CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7667|Reply: 66

[Jenayah] (Update: SEORANG LAGI MENINGGAL #1) Budak 4 tahun MAUT dirempuh VAN semasa EXCIT

[Copy link]
Post time 1-5-2017 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 2-5-2017 03:28 PM

Semoga drebar van tu kekal kejang dan tak sedarkan diri...

Seorang lagi meninggal dunia

2 Mei 2017 @ 2:38 PM

Cameron Highlands: Seorang lagi mangsa rempuhan van di Tapak Pasar Malam Golden Hill di Brinchang, di sini, kelmarin meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Batu Pahat, hari ini.

Mangsa Tan Siew Lee, 52, yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dipindahkan ke hospital berkenaan oleh keluarganya sebelum disahkan meninggal dunia pada 8.43 pagi.

Dalam kejadian 9.45 malam itu, budak perempuan berusia empat tahun Adra Mustaffa Kamal beralamat di Mersing, Johor, meninggal dunia manakala Siew Lee dan Kho Liang Jing, 23, parah.

Mereka dirempuh sebuah van dipandu seorang peniaga yang dipercayai menekal pedal minyak dengan kuat supaya pelanggan memberikan laluan kepadanya sebelum van berkenaan meluru laju dan turut merempuh gerai di pasar malam terbabit.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, hasil bedah siasat terhadap mayat Siew Lee mendapati punca kematiannya disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat kemalangan.

"Seorang lagi mangsa (Liang Jing) patah kaki dan sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di HRPB.

"Suspek seorang lelaki berusia 30 tahun kini direman sehingga Khamis ini dan ujian air kencing dijalankan terhadap suspek negatif," katanya.
Tuesday, 2 May 2017 | MYT 2:39 PM
Woman who was hit by van at Cameron Highlands market dies

IPOH: One of the two women who were seriously injured when a van rammed into them at the Golden Hill pasar malam in Tanah Rata, Cameron Highlands has died.

Cameron Highlands OCPD Deputy Supt Hasadid A. Hamid said the 52-year-old woman, who was transferred to the Batu Pahat Hospital in Johor, succumbed to her injuries at about 8.40am Tuesday.

"A post-mortem was conducted and the victim died due to injuries to her head," he said in a statement.

"The other 22-year-old victim from Kuala Lumpur who suffered a broken leg will be discharged," he said.

In the Sunday incident at about 9.45pm, a van ploughed through several stalls at the night market, killing a three-year-old girl.

The two women were seriously injured during the incident and were warded at the Raja Permaisuri Bainun Hospital here.

DSP Hasadid said the van driver, 30, is being remanded until Thursday.

The case is being investigated for reckless or dangerous driving causing death.














Perangai biasa drebar van pasar malam suka main minyak untuk alert pengunjung pasar malam yang dia nak lalu lorong sempit tu, sebab malas nak tekan hon punya pasal. Vrommm... vrommm... kali ini terlupa tekan clutch...

Dilanggar van ketika pilih mainan
Isnin, 1 Mei 2017 @ 10:01 AM

Cameron Highlands: Budak perempuan berusia empat tahun maut manakala dua wanita parah selepas van merempuh beberapa gerai di tapak pasar malam Golden Hill, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa Adra Mustaffa Kamal,4, meninggal dunia selepas parah di kepala manakala dua lagi mangsa yang parah masing-masing patah kaki dan cedera di kepala.

Difahamkan, mangsa bersama ibu bapa serta dua adik beradiknya datang ke kawasan peranginan itu untuk bercuti dan ketika kejadian mangsa sedang memilih barang permainan di sebuah gerai di pasar malam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, siasatan awal mendapati pemandu van berkenaan seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga peniaga sedang memandu vannya untuk pulang sebelum dipercayai menekal pedal minyak dengan kuat bagi mengeluarkan bunyi supaya pelanggan memberikan laluan kepadanya.

Katanya, van berkenaan kemudiannya secara tiba-tiba bergerak laju ke hadapan dan merempuh gerai dan juga beberapa pengunjung pasar malam itu.

"Kanak-kanak berkenaan maut manakala dua lagi wanita parah dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk menerima rawatan selepas dipercayai patah kaki serta cedera di kepala.

"Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sutanah Hajjah Kalsom (HSHK) di sini untuk bedah siasat," katanya.

