CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16235|Reply: 77

Azrinaz temui kebahagiaan

[Copy link]
Post time 26-4-2017 03:42 PM | Show all posts |Read mode
AHAD, 23 APRIL 2017 @ 7:15 AM Azrinaz temui kebahagiaan




DEFINISI bahagia itu sesuatu yang subjektif, terserah bagaimana individu menterjemahkannya. Dilimpahi kemewahan harta, tidak bermakna hidup sudah sempurna. Bersendirian menjalani hidup tanpa ditemani insan bergelar suami, bukan bererti bahagia menjauhi. Bekas personaliti terkemuka TV3, Azrinaz Mazhar Hakim juga mempunyai pandangan tersendiri mengenai erti bahagia. Baginya, kebahagiaan hakiki yang diimpikan sudah ditemui membuatkan dirinya tidak runsing apabila masih bersendiri. Meskipun mungkin ada yang melihat kehidupannya seakan tidak lengkap, namun jelas Azrinaz, soal mencari teman hidup bukan agenda utamanya ketika ini. "Kahwin lagi? Secara jujur, saya tidak pernah terfikir mengenai perkara itu. Perihal jodoh, saya serahkan kepada qada dan qadar Allah. Apabila saya sudah tetapkan pendirian itu dalam hidup, saya rasa lebih gembira dan aman. "Terus terang, saya memang tidak mencari. Bukan tiada yang mendekati, tetapi saya cuba mengelak kerana tidak mahu pening kepala. Saya pernah melalui alam perkahwinan, malah turut dikurniakan cahaya mata. "Jika ditakdirkan saya bertemu dengan seseorang yang sesuai dijadikan calon suami, saya bersyukur. Kalau tiada, tidak mengapa," kata Azrinaz yang hadir ke Balai Berita, baru-baru ini.


Rahmat hidup solo


Menjalani kehidupan solo, wanita berusia 37 tahun ini tidak pernah melihat status itu sebagai bebanan. Bagi Azrinaz, status itu membawa rahmat tersendiri kerana ia memberi ruang untuk terus berbakti kepada kedua-dua orang tuanya. "Ini ialah masa untuk saya mencintai diri, selain menumpukan sepenuh perhatian kepada ibu dan bapa. Saya mahukan masa berkualiti bersama mereka. Kata orang, teman hidup bila-bila boleh dicari tetapi ibu dan bapa tiada galang-gantinya. "Baru-baru ini, saya ke Makkah dan sepanjang di sana, saya berdoa supaya kedua-dua orang tua sentiasa sihat serta dipanjangkan usia. Tiada langsung doa mohon dipertemukan jodoh," katanya. Mengakui belum masanya untuk kembali berumah tangga, tetapi itu tidak bermakna Azrinaz menentang institusi perkahwinan. Baginya, jika ditakdirkan bertemu jodoh, ketentuan itu akan diterima dengan hati terbuka. Bagi Azrinaz, cukup nanti jika lelaki yang bakal menemani perjalanan hidupnya itu kaya dengan kasih sayang. "Saya bukan seorang yang cerewet, malah tidak melihat harta dan wang ringgit bukan ukuran kebahagiaan. Apa yang saya harapkan, dipertemukan Allah dengan lelaki yang menyayangi saya lebih dari segala-galanya. "Selain itu, dia juga harus mempunyai pemikiran dan minat yang sama dengan saya. Baru seiring. Jika jurang pemikiran dan minat jauh berbeza, susah untuk saya teruskan perhubungan itu," katanya.


Sasaran gosip


Akur sebagai seorang yang dikenali dan sering menjadi perhatian ramai, Azrinaz tidak dapat mengelak daripada menjadi sasaran gosip. Sebelum ini, Azrinaz pernah dikaitkan dengan dua selebriti terkenal tetapi dinafikannya. Baginya, gosip yang tersebar itu hanya spekulasi semata-mata. Azrinaz mengakui, agak kurang selesa apabila hal peribadinya diperkatakan terutama membabitkan perhubungan. "Saya kurang gemar apabila timbul gosip mengenai perhubungan. Bagaimanapun, saya faham kerana cerita seperti itu yang orang mahu tahu. Biasalah apabila berkawan, kita akan bergambar bersama dan memuat naik foto yang dirakam ke laman sosial. "Saya pula jenis suka menulis kapsyen yang bertujuan untuk mengusik. Kebetulan kami masih sendiri, lalu orang luar pantas membuat andaian dan spekulasi. Bukan saja artis, tetapi apabila bergambar dengan orang biasa juga masalah yang sama tetap timbul. "Selepas ini saya kena berhati-hati jika mahu bergambar dengan lelaki," katanya sambil tertawa.


