CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7324|Reply: 36

20 Tanda Lelaki Dicintai Jin Betina, Baik Periksa Cepat

[Copy link]
Post time 4-5-2017 03:43 PM | Show all posts |Read mode




Pernah membayangkan wanita yang anda suka. Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda. Bisa jadi itu anda sedang mengalami atau sedang dicintai oleh jin betina.


Astagfirullah, Nasihat author sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.


1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.


10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.


11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.



12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.


13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.


14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.


15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.


16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.


17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.


18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.


19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan mencintai seorang wanita.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2017 05:02 PM | Show all posts
aduh scary wei...............
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 05:35 PM | Show all posts
jin betina awat tak ngorat jin jantan je..sibuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 05:40 PM | Show all posts


terkujat mak tengok sekadar gambo hiasan tuh...
nak baca abis pun nebes
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 06:39 PM | Show all posts
Overnya jin betina. Get a life!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
AppleJack replied at 4-5-2017 05:35 PM
jin betina awat tak ngorat jin jantan je..sibuk

kan, dh ada jin jantan tu pi la ngorat..ni manusia jgk yg dia nak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2017 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
jin betina is trying memperbaiki keturunan maybe??..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Jin sundal #silameninggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 09:56 AM | Show all posts
Edited by mdhelmi at 5-5-2017 09:58 AM
AppleJack replied at 4-5-2017 05:35 PM
jin betina awat tak ngorat jin jantan je..sibuk

jin ialah panggilan umum untuk jenis makhluk tujin yg kurang baik tu namanya syaitan iblis ifrit etc
jin ada jantan betina
setiap jantan dan betina ada caranya tersendiri untuk menyesatkan manusia
bukan sebab dia nk ngorat manusia




Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 01:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 04:12 PM | Show all posts
omg
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 04:25 PM | Show all posts
apa jin jantan yg layan takde yang semenggah ke tuk die buat stok laki
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 04:36 PM | Show all posts
jin kawin dengan jin udah lah. nak jugak carik manusia
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
gmbar hiasan seram...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon beliau ngorat mat rempit..... Peragut......gengster....dan yg sewaktu dgn nye
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
cemane lak nak buang jin tine tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 11:25 AM | Show all posts
seeri_7843 replied at 8-5-2017 08:40 AM
Mohon beliau ngorat mat rempit..... Peragut......gengster....dan yg sewaktu dgn nye

hello..jin betina pun ada taste hokey
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarmatahari replied at 8-5-2017 11:25 AM
hello..jin betina pun ada taste hokey

Haha...kan....tak padan muka huduh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:20 AM | Show all posts
aku pernah mimpi di datangi 2 ekor Succubus dalam mimpi aku.
ada 2 tanduk kecik.
apa yg mereka buat, biar la aku rahsiakan.

kepercayaan barat tentang jin asyik - incubus & succubus,
lebih kurang macam melayu. ada connection dan logik di situ.

yg boleh aku ringkaskan, kepercayaan di barat,
Succubus ni kerja nya curi sperm, aka Sperm Theft.
n then di serah kepada Incubus untuk di senyawakan pada pompuan yg dia pilih.
sampai masa nak beranak, anak dalam rahim hilang.
apa tujuan nya, wallahualam.
banyak kisah macam ni berlaku dalam bangsa melayu.
tapi bangsa melayu pukul rata kisah macam ni semua nya anak bunian.

bangsa lain aku pasti ada kisah yg serupa,
cuma jarang di ceritakan or kita je yg tak tau.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 12:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.070838 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list