UMNO ingat PAS sudah mahu berkawan dengan mereka
rupanya PAS sendiri tidak berminat menjemput UMNO ke muktamar mereka
yang dijemput adalah PKR
KASIHAN UMNO
Muktamar: PAS jemput PKR, tak ajak BERSATU
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menghadiri muktamar tahunan ke-63 parti Islam itu yang akan berlangsung mulai 29 April ini. Beliau turut mengesahkan PAS menjemput kepemimpinan PKR yang merupakan salah satu daripada parti komponen dalam Pakatan Harapan (HARAPAN). Selain PKR, parti Islam itu turut menjemput Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Jelas Takiyuddin, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan parti yang menetapkan hubungan dengan BERSATU ‘digantung sementara’. “Kita juga tidak lagi mengadakan program bersama BERSATU dan tiada lagi rundingan antara kedua-dua parti,” katanya dalam sidang akhbar hari ini, memetik laporan Utusan Online. PAS akan mengadakan muktamar tersebut di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut di Alor Setar mulai 29 April hingga 1 Mei akan datang.
|