CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3416|Reply: 22

[Tempatan] Rafizi usul ambil tindakan terhadap Adam Rosly

[Copy link]
Post time 24-4-2017 04:12 PM | Show all posts |Read mode

Bagaimana dengan Pemimpin DAP,
Sepatutnya usul yang sama diambil tindakan terhadap Lim Guan Eng...

Rafizi usul ambil tindakan terhadap Adam Rosly
ATIRAH HASLI
24 APRIL 2017

[url=]
[/url]










SHAH ALAM -  Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan rakan-rakan pimpinan dalam parti akan mengusulkan supaya satu tindakan diambil terhadap Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly.
Rafizi berkata, tindakan yang akan dilaksanakan akan menjarakkan kemelut peribadi Adam daripada mengheret PKR dan Pakatan Harapan ke dalam masalah peribadinya.
"Tindakan akan diputuskan sama ada melalui keputusan bersama kepimpinan PKR untuk membolehkan dia (Adam) 'bercuti' dari jawatan parti sehingga kesnya selesai, atau melalui kaedah Lembaga Disiplin seperti yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Apa pun, saya berharap seluruh kekuatan parti dari akar umbi ke peringkat pimpinan mengambil langkah untuk menjarakkan parti dari kemelut peribadi seperti ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Kata Rafizi lagi, keengganan Adam menuruti nasihatnya supaya melakukan pengistiharan harta juga telah menyebabkan masalah yang melanda kian melarat.
"Sebab itu semasa kekayaan Adam mula-mula menarik perhatian ramai, saya dengan serta-merta menasihatkan beliau supaya mengisytiharkan harta. Ada perbezaan di dalam parti apabila ada yang beranggapan beliau tidak perlu mengisytiharkan harta kerana tidak menjawat sebarang jawatan kerajaan.
"Saya telah menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana piawai moral dan keamanahan yang dipegang PKR mestilah lebih tinggi dari parti-parti lain,” katanya.
Menurutn Rafizi, seseorang yang memegang jawatan parti tidak boleh dilihat mengumpul kekayaan yang tidak boleh diterangkan kepada rakyat.
Jelas Rafizi, jika kekayaan itu dikumpul secara sah dan tanpa melibatkan kepentingan awam, beliau yakin mana-mana pimpinan dalam parti itu boleh mengisytiharkan harta dengan mudah.
"Saya masih berpendapat Adam boleh menjernihkan keadaan supaya tidak mengheret PKR ke dalam kemelut peribadi beliau dengan mengisytiharkan harta secepat mungkin.
"Keadaannya berbeza sekarang kerana keengganan beliau mengisytiharkan harta telah mengheret nama baik PKR sehingga dijadikan bahan serangan oleh musuh-musuh politik PKR," katanya lagi.
Adam yang ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh di mahkamah 21 April lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM dijangka tuduh pemimpin muda PKR esok]
Adam, 28, yang ditahan SPRM pada 13 April ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kekayaan luar biasanya, telah berada dalam tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.
[ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rosly ditahan SPRM]
Menurutnya lagi, pihak PKR sebenarnya amat tegas mengenai perkara-perkara yang bersabit dengan tatakelola dan keamanahan.
"Setahun lalu, saya sendiri sebagai Setiausaha Agung PKR pada ketika itu dengan diiringi pimpinan-pimpinan lain membuat laporan mengenai dakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang diadukan kepada saya didakwa berlaku di Selangor.
"Malah, saya secara berterusan di dalam saluran rasmi dan tidak rasmi parti mengingatkan pimpinan dan aktivis parti bahawa gerak geri kita diperhatikan oleh rakyat.
"Saya konsisten menegaskan bahawa piawai moral dan keamanahan yang perlu kita buktikan kepada rakyat adalah lebih tinggi dari parti-parti lain kerana PKR dihargai rakyat hasil dari perjuangan berterusan kita menentang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbiran sedia ada," ujarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 04:56 PM | Show all posts
klu taraf ahli aja, pstu ngaku kaya, tapi pinjam along, baik buang aja dari jadi ahli

ni kalu jadi menteri, mau dia pinjam bapak along lak nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 dah terserlah pangai kaki kencing si Adam Rosly nih. Macam nih nak jadi pemimpim masa depan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 24-4-2017 05:19 PM

Ahli PKR semua lebih kurang gini jah....

