Seorang qari yang sedang khusyuk mengalunkan bacaan al-Quran tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dalam satu majlis di rumah Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansapril lalu, lapor media tempatan.
Memetik laporan Bernama, Ustaz Mohammad Ja’far Abdulrahmad yang berumur 60 tahun rebah secara tiba-tiba sewaktu sedang mengalunkan bacaan al-Quran pada majlis meraikan ulang tahun ke-71 Muslimat Nahdatul Ulama yang diadakan di kediaman Khofifah yang juga Ketua Muslimat parti itu.
Mohammad Ja’far kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan sudah meninggal dunia.
Punca kematian disahkan akibat serangan jantung.
Video kejadian yang dirakamkan itu kemudiannya tular di media sosial.- CARI
Post time 26-4-2017 10:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-4-2017 04:58 PM
takziah.. untungnya beliau..
Innalillahi wainna ilaihirojiun, ye untung sgt2 bliau. Mgkin seorg yg sgt baik msa hdupnya. Sgt mudah n senang rohnya kluar. Skjp je cuma sdikit getaran trus pergi
kematian arwah akan disebut2 dengan penuh kemulian selama bertahun2 akan datang. ini lah contoh apabila Allah swt mengangkat darjat hambanya yang beriman.