CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1609|Reply: 5

Laporan Polis Kini Boleh Dilakukan Secara Online

[Copy link]
Post time 22-5-2017 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Kelmarin polis melancarkan sistem aduan dalam talian yang memudahkan orang ramai membuat laporan seperti kehilangan kad pengenalan tanpa perlu ke balai polis.


Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata sistem dikenali sebagai e-reporting itu dilancarkan ketua polis negara Khalid Abu Bakar pada Mac lalu.


Bagaimanapun katanya, laporan yang boleh dibuat menerusi aplikasi itu ialah kes tanpa melibatkan jenayah yang memerlukan siasatan lanjut polis.


Pada masa ini, jelas beliau aplikasi aduan itu hanya boleh digunakan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail Petaling Jaya.


Menurut rekod polis pada tahun ini, sebanyak 150,762 daripada 167,274 laporan polis ialah mengenai kehilangan kad pengenalan.


Beliau turut melancarkan sistem pemeriksaan secara talian yang membenarkan orang ramai memeriksa perkembangan kes mereka.


Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web http://ereporting.rmp.gov.my and http://sso.rmp.gov.my. – 21 Mei, 2017.- CARI


sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cekin: tuan polis, saya hilang cukai jalan.
Polis: mana letak cukai?
Cekin: letak dalam kereta.
Polis: kereta awak dimana sekarang?
Cekin: hilang  bersama cukai jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 01:31 PM | Show all posts
hmmmmmmmmmmmm bagus laaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:15 PM | Show all posts
oooo yg boleh lapor online ni semua yg polis takkan cari la kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah tak perlu berbaris lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:34 PM | Show all posts
sofiazara replied at 22-5-2017 02:15 PM
oooo yg boleh lapor online ni semua yg polis takkan cari la kan

hanya sbg rekod
bila dah dijumpai dgn harapan org yg jumpa tu bagi kat polis
nanti polis cek sistem dapat tau owner ic tu ada buat laporan
polis akan contact suruh amik kat balai polis berkenaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 2.178076 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list