan kain untuk dia tutup aurat dia, tapi dia kata semua tu dah cukup.. cukup tuhan sahaja pada pendapat dia.
insha-Allah, kalau nak RM10 juta, boleh dapat juga, antara cara dia ialah pergi minta loan, pinjaman dari bank, tapi dah semestinya kena bayar balik lepas tu, sama ada dengan wang tunai juga atau nilai yang dipersetujui bersama, asalnya manusia pun berdagang ikut sistem barter, selalunya kalau dah main juta-juta tu memang akan berbalik kepada sistem barter juga, tengok apa sebenarnya bank atau kerajaan yang pegang sistem bank tu berminat.. kerajaan ada kuasa pergi print berapa banyak duit yang dia mahu, tak ada masalah langsung.. tapi kalau banyak sangat maunya lepas tu jadi inflasi pula macam kes di zimbabwe, dia terus pergi print, cetak wang nilai trillion trillion terus untuk rakyat dia sebab terlampau gila kuasa nak pegang kerajaan zimbabwe, dah dia ingat semua orang bawah dia hanya ingat nak jadi jutawan je, jadi dia terus print, cetak bagi nilai trillion terus untuk rakyat dia bagi diaorang rasa jadi trillionaire terus dari setakat jadi jutawan 10 juta ke 20 juta ke 30 juta je.
|