CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 0

[Tempatan] Jangan malu jadi guru tadika

[Copy link]
Post time 24-5-2017 05:50 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM 24 Mei - Guru tadika berperanan penting dalam memberi pendidikan awal dan tiada sebab untuk golongan pendidik itu berasa malu meskipun tumpuan rakyat ketika ini masih lagi terarah kepada guru sekolah.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Baharin Idris berkata, guru tadika merupakan salah satu teras utama pendidikan negara terutama dalam memupuk perpaduan.

“Saya harap guru-guru tadika tidak berasa malu atau segan menjadi seorang guru tadika.

“Guru tadika ini berperanan besar mengajar anak-anak membaca dan mengira sehingga kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan dan mewarisi kepimpinan negara,”

katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Guru JPNIN di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.

Sementara itu menurut Azhari ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, guru tadika berperanan besar mendidik anak-anak bangsa dan tidak seharusnya masyarakat memandangkan mereka sebagai guru kelas kedua.

“Di peringkat tadika inilah peranan besar untuk menjadikan rakyat bersatu-padu sudah bermula dan tugas itu dilaksanakan dengan baik oleh guru-guru tadika,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.546786 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list