Hasadid berkata, laporan polis yang diterima daripada pemandu van berkenaan mendakwa seluruh badannya mengalami kekejangan dan tidak sedarkan diri buat seketika ketika kejadian.

Katanya, pemandu van berkenaan tidak mengalami kecederaan dan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, polis juga sudah mengambil sampel air kencing dan darah pemandu berkenaan untuk dianalisis.



Lokasi kejadian yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun.


Kanak-kanak empat tahun maut dirempuh van di pasar malam Cameron Highlands
01/05/2017 12:07pm

CAMERON HIGHLANDS – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala dua lagi wanita cedera parah selepas mereka dirempuh sebuah van di tapak pasar malam Golden Hill di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.45 malam itu, mangsa, Adra Mustaffa Kamal, 4, meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Dua wanita terbabit pula masing-masing patah kaki kanan dan cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A. Hamid berkata, siasatan awal mendapati pemandu van tersebut merupakan seorang lelaki berusia 30 tahun sedang memandu kenderaannya untuk pulang selepas selesai menjalankan perniagaannya.

“Pemandu van tersebut menekan pedal minyak dengan kuat untuk mengeluarkan bunyi dengan tujuan agar para pelanggan pasar malam memberikan laluan kepadanya.

“Van itu secara tiba-tiba bergerak laju lalu merempuh beberapa buah gerai dan orang ramai termasuk mangsa yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.


Menurut Hasadid, pemandu van itu bagaimanapun mendakwa badannya mengalami kekejangan dan tidak sedarkan diri seketika semasa kejadian itu berlaku. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus bg alasan kejang dan x sedar diri sementara mase kejadian.  Aku x percaya sungguh alasan ni. Jilake
Takziah kpd mangse
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohh plis lahh jgn kata parents adik ni redha..
Tolong buat report polis dan saman peniaga pasar mlm tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kengkpnon kejang
nape x buat buat mati aje
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana tau kalau betul?kesian..mesti depressed seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu buat la ni.. pastu bagi alasan kejang konon..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2017 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah dari awal ade kenyataan berdasar siasatan dia mmg menekan pedal minyak untuk mengeluarkan bunyi enjin kuat supaye org ramai bg laluan.  X ke kesan dari situ. Jilake perangai nye
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mcm sggh.. kecik kecik dah pergi.. bertabahlaa mak ayah.. nak suka dtgnya duka.. nak bercuti seronok seronok lain pulak yg dpt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2017 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ada tenguk video kat penmerah yg baby kembar 3 keja kereta ayah dia dari belakang..
Netizen komen sweet , rindu kat anak2..dtg sorg 2 netizen yg komen bahaya jgn main2 dgn jentera..tak amik kesah kes kecuaian mak pak terlanggar anak2..
Mak aii netizen kemain hentam balik si pengomen...ummah mesia ni mmg jenis bodo tak belajar dari kesilapan..esok anak2 dah terperosok bawah tayar..mmg cash la.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga2 kat cameron mmg bawak kenderaan mcm harjads
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bercuti berakhir dgn tragedi... Kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Tengah seronok nak bercuti, jadi pulak benda macam ni akibat orang lain punya negligence. Mohon tindakan setimpal diambil terhadap pemandu van tu.

Innalillah, semoga family tabah menghadapi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 11:27 AM | Show all posts
Ya Allah kesiannya Adik tu dgn family dia
Syurga tempat mu adik
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Banyak plak berita duka cuti2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..sebaya dgn anak alu..dah la bercuti tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 12:07 PM | Show all posts
Anjeng punya van driver !!!!! Macam la orang percaya alasan bodoh ko phuiii!!!!
Pegi masuk neraka sana!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2017 12:16 PM | Show all posts
tak apa dek. 72 jenis lubang menantimu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 1-5-2017 10:54 AM
Siapa ada tenguk video kat penmerah yg baby kembar 3 keja kereta ayah dia dari belakang..
Netizen k ...

Itulaa.. ada jugak biar anak anak yg halus lg main air kat tepi laut.. mmg haku tak leh terima
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat sgt ker tangan tu utk tekan hon?? : Innalillahiwainnalillahiroji'un .. Takziah buat keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tengah pilih toys... aduhh, mesti dia tengah gembira. This is really depressing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.068359 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list