CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1043|Reply: 8

[Tempatan] Sungai Petani: Guru maut terlanggar belakang lori.

[Copy link]
Post time 29-4-2017 12:17 PM | Show all posts |Read mode

http://www.sinarharian.com.my/se ... akang-lori-1.666909

Guru maut rempuh belakang lori
GOKINA MORGANAN
28 APRIL 2017

[url=]
[/url]








Motosikal ditunggangi oleh mangsa yang dipercayai merempuh belakang lori di lokasi kejadian.


SUNGAI PETANI - Seorang guru bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, di sini,  maut selepas motosikal ditungganginya melanggar belakang lori yang sedang membelok masuk ke halaman rumah, di Kilometer 4, Jalan Tikam Batu- Kota Kuala Muda, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, dalam kejadian 9.20 pagi, mangsa Anwar Abdullah,54,  dari Taman Bukit Indah Sungai Layar, didapati melanggar bahagian belakang lori yang sudah membelok masuk ke kanan jalan.

Katanya, siasatan awal polis mendapati motosikal dan lori terlibat dalam kemalangan itu dalam perjalanan menghala ke arah yang sama iaitu Tikam Batu ke Kota Kuala Muda.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu lori berusia 51 tahun didapati sudah membelok ke kanan untuk masuk ke halaman rumahnya.


"Ketika itu, penunggang motosikal (mangsa) yang datang dari arah belakang melanggar lori berkenaan di bahu jalan," katanya, dalam kenyataan kepada media, di sini, hari ini.

Md Zukir berkata, menurut saksi di tempat kejadian, motosikal berkenaan turut memotong dua motosikal lain yang berada belakang lori, sebelum merempuh lori berkenaan.

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan pendarahan dalaman pada anggota badan serta luka di muka dan patah kaki kanan.
"Mangsa  kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapat rawatan di zon merah. Bagaimanapun, dalam kejadian berkenaan,  pemandu lori tidak mengalami kecederaan," katanya.
Katanya, penjawat awam itu disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih tiga jam ketika menerima rawatan di zon merah, kira-kira jam 1 petang, tadi.

"Pihak kami dimaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSAH untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga.
"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2017 04:19 PM | Show all posts
laju

takziah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 04:21 PM | Show all posts
masuk tak bg signal ke_
signal lori selalu kelam, payah nak nampak
mcm motor besar ja cikgu ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 05:08 PM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 29-4-2017 04:21 PM
masuk tak bg signal ke_
signal lori selalu kelam, payah nak nampak
mcm motor besar ja cikgu ...

honda cbr 1000 ...

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 12:20 PM | Show all posts
takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgu x sekolah ke? hari ahad kedah kerja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2017 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
laili_nur replied at 30-4-2017 12:22 PM
cikgu x sekolah ke? hari ahad kedah kerja

Cikgu tak sekolah.murid yang sekolah.cikgu mengajar kat sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 09:02 AM | Show all posts
laili_nur replied at 30-4-2017 12:22 PM
cikgu x sekolah ke? hari ahad kedah kerja

kejadian 28 april..

28 april hari jumat,

hari jumaat kedah cuti..

kalau ahad pun ada sekolah ambik cuti sambung, ada insan ambik cuti sambung jugak..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2017 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah utk keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064997 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list