CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33813|Reply: 309

Edisi apa dah jadi : Liyana Jasmay di musim sendu..tp follower IG 1.1 Juta

[Copy link]
Post time 11-5-2017 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by katibism at 11-5-2017 11:40 PM

Liyana Jasmay Perkukuhkan Jenama       
Diterbitkan: Rabu, 10 Mei 2017 6:30 AM
   

                           
Liyana Jasmay melancarkan koleksi terbaharu bersempena Aidilfitri iaitu Mermaid Luxe Raya Wonderland.



BELUM pun mencecah usia 30 tahun, pelakon Liyana Jasmay semakin kuat memperkukuhkan jenamanya bukan sahaja dalam industri hiburan tetapi perniagaan.

Mungkin ramai yang tidak tahu Liyana sebenarnya juga adalah seorang penerbit, penyanyi dan usahawan menerusi jenama Mermaid Luxe.
Siapa sangka keletah manja dan lincahnya itu sebenarnya tersembunyi jiwa kental dan tidak kenal erti putus asa malah apa dilakukan Liyana barangkali tidak dapat dilakukan oleh orang lain.

"Keluarga terutamanya bapa, ibu, kakak dan suami adalah pendorong utama kerana kalau tiada mereka semua ini tidak akan terjadi," katanya kepada mStar Online.
   



Liyana ditemui pada pelancaran koleksi Mermaid Luxe Raya Wonderland di Metrojaya Mid Valley Megamall di sini, Selasa.
Ibu kepada dua cahaya mata ini memberitahu kejayaannya pada hari ini tidak datang bergolek hanya kerana status selebriti sebaliknya dia juga perlu bermula dari bawah selain bekerja keras dalam mencapai impian.


Rakan selebriti Nana Mahzan dan Kaka Azraff turut hadir memberikan sokongan kepada Liyana.

"Apa baiknya menjadi seorang selebriti jika kita tidak pandai menggunakannya ke arah positif dan hanya bergantung harap kepada populariti semata-mata dalam melakukan sesuatu?

"Tiada jalan mudah dalam hidup ini kerana pada saya, seorang selebriti juga perlu bekerja keras dalam apa juga mereka lakukan.
"Saya tidak pernah percaya status selebriti itu memberi jalan mudah kerana kalau tiada usaha, tiada gunanya," katanya.

Tambah Liyana, dia sendiri mengambil masa lebih setahun untuk tampil dengan projek Mermaid Luxe Raya Wonderland dan cuba menjual produknya ke beberapa pusat beli-belah dan perlu melalui prosedur sama seperti mana peniaga lain.
Akuinya menguruskan perniagaan bukan sesuatu yang mudah kerana perlu mempunyai ilmu serta kesabaran dalam memastikan ideanya dapat terlaksana.

"Beberapa kali juga bahagian kreatif mengubah rekaan koleksi ini kerana kita ingin memastikan Mermaid Luxe menghasilkan produk terbaik.

Liyana berusaha keras untuk berada ditahapnya sekarang.

"Apabila melibatkan perniagaan saya profesional kerana produk yang saya keluarkan adalah berkualiti dan eksklusif," katanya.
Bercakap lanjut mengenai koleksi terbaharunya itu, Liyana berkata dia gembira akhirnya Mermaid Luxe berjaya menembusi pasaran di pusat beli-belah seperti Metrojaya.

Ini kerana katanya, sudah menjadi hasratnya untuk meletakkan standard kepada labelnya itu yang berkualiti tinggi.
"Saya bukan tidak mahu sertai bazar atau karnival tetapi Mermaid Luxe mempunyai sasaran tersendiri iaitu dijual di gedung beli-belah dalam menjaga standard dan nilai eksklusifnya.

"Dengan cara itu, kita ingin memberitahu pembeli yang produk kami berkualiti tinggi namun masih dalam harga mampu milik seperti mana jenama lain," katanya.

Mermaid Luxe Raya Wonderland kata Liyana diinspirasikan daripada cerita dongeng seperti Alice in Wonderland, Cinderella dan Snow White.
"Koleksi ini ada tiga jenis iaitu Candy yang menggambarkan diri saya, Elegance untuk yang sukakan kemewahan dan Classic bagi penggemar baju kurung moden ringkas.

"Bagaimanapun saya tidak mengeluarkan banyak koleksi ini dan hanya lebih kurang 1,000 helai sahaja setiap satu kerana ia eksklusif," ujarnya.


