View: 1346|Reply: 7
|
Skandal Rasuah, Menteri Dalam Negeri Filipina Dilucutkan Jawatan Oleh Presiden
[Copy link]
|
|
Ekoran disyaki terlibat dalam skandal rasuah, Menteri Dalam Negeri Filipina bukan sahaja dikecam oleh Presidennya malah turut dilucutkan jawatan.
Menurut jurucakap Presiden Filipina, Ernesto Abella dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, disebabkan Presiden telah hilang kepercayaan kepada Menteri Dalam Negeri, Ismael Sueno, maka pada 3hb April iaitu kelmarin, presiden bertindak melucutkan jawatannya semasa mesyuarat kabinet.
Memetik laporan media Filipina, Ernesto Abella berkata, walaupun Ismael Sueno cuba memujuk presiden berhubung peranannya, namun presiden tetap dengan pendirian tegas dalam usaha membenteras gejala rasuah sekaligus menyakinkan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran kerajaan yang dipimpin olehnya.
Tiga orang bawahan Ismael Sueno mendakwa Menteri Dalam Negeri itu telah menyeleweng dana orang awam untuk membina hotel baru, memperkembangkan ladang dan membeli trak baru untuk urus niaga berasnya.
Selain itu, mereka juga mendedahkan, Ismeal Sueno membeli 76 buah kereta bomba dengan harga hampir RM1.8 juta setiap satu, sebaliknya harga sebenar untuk sebuah kereta bomba hanya bernilai kira-kira RM600,000 sahaja.
Berkenaan tuduhan orang bawahannya, Ismael Sueno berkata tuduhan itu tidak benar dan mungkin hanya untuk menjatuhkannya.- CARI
sumber foto: http://cnnphilippines.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebijik RM600k...?
Keta bomba Scania kat mesia sebijik dekat RM2juta. Tapi lengkap semua laa.
Taktau laa kalau keta bomba pinoy ni stended kosong macam proton iswara. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mesia lagi hebat.
Skandal rasyuah, tapi mampo naik jadi pengerusi ada satu kampeni.
Sayang betul tuan presiden kat dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
alaa, sama je mcm kat malaysia. time audit, bising kejap je. satu jam dinding kalau beli harga bawah rm100 tapi rtm beli harga sampai rm3800. lepas audit, senyap je. |
|
|
|
|
|
|
|
Tegas betul presiden pinoy ni klu bab2 rasuah kan. Baguslah. Pinoy klu kaya, kaya yg amat.. klu miskin, miskin sgt2 smpi kutip mknn dr lebihan ayam di sampah |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia kenapa ramai supplier mark up gila2?
sebab sistem pembayaran oelh kerajaan macam pundek. kalau seketul jam yang berharga RM100 dibayar 6 bulan atau setahun kemudian, memang kena game la ngan supplier.
#lahanat |
|
|
|
|
|
|
|
nsib la lucut jawatan je, duterte ni kepala gila gk kalau silap langkah tak pasal kena tembak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|