CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10834|Reply: 12

Badan Lemah Sebab Cirit-birit? Amalkan 5 Cara Ini Untuk Merawatnya!

[Copy link]
Post time 17-5-2017 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Alahai, lemahnya badan kalau diserang cirit-birit. Sekejap-sekejap, pasti mahu ke tandas. kalau dia rasa nak membuang tu, harus serta-merta serbu bilik air. Lembik badan dibuatnya!




Foto: Medical News Today




Cirit-birit atau diarrhea adalah keadaan apabila berlaku kekerapan membuang najis lembut dan berair dalam tempoh singkat, sekali gus menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan tubuh menjadi lemah.


Pemakanan dan pengambilan makanan tidak sihat boleh menyebabkan sesiapa sahaja diserang penyakit ini. Dan kebiasaannya disertai dengan muntah-muntah, hilang selera makan, dan tubuh menjadi lemah.


Walaupun banyak ubat disediakan untuk mengubati cirit-birit, anda boleh merawatnya dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah anda.




1. Banyakkan minum air





Tubuh memerlukan banyak air untuk menggantikan cairan yang hilang dalam najis menyebabkan dehidrasi. Jadi, minumlah air dengan kerap selang 15 hingga 20 minit sekali.


Atau anda juga boleh minum jus buah-buahan kerana ia membantu memberi tenaga dan merawat cirit-birit lebih cepat.




2. Makan halia




Halia, sama ada mentah, kering atau jusnya sangat berkesan bagi merawat cirit-birit. Mengambil sedikit halia segar atau kering bersama sedikit garam bukit secara berulang dalam jarak waktu yang tetap akan menyembuhkan anda dalam masa beberapa hari.


ATAU anda boleh rebus sedikit air halia dan biarkan dua minit sebelum diminum.




3. Elak produk tenusu dan gula






Makanan sebegini sebenarnya boleh memburukkan masalah cirit-birit, tau. Jadi, sebolehnya elakkan makanan mengandungi hasil tenusu dan bergula seperti susu, cheese dan aiskrim.


Gula-gula, kek, pastri dan coklat juga boleh buat cirit-birit semakin teruk. Elakkan, ya?


Untuk itu, ambil makanan kurang pedas dan mudah dicerna.




4. Minum jus labu air


Foto: Carian Internet



Jus labu air sangat berkesan untuk menyembuhkan cirit-birit sepenuhnya.


Jus ini sangat berkhasiat dan boleh diguna untuk menghilangkan dahaga dehidrasi ketika cirit-birit.


Tambahkan secubit garam dalam jus anda, dan lihat hasilnya.




5. Pisang


Foto: Health Ambition



Siapa saja yang tak suka pisang, bukan? Bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, malah pelbagai variasi makanan diolah menggunakan pisang.


Pisang kaya dengan magnesium dan zat besi. Jadi, jika anda makan pisang setiap hari, penyakit cirit-birit akan dapat dikurangkan sehingga anda sembuh.






Foto: Carian Internet




Mudah saja kan nak rawat penyakit cirit-birit ni. Ada banyak cara sebenarnya nak rawat penyakit ini. Seperti memakan pucuk daun jambu batu atau paling kerap orang buat adalah 'telan' pil Chi-Kit Teck Aun. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 12:48 PM | Show all posts
jus labu ?  x pernah dgr pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:00 PM | Show all posts
kalau mkn halia gitu tak lalu jgk.. iols biasanya minum teh halia tanpa gula.. mmg lega perut..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau i kena ceret beret ni gigih telan pil, tak pun minum soluble. Mana nak tahan, ketaq lutut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya telan pil chi kit teck aun dan minum 100plus saja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:37 PM | Show all posts
Kena le minum banyak air kalau air glukos lagi baik untuk ganti yang dah keluar dan badan tak jadi lemah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2017 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mkn pil chi kit tek aun je klu cirit-birit. Klu ank yg kecik, aku bwk g klinik. Utk ank yg besar, aku bg mnum air teh pekat dlm 2 sudu besar, 3x shari. Sllunya ank lpas mnum teh pekat, shari dua dah lega.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:16 PM | Show all posts
I paling tak suka cirit-birit. Mahu berkampung dalam toilet 24/7. Apa pun thank you for the tips given.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 04:53 PM | Show all posts
telan probiotics je ... insya Allah ok ..

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 05:52 PM | Show all posts
I slalu minum air halia je..xpun lemon suam
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau travel ambik pil chi teck thi aun .. kat rumah pakai mintak angin je  dan tido ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pil chi teck.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 09:39 PM | Show all posts
Edited by dslimbeauty at 12-7-2017 09:40 PM

Minum air bancuhan tepung gandum pun menjadi juga untuk hilang cirit birit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049975 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list