CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lobai_Shalom

[Dunia] Zakir Naik terkejut beruk

[Copy link]
Post time 6-5-2017 12:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 07:29 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 5-5-2017 03:26 AM
Lobai yang mengajar ummah supaya menjadi tidak jujur dalam berugama.
Tak percaya?

kenapa?? saya sokong..melanggar hukum Allah mesti dihukum...sedangkan hukum manusia buat pun kalau dilanggar kena saman/hukum/jel...inikan pula hukum Allah...dari Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 07:31 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-5-2017 09:57 PM
kamu melihat Allah itu sebiji seperti sifat manusia.... ada rasa2.... kadang ada silap.... kadang  ...

Allah turun kitabnya satu satu...sehinggalah sempurna...kitab kitab terdahulu manusia korup kan...oleh kerana Quran yg Allah janjikan terakhir maka Allah janjikan akan memeliharanya...kamu faham??
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 07:33 AM | Show all posts

Itu isi quran lah...kita yg baca & ulama tafsir mcm tu....

kamu cakap mcm org bodoh lah...bila nak selesai??
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 11:57 PM | Show all posts

Zakir Naik terkejut besar




This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x450.


“AKU melihat menjadi satu kebiasaan di Indonesia apabila seorang Muslim mengahwini pasangannya yang bukan dalam kalangan orang Islam. Perkara seumpama ini saya lihat dilakukan secara bebas.


“Setelah beberapa hari berada di sini (Indonesia), aku menyedari bahawa golongan ibu bapa di sini sangat bebas dalam membenarkan anak gadis mereka menikahi pemuda bukan Islam,” kata Dr. Zakir Naik ketika menjawab persoalan daripada seorang wanita dalam satu majlis agama sempena kehadiran pendakwah tersohor itu ke Indonesia.

Memberi teguran secara tegas, Zakir memberi peringatan bahawa ibu bapa yang memberi kebenaran anak mereka menikahi pasangan yang berlainan agama selain Islam akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat kelak.

Beliau mempersoalkan kenapa ibu bapa masyarakat Islam di Indonesia boleh membenarkan zuriat mereka berkahwin dengan pasangan yang bukan beragama Islam.

Dengan penuh kehairanan, penceramah bebas tersohor dari India itu begitu terkilan bagaimana perkara seumpama itu boleh berlaku dan kenapa perkara itu dilakukan.

Tegasnya, Allah SWT dengan jelas di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 221 menyatakan bahawa jangan menikahi wanita Musyrik sehingga dia beriman.

Zakir berkata, wanita yang beriman adalah jauh lebih baik daripada wanita Musyrik, meskipun wanita itu mempunyai gaya penarik hebat.

Untuk itu katanya, seseorang itu seharusnya tidak akan menikahi pasangannya yang Musyrik sehingga lelaki atau wanita itu beriman kepada Allah SWT. Wanita yang beriman meskipun dia itu adalah seorang hamba atau pembantu, namun wanita itu adalah jauh lebih baik daripada gadis Musyrik cantik yang menarik perhatian.

“Mungkin dia seorang Ratu England atau wanita tercantik di dunia tetapi jika dia bukan seorang Muslim, maka wanita Muslim yang merupakan seorang hamba itu adalah jauh lebih baik.

“Kenapa masyarakat Muslim di Indonesia tidak mengetahui perkara penting ini? Sehubungan itu, saya fikir ibu bapa di Indonesia tidak membaca al-Quran dan memahaminya dengan jelas.

“Di negara asalku di India, sekiranya ada anak daripada pasangan Islam menikahi orang bukan Islam, 99 peratus individu itu akan diusir atau dibuang daripada keluarga.

“Namun ibu bapa di sini (Indonesia) seakan suka dan merelakan perkara tersebut dengan menyatakan anak gadisku berkahwin dengan orang bukan Islam. Malah boleh tertawa. Apa yang telah terjadi dengan masyarakat Muslim Indonesia?,” katanya sambil terhenti seketika kerana menarik nafas dalam.

Berharap suatu usaha pembaikan dapat dilakukan oleh masyarakat Islam di negara itu, Zakir menyeru agar semua universiti di Indonesia terutama daripada kalangan penuntut pengajian Islam memberi penerangan jelas kepada masyarakat agar berhenti daripada mengahwini pasangan yang bukan beragama Islam.

Jelasnya, seorang Muslim sama sekali tidak boleh mengahwini pasangan yang tidak memeluk agama Islam dan beriman kepada Allah SWT.

“Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Ketika saya pergi ke negara yang minoriti masyarakatnya beragama Islam, jika perkara seumpama itu berlaku, pastinya mereka akan membuang atau memulaukan orang itu.

“Malah ibu bapa juga akan berasa malu sekiranya anak mereka mengahwini orang bukan Islam. Namun di sini (Indonesia)... (terhenti seketika tanpa kata-kata). Lakukanlah dengan jelas, sekiranya kamu mempunyai pilihan untuk berkahwin hatta sehingga berpeluang mengahwini ratu atau pasangan tercantik di dunia, paling kaya atau apa sahaja, maka pilihlah mereka yang beriman,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya pasangan itu beriman biarpun tidak kaya atau tidak cantik, apa yang pasti dia pasti akan melangkah masuk ke syurga.

Tambahnya, seorang pemuda Islam perlu mengahwini wanita yang mukminah atau beriman kerana pasangannya itu adalah jauh lebih baik dan berupaya membawa suaminya masuk ke syurga bersama.

Sehubungan itu, katanya, seorang lelaki perlu memilih pasangannya yang muhsinah kerana Allah telah menyatakan bahawa isteri itu adalah muhsinah iaitu benteng kepada syaitan.

Sekiranya berkahwin dengan orang bukan Islam, maka mereka merupakan benteng syaitan, bukan lagi menjadi benteng pertahanan daripada hasutan syaitan.


http://www.utusan.com.my/rencana/aga...#ixzz51T0kYlA1
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon mmg pelik kn? Xtau btol ke tak, dgr2 anak boleh pilih nk anut agama ape..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2018 12:48 AM | Show all posts
tak faham aku islam cara indon ni..pening
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 12:53 AM | Show all posts
Sebenarnya di inadia sana juga ada orang Islam kahwin orang bukan berugama Islam. Saya ada kenal seorang kahwin dengan perempuan christian.

Di Turkey juga ramai orang Islam kahwin dengan orang bukan Islam. Takan zakir naik tak tau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2018 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 5-1-2018 12:53 AM
Sebenarnya di inadia sana juga ada orang Islam kahwin orang bukan berugama Islam. Saya ada kenal seo ...

Dia tau sebenarnya. Tapi dia buat buat terkejut sikit apabila indonesia yg mengamalkn kerana itulah peluang dia nak memasuki pasaran indonesia bagi tujuan memperbetulkan akidah kaedahnya.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 07:53 AM | Show all posts
dunia makin parah....benda simple tak dipandang langsung...walhal...dah tahu larangannya tue....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 08:05 AM | Show all posts
Syabas indon korana bersifat terboka, matang dalam hal urosan ogama indibidu sa-hingga membuatkan mereka yang berpahaman ekstrims terkejot bosar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 08:07 AM | Show all posts
Boleh pulak dia masuk indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
alamak, mesti la kawen sbb duit. sedangkan maid indon yg dtg sini pon sanggup kawen dgn apek
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 08:35 AM | Show all posts
NBM replied at 5-1-2018 12:48 AM
tak faham aku islam cara indon ni..pening

khuenn..meols pun x paham..maid meols..kalu dia demam..dia suruh meols carikan daging katak..buat sup utk cepat kurangkan demam panas..katanya kat kg dia di Jawa sana itulah ubatnya..'x perlu habisin wang kedoktor bu"..ishh kosser aku nk buat sup katak!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 10:49 AM | Show all posts
shah rukh khan tu macamna pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 10:49 AM | Show all posts
Berita lama ni. Dia terkejut sbb Indonesia merupakan pemganut Islam paling ramai di dunia tapi kawin campur.
Artis dia org yg kahwin campur yg aku ingat Jamal Mirdad ngan Lydia Kandou..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2018 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Da belum tengok agak nya orang Indon islam kerja kat KL ni dlm kedai kopi cina pegang potong daging babi.  Rilek jer pakai tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon masak babi pon pandai sebut Inna lillahhi wa inna illahi rojiun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon masak babi pon pandai sebut Inna lillahhi wa inna illahi rojiun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 11:30 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 4-1-2018 04:53 PM
Sebenarnya di inadia sana juga ada orang Islam kahwin orang bukan berugama Islam. Saya ada kenal seo ...

bimbonya kau dekk...kau x dpt membezakan kes terpencil dgn kes yg berleluasa yer....sepatutnya nick kau tukar kpd mother f....baru sesuai

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.356824 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list