Wanita tertua di Malaysia, Puan Ahmad yang berusia 121 tahun meninggal dunia di rumah cucunya di Kampung Bendahara, Kodiang pada tengah hari ini.
Memetik laporan Bernama, cucunya, Zaini Noh, 44 berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak dan cucunya pada pukul 1.30 tengah hari akibat sakit tua sejak seminggu lalu.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Tok Puan, mempunyai empat anak berusia 65 hingga 90 tahun, 19 cucu dan dan 70 cicit, serta seorang piut.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu 4, Kampung Bendahara.- CARI
Post time 29-4-2017 07:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
saden replied at 29-4-2017 03:52 PM
* menandakan tahun kelahiran bukannya dalam abad ke20 atau ke 21... so, abad ke 19 lah.. (1896)
Memandai je cuols..
Mak iols pon ada tanda * tu tp mak iols lahir tahun 1946 yah bukan abad 19.
Tanda bintang* tu sebenarnya maknanya tarikh lahir atau tahun dlm ic bukan tarikh lahir sebenar pemilik tp tarikh pendaftaran ic tersebut..
Biasanya org dulu2 mana ada surat beranak so JPN ikut tarikh buat IC je la..
Post time 29-4-2017 07:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
supernaturalee replied at 29-4-2017 03:47 PM
Npe kt hjg no ic die ade star ye
Mak iols pon ada tanda * tu jgak..
Tanda bintang* tu sebenarnya maknanya tarikh lahir atau tahun dlm ic bukan tarikh lahir sebenar pemilik tp tarikh pendaftaran ic tersebut..
Biasanya org dulu2 mana ada surat beranak so JPN ikut tarikh buat IC je la..
Tanda bintang* tu sebenarnya maknanya tarikh lahir atau tahu ...
Guiness pun tak iktiraf tarikh lahir sebelum perang ni.... banyak main refer umur pokok kelapa ja. Silap2 anak beranak dia pun xde birth certificate tu pasal beza umur mak dengan anak sampai 56 tahun. Kalau boleh beranak umur camtu dah lama jadi rekod dunia kot.
Tanda bintang* tu sebenarnya maknanya tarikh lahir atau tahu ...
Ya betul, tanda asterisk/bintang pada IC tu menunjukan/bermakna tarikh lahir sebenar tidak dapat dipastikan. Jadi bermakna umur sebenar nenek ni juga tak dapat dipastikan dgn tepat. Buktinya anak bongsu dia 65th, tak masuk akal dah menopouse nenek masih boleh lahirkan anak bongsu.... (apa lagilah orang pompuan dedulu kawin awal, agak janggal anak sulung umur 90th & nenek lahirkannya masa umur 31th sedangkan kengkawan sebaya dia zaman tu umur gitu dah nak dapat menantu... ).
ada juga rasa silap pengiraan tak mungkinlah anak bongsu 65 mak 121. bersalin umur 56? tapi tetap tak mustahil org dulu dulu mmg kerap beranak usia lanjut