SO GOSIPNYA :

LJ ni pernah diberi jolokan Miley Cyrus Malaysia. Sebab berlakon dari kecil yakni sejak tahun 1997 dengan membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan dengan peranan kecil menerusi drama Si Lembik arahan Aznil Nawawi sebelum melangkah ke peranan utama menrerusi drama termasuk KAMI The Series (2007), Puaka Niyang Rapik (2008-2009), Zati dan Si Mawas (2009) dan Ponti Anak Remaja (2010).


Beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Castello (2006). Liyana telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk KAMI The Movie (2008), Maut (2009), Papadom (2009), Pisau Cukur (2009), Niyang Rapik (2010) dan Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) dan terbaru, Bella & Jamie (2017).


Liyana melancarkan kerjaya muziknya pada 2009 menerusi single sulung "Aku Tak Percaya Cinta" dan seterusnya melancarkan album EP pertama, LJ (2010) yang merupakan singkatan bagi namanya diterbitkan oleh Alibi Music. Dan siap tercalon AIM Top 5 kategori Kulit Album Terbaik. Dan satu lagi pencapaian terbaik sebagai penyanyi nyanyi lagu tema OH MY ENGLISH



Liyana Jasmay telah meraih pelbagai anugerah dan pencalonan dalam bahagian televisyen dan filem termasuk Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Shout!, dua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan lain-lain.


In fact, LJ dah menang Best Actress FFM (Papadom), Best Actress Anugerah Skrin (KAMI The Movie) dan Pelakon Filem Wanita popular ABPBH tahun 2010.

SO KENAPA SEKARANG SHEOLS DAH SENDUUUUU??? Buat 2 video klip sampai LA LA LAND...tetap hauk. Kena dengan tajuk lagu.. kami semua "selesa tanpamu"

Filem Isyarat Cinta... Sindiket pun tak laku...

Adakah kerana :

a) Naik cepat sangat
b) Acah-acah penyanyi tapi hauk
c) Kahwin awal
d) Aura tak ada






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2017 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan kawan dia kot yang membeli.. terlalu exclusive sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kiambang replied at 11-5-2017 06:04 PM
Kawan kawan dia kot yang membeli.. terlalu exclusive sgt

Eksklusif sangat....sampai dah xde market walopn value masih ada
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:11 PM | Show all posts
pada i , dia famous sebab filem2 yang dia berlakon zaman filem Bade dulu . filem2 tu sendiri memang best so dia dapat tempias.

lepas tu filem Papadom ngn Afdlin pon best masa tu so dia dapat fame tu.

yang lain semua filem tak best dia berlakon .

jadi penyanyi pon tak meletops pon sebab dia nyanyi biasa2 je.

so sebenarnya dia memang biasa2 je .

tapi i suka dia comel
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni kalau x acah acah Blair waldof masa tgh top dulu meols rasa boleh ja sustain

p/s : siapa boleh. lupa kejadian sheols speaking BM di shout awards setelah bertahun gigih cakap melayu selang seli omputih dgn accent new york vagai?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:15 PM | Show all posts
anak jutawan, kalau hodohpun nampak elok jekkk
statement kat melodi nampak riak sgt dikk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2017 06:16 PM | Show all posts
sebab takda aura
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:20 PM | Show all posts
Meols rasa aura sheols dah habis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2017 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnye jd anak jutawan, isteri org kaya
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu dr dlu pun mmg da sendu. X tau la kensss klu dlu fofuler sbb iols ni layan retis antarabangsa je yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kakiseboksebok replied at 11-5-2017 06:20 PM
Meols rasa aura sheols dah habis.

Iols xpnah rsa dia beraura  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni species org yg dpt rezeki terpijak je sebenarnya..sorry..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia sgt comel pada mata iols,, mgkn iols suka muka jenis gini kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab poyo
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah Suka dia... Next
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia belakon ok je pd aku. Nmpk natural tak kayukayan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2017 06:46 PM | Show all posts
Mujurlah dia sendu mmg tak bleh blah tgk cara dan ayat dia bercakap, ada sedikit kepoyoan, kebagusan di situ
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dah tua kot wlaupun muka budak2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
aku knl dia time drama suri Tu..yg watak dia kna anaya oleh watak nabila.Aku dh lupa Tajuk Tu..suri lah lbih kurang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampu kuar single wpun suara x cukup umph utk jd penyanyi sbb dia ada uang. Ada ke org demand dia nyanyi... Maksud i yg berbayar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.232759 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list