Cuaca panas begini, memang begitu mengasyikkan bila dapat menikmati ais krim.
Memang betul terdapat banyak pilihan di kedai-kedai, namun tidak dapat menandingi ais krim yang satu ini.
Istimewa benar rasanya, masam, manis, masin semua bergabung 'menari-nari' dalam mulut.
Mana tidaknya, ais krim jeruk yang tular ini memang sangat mudah dihasilkan. Jom tengok.
Foto: IG Roseazmera_kekabu
Bahan-bahan:
Mangga Muda
Gula
Garam
Cuka
Serbuk Asam Boi
Buah Asam Boi
Cara-cara
1. Potong mangga muda dan letakkannya dalam bekas.
2. Campurkan air gula, secubit garam, 2 sudu besar cuka, serbuk asam boi dan buah asam boi ke dalam bekas mangga muda tadi.
3. Masak sampai mendidih dan sejukkan.
4. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya semalaman.
5. Masukkan air jeruk dan potongan mangga yang telah disediakan itu ke dalam bekas plastik ais krim.
6. Bekukan dan siap!
Foto: IG Nanialiciouskitchen
Kalau mahu lagi senang, beli sahaja jeruk yang sudah siap di pasaran dan campurkannya dengan air gula.
Anda juga boleh menggantikan mangga muda dengan sebarang jeruk lain, mengikut citarasa masing-masing.
Bukan sahaja senang, malah boleh menjimatkan kos. Ibu-ibu anak ramai boleh ikut resepi ini, mahu dijadikan sebagai bahan jualan pun boleh juga.
Selamat mencuba!-CARI
Kredit Resipi: Rathi Jaya
|