Mahu kembali ke dunia penyiaran


Selepas sedekad meninggalkan dunia penyiaran, Azrinaz yang pernah digelar sebagai Ratu Stand Upper atau Ratu Lintas Langsung mengakui, pernah menerima tawaran untuk kembali ke dunia penyiaran. Disebabkan kekangan masa dan kesibukan kerja yang sering membawanya ke luar negara, pelawaan itu terpaksa ditolak. "Saya bimbang tidak dapat memberikan komitmen disebabkan jadual yang sangat padat. Cuma kebelakangan ini, jadual saya agak senggang dan fikiran mula terlintas untuk kembali ke dunia penyiaran. "Banyak tawaran yang datang tetapi saya perlu mengkaji dan memilih mana yang sesuai. Saya juga harus memikirkan, apakah program itu nanti mampu memberi impak dan menarik jumlah tontonan? Saya kena cerewet supaya program yang dikendalikan itu bersesuaian dengan saya," katanya yang pernah dipilih sebagai Waryawan Harapan TV3 pada 2000. Memulakan kerjaya di bilik berita, Azrinaz berkata, jiwanya selesa dengan program yang mencabar ketajaman minda. "Kebanyakan tawaran yang datang mahukan saya mengendalikan program berbentuk fesyen. Walaupun meminati dunia fesyen, tetapi tidak pernah terlintas untuk mengacara program sebegitu. Sedapat mungkin, saya mahu mengelak daripada mengendalikan program yang ringan dan santai. "Saya lebih suka rancangan yang menekankan isu semasa dan memerlukan daya pemikiran yang kritis," tegasnya.


Bukan batu loncatan


Azrinaz berkata, antara sebab yang membuatnya ingin kembali memeriahkan dunia penyiaran apabila membaca komen positif yang ditinggalkan pengikut di laman sosialnya. "Ketika mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya ada memuat naik video sambil membuat penerangan mengenai tempat yang saya ziarah. Hasilnya, saya banyak menerima komen positif malah, ada yang meminta saya kembali ke dunia penyiaran. "Saya terharu dan tidak sangka masih diingati. Sangkakan ramai yang lupa kerana sudah lama saya meninggalkan dunia penyiaran," kata anak jati Kuala Lumpur ini. Berkongsi berpengalaman, Azrinaz sempat menitipkan nasihat kepada generasi baharu yang mahu menceburkan diri dalam bidang penyiaran. Tegasnya, untuk berjaya perkara paling asas ialah minat dan tahu tujuan asal mengapa mereka menyertai bidang ini. "Jangan jadikan bidang penyiaran sebagai batu loncatan untuk menjadi selebriti. Belajar dari bawah dan jangan pilih tugasan atau berlagak diva. Saya dulu melakukan semua tugasan termasuk kejadian tanah runtuh, kematian dan sebagainya. "Pernah disebabkan ingin mengejar berita, saya kadang-kadang tidak sempat balik rumah. Dari situ, kita menimba pengalaman. Saya lihat, kebelakangan ini ramai yang terlalu mengejar glamor. Sekali pun hanya mahu menjadi pembaca berita, diri perlu dipersiapkan dengan supaya kita mampu mengendalikan apa juga situasi yang datang," katanya.


INFO:


- Azrinaz dipilih sebagai Wartawan Harapan Tv3 pada 2000.
- Pernah membaca berita untuk slot Buletin Pagi TV3 , Berita Terkini dan Buletin 1.30.
- Lebih suka program yang menekankan isu semasa dan memerlukan ketajaman minda.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 03:59 PM | Show all posts
ELOKLA TU DA BAHAGIA
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 04:11 PM | Show all posts
setuju dengan azrinaz kebahagiaan bkn melalui perkahwinan semata tp dikelilingi org yg tersayang dh cukup membahagiakn
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:15 PM | Show all posts
untung lah...solo pun duit byk bahagia ler.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:30 PM | Show all posts
ermmm hanya dia je tau
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mmg xjumpa anak2 dah ke?  Pelik pulak dia ckp jd solo boleh tumpu jaga ibu bapa...anaknya Mcm mana pulak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit byk pun xdpt beli bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:41 PM | Show all posts
dah ex husband x kasi jaga anak2. Mcmana nk ckp jaga anak2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin time jd wife SB kan xdpt balik malaysia sgt kotla... susah nak jumpe parent die..parent xde depan mata...die anak perempuan tunggal...mesti ligat pikir pasal parent mase jd wife SB....skrg dah dok malaysia.. senanglah die jaga ke ape ke..parent depan mata..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:01 AM | Show all posts
kebahagiaan hadir dlm perlbagai cara.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Buatlah comeback naz. Makin cantik naz sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus le   ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Uols, hebak sgt ke pengacaraan dia ni? Maaflah, mase dia ngan tv3 iols masih muda.. jarang tgk tv...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya kulit sheols
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ikut kamus acik2 kepam gundu muka berminyak berkerak, bahagia tu wajib berlaki dengan konsep asalkan berlaki walau laki tu biawak hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2017 10:11 AM | Show all posts
Xyah la paksa pompuan andartu or janda kawen.. they have their own reason.. kalo dia happy hidup camtu, biar la.. kalo berlaki pun belom tentu dpt yg sweet cam dlm drama
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 11:19 AM | Show all posts
neurelle replied at 28-4-2017 10:11 AM
Xyah la paksa pompuan andartu or janda kawen.. they have their own reason.. kalo dia happy hidup cam ...

tu la pasal
orang kita ni susah nak terima...pengaruh drama kuat sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang luar banyak yang menyebuk ... itulah pasal .. tak kawin, bila nak kawin, dah kawin bila nak ada anak .. dah ada anak bila nak tambah .. bila bercerai bila nak kawin ... Allah dah aturkan apa yang terbaik... follow the flow .. janji tak kacau hidup orang lain sudah la ..tak ada pulak yang tanya bila nak mati ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kiambang replied at 29-4-2017 08:53 AM
Orang luar banyak yang menyebuk ... itulah pasal .. tak kawin, bila nak kawin, dah kawin bila nak ad ...

Hahaha lawak soklan kau bile nak mati  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.094751 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list