Pura2 syumul pulak masing2 ala2 parti lobai...nak dekat PRU kate kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd terbukti la rasuah x bermata. Semua parti blh terjebak dgn rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku jadik wakil rakyat/ahli parti pun aku bolot suma yg ada. ...1 % perjuangkan nasib rakyat 99%  lgik ksk kenyang perot sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2017 06:15 PM | Show all posts
dari awal kaya berbeza dengan tertiba-tiba kaya mau tak terkejut tu yang tak leh control nafsu nak tayang2 harta mewah macam orang2 MLM
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah diambil tindakan, bukan macam dalam umngok. Makin tinggi rasuah, makin tinggi jawatan. Makin rasuag makin lama disimpan. Itu lah dia umngok yg dibangga2 kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 24-4-2017 05:56 PM
Jd terbukti la rasuah x bermata. Semua parti blh terjebak dgn rasuah.

Itu sudah pasti sis. Tiada parti yg maksom dan suchi 100%. Ini bukan parti di kalangan nabi2. Yg penting,parti amek tindakan tegas ke atas ahli2 rasuah ni. Tpi cacai2 dan lobai2 semua gunakan benda ni utk justify kenapa perlu undi umngok. Bodoh betul.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Adam ni  buat loan dgn along kan....kat mana issue dia ambik rasuah....i am pening?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 24-4-2017 07:07 PM
Adam ni  buat loan dgn along kan....kat mana issue dia ambik rasuah....i am pening?

Dia ni saspek proxy seseorang untuk amik duit, simpan duit..ade la bahagian dia sbg upah jd proxy. Pinjam Along tu coverina sahaja. Sprm pn bgtau cerita pasal along tu tahyul dan mitos direka tnpa asas yang kukuk dan plan yang teliti.

Apekebodo kalau nak pikir, dulu ckp rumah disneylen tu dia taknak beli tapi tu je murah.
Sekarang, pinjam along untuk beli rumah disneylen yang dulu kau cakap taknak beli?

Apsal xbeli umah bukan disneylen tahap kemampuan kau tnpa pinjam along
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:11 PM | Show all posts
otai_g replied at 24-4-2017 05:56 PM
Jd terbukti la rasuah x bermata. Semua parti blh terjebak dgn rasuah.

sapa adam rosly ni? zuraida kata bukan pegawai khasnya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:32 PM | Show all posts
cecari replied at 24-4-2017 08:11 PM
sapa adam rosly ni? zuraida kata bukan pegawai khasnya..

Hahahahaha lobai cecirit lulusan jurusan ulamak dari Mesir bertanyakan soalan vodo....hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:33 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 24-4-2017 05:08 PM
Ahli PKR semua lebih kurang gini jah....

Pura2 syumul pulak masing2 ala2 parti lobai...nak dekat  ...

Sebab tu saya agak sangsi dan musykil bila bayangan nak jatuhkan barisan nasional semakin jelas nampak. Adakah pengganti nanti akan lebih baik. Atau lebih rakus...

Mungkin ramai tidak setuju Kalau saya kata kan PAS mempunyai kepimpinan tertinggi yang lebih telus dan lebih amanah berbanding dengan anggota dan ahli parti lain.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:50 PM | Show all posts
Maideen. replied at 24-4-2017 08:32 PM
Hahahahaha lobai cecirit lulusan jurusan ulamak dari Mesir bertanyakan soalan vodo....hahahaha.:la ...

siapa john maideen al kantoi ni? sangat low class ... mencemar post sahaja. boo tak layan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 24-4-2017 08:33 PM
Sebab tu saya agak sangsi dan musykil bila bayangan nak jatuhkan barisan nasional semakin jelas na ...

PAS je yang terbaik bro

Yang paling layak memerintah hanya PAS.

Parti yang lain cuma PISPUS je.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2017 11:23 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 24-4-2017 07:07 PM
Adam ni  buat loan dgn along kan....kat mana issue dia ambik rasuah....i am pening?

itu kata dia, tapi betul ke dia buat loan dgn along...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 11:40 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 24-4-2017 08:33 PM
Sebab tu saya agak sangsi dan musykil bila bayangan nak jatuhkan barisan nasional semakin jelas na ...

bila cybertropa umngok berebut mempertahankan pas.
pas grab popcorn.


...musim mengorat pas datang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 08:13 AM | Show all posts
bangcak replied at 24-4-2017 11:40 PM
bila cybertropa umngok berebut mempertahankan pas.
pas grab popcorn.

hahaha kan...

puak2 mat pkr bersatu pun harus ambil langkah sama dalam sikit masa lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 08:14 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 24-4-2017 10:00 PM
PAS je yang terbaik bro

Yang paling layak memerintah hanya PAS.

tak setuju pun takpe..  

ni pandangan saya saja..  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.077333 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list