View: 1559|Reply: 5
|
Penggunaan Daging Ayam Tanpa Antibiotik Mulai 2018: KFC Amerika Syarikat
[Copy link]
|
|
Rangkaian restoran Kentuckey Fried Chicken di Amerika Syarikat memaklumkan mereka dalam perancangan menghadkan penggunaan antibiotik dalam daging ayam, sehingga pada akhir tahun 2018, semua daging ayam KFC di AS adalah tanpa antibioatik manusia.
Tambahnya, mulai hujung tahun 2018, semua rangkaiannya yang berjumlah 4,000 buah di Amerika Syarikat akan guna daging ayam yang tanpa antibiotik yang lazimnya digunakan oleh manusia.
Memetik laporan USA Today, kini rangkaian restoran Kentuckey Fried Chicken di Amerika Syarikat sedang bekerjasama dengan lebih 2,000 ladang ternakan di seluruh negara tersebut dalam usaha memastikan semua daging ternakan adalah tanpa antibiotik manusia.
Berkenaan sesetengah antibiotik haiwan yang digunakan untuk rawatan penyakit haiwan masih boleh digunakan.
Antara tiga buah rangkaian restoran makanan segera yang terbesar dalam penawaran daging ayam di Amerka Syarikat, Kentucky Fried Chicken adalah rangkaian restoran makanan segera yang terakhir sekali mengumumkan larangan penggunaan antibiotik manusia.
Difahamkan, tahun lepas McDonald's telah mengumumkan henti menjual daging ayam yang disuntik dengan antibiotik manusia di kira-kira 14,000 buah restorannya di Amerika Syarikat. - CARI
sumber foto: USA Today
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh kat us nun. |
|
|
|
|
|
|
|
ayam antibiotik ni cepat besar kan |
|
|
|
|
|
|
|
sian dgn nasib ayam kepsi ni.lgsung xder life,kasi hidup bg makan bnyak2 sampai gemuk utk tggu kena sembelih jer |
|
|
|
|
|
|
|
nak nuggetttt |
|
|
|
|
|
|
| |
|