CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1501|Reply: 1

[Dunia] Indon Punca Global Warming Punca Konflik Syiria & ISIS - NASA / NOAA / PBB

[Copy link]
Post time 26-3-2017 07:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Lagubestbest at 26-3-2017 07:31 AM

Natgeo sedang hangat siar "Years of Living Dangerously". Minggu ini pasal pemanasan global, kemarau dan kartel pembalak haram. Analisis data masa nyata (data sebenar) superkomputer NASA terkini menunjukkan..
Peta pertumbuhan pokok, kemarau sedang berlaku di Midwest USA, Russia, Brazil & Argentina.
Peta tanaman bijirin, ladang-ladang kini produktiviti menurun.
- Jagung - Ukrain, Russia
- Gandum - Argentina

Semuanya kesan dari Global Warming buatan manusia.
- 20% asap pengangkutan eg: kereta, planes etc.
- 20% penebangan hutan

Pokok hidup, menyimpan Carbon semasa hayatnya, Apablia pokok mati, Carbon tersimpan terbebas kembali ke atmosfera.
- Makin tinggi Carbon di udara, makin tinggi Global Warming.
- Setiap beberapa tahun, bumi kehilangan hutan seluas Germany, hilang selamanya.

BRAZIL, negara yang paling baik dari segi pengurusan pemusnahan hutan hari ini. INDONESIA, negara yang aktiviti pemusnahan hutan meningkat paling tinggi. Potong pokok yang selama ini menyimpan Carbon. Kemudian bakar lanskap membebaskan asap Carbon hitam ke udara. Untuk kertas & minyak sawit. Untuk kertas, faham. Untuk minyak sawit, bukan minyak sawit yang tak bagus, tapi cara minyak sawit diperoleh yang tidak bagus. Pokok sawit ditanam di kawasan yang dulunya hutan hijau. Permintaan minyak sawit global meningkat, Indonesia makin gigih memusnahkan hutan untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Mengejutkan, 'taman negara' Indonesia juga hanya tinggal 18% dari keluasan asal, akibat pembalakan, pembakaran hutan gambut, kepupusan biodiversiti etc. Gajah tidak lagi selamat untuk hidup di taman negara Indonesia. 21 ekor gajah pernah diracun mati pembalak di taman negara.

KEMARAU
Plainview Texas, ladang-ladang lembu mengecil sebanyak 2juta ekor lembu, kilang pusat pemproses ternakan ditutup, menyebabkan 2300 orang hilang pekerjaan dalam masa satu hari. Namun, kes Plainview tidak seberapa berbanding Syria. Syria adalah kawasan konflik paling menyayat hati di mata wartawan antarabangsa.

2011 - Protes terhadap penindasan kerajaan Syria
Kemarau bermula sejak lama, tahun demi tahun, kerajaan tidak bertindak dengan cara yang baik. Tindakbalas kerajaan membuatkan rakyat menjadi sangat marah. Mereka terdorong memberontak ke jalanan. Orang kampung berpindah dari kampung ke bandar eg: Holmes, Damascus, tinggal di kejiranan miskin di bandar. Mereka yang terlibat dalam revolusi kebanyakannya berasal dari kampung.

KEMARAU PALING BURUK DALAM SEJARAH SYRIA MODEN
4 tahun sebelum revolusi - 1juta penduduk telah kehilangan tempat tinggal. Kemarau ini sebahagian dari trend. Menurut NOAA, sejak 40 tahun lalu Global Warming menyebabkan Benua Mediterranean menjadi kering. Mengakibatkan kemarau yang lebih panjang dan lebih teruk. Beberapa kawasan bertanda merah menjadi sangat panas, dan Syria berada di tengah-tengahnya.
2 tahun sebelum revolusi - Petugas PBB (maklumat sulit perhubungan diplomatik USA - Syria) risau kemarau akan menghuru-harakan negara. Mass migration. Kemarau terburuk dalam 4 dekad. Potensi terjadinya kemusnahan sosial dan pergolakan politik.

Climate Change & Global Warming kini menjadi faktor utama kerisauan terhadap keseamatan negara, sumber tekanan terhadap beberapa faktor utama kearah rasa tidak terjamin di kalangan manusia. Kemarau, kurang makanan, kemiskinan seterusnya mengakibatkan kemarau. Dicampur dengan polisi kerajaan yang tidak membantu... Jika kemarau terlalu teruk, ia boleh menyebabkan rakyat menjadi hilang sabar. Inilah yang berlaku di Syria.

BUKAN SALAH ALAM
Bukan salah Matahari. Tenaga matahari berkurang sejak 1950, tapi suhu bumi meningkat naik sejak 1961
Bukan salah Gunung Berapi. Letusan gunung berapi sebenarnya menyejukkan bumi.
Bukan salah putaran orbit. Kitaran suhu di Antartica tidak lari dari turun-naik normal.
TAPI TAHAP KARBON DIOKSIDA MENINGKAT TINGGI
Meningkat sehingga 400 ppm (2011) keluar dari dari kitaran tinggi rendah normal 200-300, 200-300, 200-300.

BUMI SEPATUTNYA MENJADI LEBIH SEJUK
...jika faktor alam menjadi faktor. Namun..

BUMI KINI MENINGKAT PANAS

...akibat perbuatan manusia eg: Indonesia (Juara dunia No. 1 kini kadar aktiviti peningkatan pemusnahan hutan tertinggi).

SYRIA BERGOLAK
Sungai Khabur. Bermula di bandr Ras-Al-Ayn- ke Sungai Euphrates. Penduduk di sini menderita teruk akibat kemarau. Hujan berkurang dan berkurang dengan teruk, air sungai terhenti dan akhirnya kini kering kontang. Mengubah kehidupan berjuta rakyat, berpindah ke bandar, miskin, tertindas, tertekan dan akhirnya mencetuskan perang.
- Al Qaeda masuk.
- USA masuk.
- ISIS masuk.
- Russia masuk.
- Rakyat terbunuh / lari keluar.
- Basyar hilang kuasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2017 09:07 AM | Show all posts

i

Edited by pembisikmaut at 26-3-2017 09:08 AM

Semua angkara murka yang terjadi di seluruh dunia sdesungguhnya disebabkan oleh Indon ... sedangkan Malaysia yang dipimpin oleh Iman Besar Suci dan Khalifah Ibnu Najib Al Razaki bertindak sebagai Juru Selamat Dunia  Umat Dunia .. khasnya Islam ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.124715 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list