LELAKI ini, Nick Mead, 55, telah membeli kereta kebal menerusi e-Bay pada harga RM165,067. Namun dia sebenarnya memperolehi keuntungan yang lebih besar apabila menemui terdapat ketulan emas bernilai RM11 juta tersembunyi di dalam kereta kebal tersebut.
Nick dan rakannya yang juga seorang mekanik, Todd Chamberlain membeli kereta kebal milik Rusia T54/67 itu beberapa minggu lalu.
Ketika mereka membuka tempat penutup minyak, alangkah terkejutnya Nick dan Todd apabila menemui lima ketul emas dengan berat 5.44 kilogram setiap satu, di dalam tangki minyak itu.
“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kami tidak boleh membawa emas ini ke kedai tanpa disoal siasat oleh polis jadi kami memutuskan untuk memanggil polis,” katanya.
Mereka percaya emas itu telah disembunyikan oleh tentera Iraq ketika perang teluk, awal 90-an lalu.
Ketulan emas itu kemudiannya diambil oleh polis untuk analisis.
Nick merupakan peminat kenderaan tentera dan dia mempunyai kira-kira 150 kenderaan tersebut di ladangnya di Helmdon, Northamptonshire
Although the story has been widely reported, the value of the gold bars doesn't quite add up. Five gold bars weighing twelve pounds each should be worth only $1.2 million at current gold prices. Whatever the case, it's still a pretty good deal.
Jadi harta negara ker emas tu.... susah juga kalau jumpa emas kan, kerajaan akan kata dia yang punya. bagus jadi scammer dimalaysia, kerajaan tahu scammer untung juta2 pun tak boleh rampas...
Patut dah jadi hak miliknya sebab dia dah beli sepenuhnya kenderaan tu bukan sekadar beli tingkap pintu rantai talinya saja. Kalau pass kat gomen lambat ler nak analisisnya check itu ini silap2 akhirnya tinggal krik krik krik je