CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9590|Reply: 153

[Tempatan] Ummah pprt mampu beli pakej penuh Astro tapi tak mau bayar sewa rumah RM124 sebu

[Copy link]
Post time 23-5-2017 06:07 AM | Show all posts |Read mode

Home  Utama  Beli pakej penuh Astro mampu, sewa rumah tertunggak
Beli pakej penuh Astro mampu, sewa rumah tertunggakBy
Ainul Asniera Ahsan -

  20 Mei 2017  46
  1








KUALA LUMPUR – Segelintir penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Jelatek ditegur kerana tidak mampu membayar sewa sebanyak RM124 sebulan tetapi tidak pernah gagal melunaskan bayaran bil Astro dan ansuran kereta.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sewa yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu tidak pernah berubah sejak tahun 1998 sehingga sekarang.

“Harga sayur pada tahun 1998 lain, sekarang sudah naik. Begitu juga dengan harga sepapan telur, dulu lain, hari ini sudah naik.

“Harga bilik sewa di Kampung Baru dulu RM50 hingga RM150, sekarang sudah RM400. Tapi di PPR harga tidak naik. Itu pun cakap macam-macam terhadap Barisan Nasional,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan van jenazah PPR Jalan Jelatek di sini.

Johari berkata, dengan harga RM124 sebulan, penghuni PPR sebenarnya hanya dikenakan bayaran sebanyak RM4 sehari. Kalau satu keluarga ada enam orang bermakna tidak sampai RM1 kadar menginap sehari untuk seorang.

Menurut Johari, beliau bukan tidak boleh membantu penghuni yang ada tunggakan daripada diminta keluar oleh DBKL tetapi pertimbangan perlulah diberikan kepada individu yang layak memohon.

“Saya bukan tidak menyokong permohonan bantuan tetapi kalau 20 surat permohonan bantuan yang dipanjangkan kepada Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya dua yang dibantu, macam mana?.

“Macam mana agensi-agensi ini hendak bantu kalau penghuni mampu beli pakej penuh Astro, televisyen pula beli yang nipis, mampu beli telefon bimbit dan sebagainya,” tambah beliau.

Johari berkata, penghuni PPR perlu tahu keutamaan dalam perbelanjaan dan kena belajar mengurus kewangan dengan betul.

“Kalau sudah tidak boleh pandang duit, beli tabung gajah. Setiap hari masukkan duit sebanyak RM4 sehari. Sebulan cukup RM124 dan boleh bayar sewa rumah.

“Jika asyik minta saya surat sokongan untuk dilanjutkan kepada DBKL, mereka (DBKL) pun marah. Seolah-olah saya menggalakkan tunggakan bayaran sewa, sedangkan DBKL juga perlukan pendapatan,” kata Johari.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...ah-tertunggak/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2017 06:35 AM | Show all posts
tak bersyukur
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpe..halau je mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kerajaan negeri pulau pinang pon dah buat tindakan halau mana2 penghuni ppr yg tertunggak sewa rumah nie.....majoriti penghuni kena halau opkos la org melayu, sebab nilai tertunggak dieorg pon dah sampai belas ribu dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
card_reader replied at 23-5-2017 06:58 AM
kerajaan negeri pulau pinang pon dah buat tindakan halau mana2 penghuni ppr yg tertunggak sewa rumah ...

Lepas Tu kata org mwlayu ditindas walhal sendiri Salah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
card_reader replied at 23-5-2017 06:58 AM
kerajaan negeri pulau pinang pon dah buat tindakan halau mana2 penghuni ppr yg tertunggak sewa rumah ...

Bodoh. Kalo takde bukti jangan sembang kaum mana paling ramai dihalau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2017 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Diberi senang, tapi tak jadi senang. Diberi mudah, tapi tak jadi mudah.

Sedih tengok orang2 pprt ibukota yang acah-acah kaya tapi nan hadoo.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 07:13 AM | Show all posts
mmg dah layak dihalau tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2017 07:22 AM | Show all posts
sama mcm kes PTPTN...tak bersyukur & tak pandai berterima kasih..lepastu salahkan kerajaan....kerajaan mana pun memerintah, kalau mentality mcm tu sure semua org tak suka...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 07:32 AM | Show all posts
Dah dibantu tapi tak nak bantu diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu iols kalu boleh xnak berjiran dgn kaum pprt ni. Mmg perangai low class gile,buang sampah merata, menconteng lif,berteriak menjerit2, xde disiplin langsung pdhal melayu islam tu..ohh,lupe puak majority melayu mmg mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang pasti smart hanpon mereka semua mahal- mahal tu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pting kete ada..smartpong ade..hat lain2 tolak tepi tk byr
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 07:52 AM | Show all posts
halau je. ni mesti pangsapuri kaler hijau oren tu kan ? area jelatek skrg dah urban nok. flat rumah kedai dah roboh ganti dgn projek mega datum jelatek betul2 depan lrt jelatek tu

pastu plak ada kondo yg dah siap tu. orang korea banyak duk situ. tu psl pasar malam jelatek,pasar keramat tiba2 ada puak2 korea masuk beli barang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 07:53 AM | Show all posts
hari tu ada staf aku citer, psl isu ni la. penerima bantuan tp ada astro penuh. bile kite reasonkan ngan die, takyahla langgan astro membazir je (aku pun takde astro kot) pakai je yg tulang ikan tu,  dia cakap rumah die tak dpt channel tv
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum lagi utk flat2, yuran pengurusan pun xbayar, hampir cecah 1 juta.. ada satu kawasan ni..nak cakap miskin tp ntah lah.

org miskin ni aku perhatikan pertama kategori miskin, tp x PPRT.. maksud aku xculas bayar tanggungjwb dia, rumah pun bersih, dia minta bantuan apa yg dia rasa hak dia.. biasanya xpikir diri sdiri pun, minta bantuan biasanya utk anak2..

Miskin PPRT ni, itu ini malas bayar, pemalas kerja, suruh buat kerja itu ini xboleh, mengharap bantuan semua nak sapu, cerita miskin itu ini anak xda duit belanja,tp top up on FB, ada duit, astro ada duit, xfaham aku. Bila dh bergaul dgn golongan ni, baru kita faham knp Allah xubah nasib mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2017 08:05 AM | Show all posts
hmmmmmmmmmmmmm mmg mcm ni pe
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 08:06 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 23-5-2017 07:33 AM
Sbb tu iols kalu boleh xnak berjiran dgn kaum pprt ni. Mmg perangai low class gile,buang sampah mera ...

sebab tu kalau kita nak beli rumah atau sewa rumah, jgn cari kawasan yg majoriti satu kaum...maksudnya, kawasan tersebut melayu shj, cina shj, india shj...the best place to stay is area yg ada mix race...1malaysia...kawasan yg ramai melayu, sudah pastinya kotor, bising dan banyak mat2 rempit, bohsia...kawasan cina juga kotor, ah long berkeliaran dan china dolls, kawasan india pula ramai gangster, perogol, penyamun...setiap bangsa ada kekurangan masing2...

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 08:10 AM | Show all posts
eh.. i like this type of YB. bagi je se-das kat pprt tu. mana yg salah tegur je.. jgn sbb nak undi, asyik tutup sebelah mata utk mana yg salah ha... kita nak masa depan cerah. bukan cerah time ni je... depan kang kelabu asap
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang macam ni layak halau je .... banyak lagi yang kurang mampu .. kalau dah mampu bayar full pakej astro tu mampulah bayar sewa rumah.. liat nak membayar ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.087489 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list